Penganjuran bersejarah Muktamar Khilafah di Ankara, Turki

MK-TurkiANKARA, 6 Mac – Hizbut Tahrir wilayah Turki telah berjaya mengukir sejarah melalui penganjuran Muktamar Khilafah di Ankara pada 6 Mac lalu, tiga hari selepas ulang tahun ke-92 titik hitam keruntuhan Khilafah di tempat yang sama.

Muktamar tersebut turut memberi pengertian simbolik yang cukup signifikan kerana lokasi penganjurannya terletak hanya satu kilometer daripada Dewan Persidangan Turki yang telah mengisytiharkan pembubaran Khilafah pada tahun 1924, genap 92 tahun yang lalu.

Muktamar ini turut memaparkan perkembangan pesat Hizbut Tahrir khasnya sebagai sebuah parti Islam yang berjuang untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui penegakan Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah untuk kali yang kedua.

Muktamar ini juga menunjukkan kesedaran umat Islam umumnya terhadap usaha Hizbut Tahrir, yang menyaksikan betapa seruan Khilafah semakin mendapat tempat dalam kalangan umat Islam rangka memiliki negara yang satu meskipun usaha mulia ini berdepan dengan tekanan daripada pemerintah Muslim di seluruh dunia, termasuklah di Turki sendiri sejak berdekad lamanya.

Pihak berkuasa Turki dan pemerintahnya yang sekular telah lama berusaha untuk mengekang dakwah Hizbut Tahrir melalui bermacam-macam pendekatan, termasuklah penangkapan beramai-ramai, ugutan, penyeksaan dan pelbagai kempen propaganda dalam memburuk-burukkan parti Islam antarabangsa ini.

Namun di sebalik tekanan demi tekanan yang dihadapi, kita dapat menyaksikan yang gelora kebangkitan Islam yang dibawa oleh Hizbut Tahrir ternyata gagal untuk dibendung, sebagaimana yang dibuktikan oleh sambutan hangat umat Islam terhadap penganjuran Muktamar ini.

Kini, seruan yang dilaungkan oleh Hizbut Tahrir ini telah disahut oleh ribuan warga Turki yang hadir ke Mukamar ini, serta didukung oleh sejumlah besar umat Islam yang bersetuju dengan perjuangannya.

Muktamar ini membawa mesej yang jelas bahawa Islam akan hanya dapat diterapkan secara kaffah melalui penegakan semula Khilafah Rasyidah yang benar yang didirikan atas manhaj kenabian.

Muktamar ini turut membariskan pembicara-pembicara yang datang dari segenap penjuru dunia bagi membahaskan persoalan yang menjadi tema Muktamar ini, iaitu “Khilafah – Imaginasi atau Realiti yang Bakal Terealisasi?”

Ayuhlah wahai kaum Muslimin, bergabunglah bersama Hizbut Tahrir dalam usaha besar lagi mulia ini. Sesungguhnya kemenangan itu sudah dekat dan fajar Khilafah bakal menyingsing sedikit masa lagi dengan izin Allah.