Muktamar Khilafah di Instanbul Berjalan Dengan Jaya, Baik dan Berkah

Muktamar Khilafah di Instanbul Berjalan Dengan Jaya, Baik dan Berkah(terjemahan)

Dengan kemurahan Allah(swt) dan kesungguhan usaha kaum Muslimin serta kehadiran ramai peserta, Muktamar Khilafah anjuran Hizbut Tahrir/Wilayah Turki di bawah tema “Model Demokrasi Presiden (Presidential Democratic) atau Khilafah Rasyidah?” berjaya direalisasikan sempena kempen minggu Khilafah yang menjangkau dari 3 sehingga 10 Mac.

Muktamar tersebut diadakan sempena memperingati tarikh dan tempat kejatuhan Khilafah pada 3 Mac (1924) di Istanbul yang merupakan pusatnya yang terakhir. Muktamar ini membawa kesan yang signifikan kerana buat masa ini terdapat perdebatan hangat mengenai sistem presiden yang penuh keracauan. Atas sebab ini, muktamar ini telah menarik perhatian beberapa media, baik di peringkat lokal mahupun nasional sebelum ia bermula lagi.

Muktamar ini juga turut mendapat liputan yang luas di peringkat nasional dan antarabangsa di mana dewan muktamar penuh sesak sehingga tidak dapat menampung bilangan peserta dan sebahagian daripada mereka terpaksa mengikuti majlis dari lobi di luar dewan.

Selepas bacaan ayat-ayat al-Quran yang begitu indah, Muktamar dimulakan dengan rakaman ucapan khas Ameer Hizbut Tahrir, ulama terkenal Syeikh Atha’ bin Khalil Abu Rashtah, yang ditujukan kepada peserta Muktamar. Berikut antara petikan ucapan Ameer yang dihormati,

“…Khilafah yang benar bukanlah sesuatu yang tidak diketahui. Ia adalah satu sistem tersendiri yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah(saw) dan diikuti oleh para Khulafa’ al-Rasyidin selepas baginda. Khilafah bukanlah satu empayar atau sistem monarki, ia bukan sebuah republik presiden(presidential republic) atau republik parlimen (parliamentary republic), bukan juga diktator atau demokrasi, yang tidak mengikut undang-undang Allah, dan ia juga bukan sistem buatan manusia (man-made system), tetapi ia adalah Khilafah yang penuh keadilan dan pemerintahnya adalah Khulafa’, Imam yang mana orang-orang berperang di belakangnya dan dilindungi olehnya… Ia adalah Khilafah yang melindungi darah, menjaga kehormatan dan memelihara kekayaan dan memenuhi perjanjian untuk melindungi kafir dzimmiy dan mengambil bai’ah secara sukarela dan dengan pilihan, bukannya dengan penindasan dan paksaan, manusia akan berhijrah kepadanya dengan selamat, manusia tidak lari daripadanya dalam keadaan panik…”

Majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan dan penekanan mengenai kepentingan Khilafah dan keperluan untuk mengembalikannya yang disampaikan oleh ahli panel undangan yang terdiri daripada:

Pengerusi İLKAV – Mehmet Pamak
Pengerusi – Mazlum Der – Cüneyt Sarıyaşar
Pengerusi daripada İmkân – Der -MuratÖzer
Pengerusi Kalem Der – Ahmet Kalkan
Islam Abu Khalil – Anggota Pejabat Media Hizbut Tahrir Uzbekistan.

Antara tokoh yang berucap pada Muktamar ini ialah:

Mahmut Kar – Ketua Pejabat Media Hizbut Tahrir Turki
Sharif Zayed- Ketua Pejabat Media Hizbut Tahrir Mesir
Mohammad Hanafi Yaghmur- Timbalan Ketua Lajnah Fa’aliyyah, Hizbut Tahrir Turki
Professor Ahmad al-Qassas- Ketua Pejabat Media Hizbut Tahrir Lebanon
Dr. Iyad Qunaiby- yang menyampaikan ucapannya secara langsung dari Jordan kerana dihalang keluar dari Jordan.

Kami, Hizbut Tahrir Turki mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang datang dari dekat dan jauh dan menjayakan Muktamar ini dan kepada semua yang tidak dapat hadir tetapi memberikan sokongan melalui doa masing-masing dan kepada semua Muslim yang berjuang untuk mengembalikan semula Khilafah al-Rasyidah atas jalan kenabian.

Dan hari ini kita melihat kerinduan dari Askudar ke Istana Topkapi dari bacaan sajak “Bendera Yang Akan Naik Dari Mana Ia Telah Jatuh” dan kami menghitung hari sehingga kita akan mengisytiharkan Khilafah ala minhaj nubuwwah.

Pejabat Media HizbutTahrir Turki

13 Jamadil Awal 1436
4 Mac 2015