Musharraf menolak penyiasatan terhadap Bhutto

PARIS: Presiden Pakistan Pervez Musharraf menolak permintaan penyiasatan PBB ke atas pembunuhan Ketua Pembangkang Benazir Bhutto, seperti yang diminta oleh parti Benazir, mengatakan bahawa Pakistan tidak patut dibandingkan dengan Lebanon

“Ini tidak mungkin, negara lain terlibat?” katanya ketika di temu ramah oleh surat khabar Le Figaro yang disiarkan dalam lamannya, Jumaat “ Pakistan bukan Lebanon ”.

Parti Bhutto memanggil PBB melakukan penyiasatan terhadap kematian Bhutto, yang disamakan seperti pembunuhan bekas perdana menteri Lebanon Rafik al-Hariri, Syiria telah dituduh sebagai penyebab atas kematian Rafik al-Hariri oleh kebanyakan rakyat Lebanon. Damascus menafikan penglibatannya.

Musharraf mengatakan Pakistan mempunyai undang-undang sendiri untuk menguruskan penyiasatan pembunuhan Bhutto, dan memaklumkan mereka juga akan dibantu oleh polis Britain .

Dia mengatakan bahawa ada kempen oleh al-Qaeda untuk melemahkan Pakistan tetapi menafikan bahawa kerajaannya akan hancur.

“Mereka tidak mempunyai kapasiti merosakkan kestabilan negara, tetapi serangan berani mati mereka telah menimbulkan kekacauan dan menyakiti seluruh penduduk Pakistan .. Walau bagaimanapun, Pakistan tidak berada di ambang perpecahan”

Dia jua mengatakan ekonomi Pakistan akan bertahan sekiranya Amerika Syarikat berhasrat memotong bantuan kewangan – seperti yang dicadangkan oleh beberapa ahli politik kecuali Pakistan menambahkan melawan terrorism dan mengekalkan sepenuhnya hak-hak rakyat.

“Anda fikir Pakistan akan mati sekiranya mereka tidak menerima duit ini? Ekonomi kami dalam keadaan baik” katanya.

“Sepanjang 6 tahun lepas, kami telah menerima sebanyak USD 9 billion, lebih daripada separuh adalah untuk memerangi terorisme… Jika Amerika tidak mahu membayarnya lagi, mereka perlu bertanya orang lain untuk membantunya. Tetapi serangan melawan terorisme akan menerika kekalahan” kata Musharraf

(Reporting by Anna Willard; Editing by Myra MacDonald)

Reuters Friday, January 11, 2008

Ulasan:
 
Sebagai seorang sekutu kuat Bush, ‘permainan’ Musharraf yang menolak penglibatan PBB dan juga Amerika Syarikat dalam penyiasatan pembunuhan Benazir Bhutto tentunya ada muslihat yang besar. Musharraf nampaknya cuba ‘menunjukkan’ kepada rakyatnya bahawa dia bukanlah agen AS sebagaimana kritikan hebat yang ditujukan ke atasnya dengan tragedi pembunuhan Benazir. penduduk Pakistan khasnya dan umat Islam amnya, masih mengingati peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Musharraf di Masjid Lal dengan ‘arahan’ Amerika, yang mengorbankan ramai pelajar dan wanita yang tidak berdosa. Mushrraf sekarang cuba menoleh ke Britain pula dengan menjemput badan penyiasatan Britain, Scotland Yard untuk membantu menyiasat pembunuhan Benazir.

‘Sandiwara’ ini nampaknya dilakukan untuk memenangi kembali hati dan kepercayaan rakyat Pakistan terhadapnya setelah kebencian rakyat di seluruh negara terus menerus dizahirkan ke atasnya setelah pembunuhan Benazir. Matlamatnya diktator ini mudah sahaja – agar dia dapat terus memerintah Pakistan dengan kuku besinya itu.
 
Umat Islam tidak sepatutnya tertipu dengan permainan politik kotor dan pembohongan yang dilakukan oleh Musharraf. Umat Islam di mana pun jua hendaklah memahami politik Islam untuk melihat dengan jelas setiap pemimpin yang telah menzalimi mereka dan merampas hak mereka. Sesungguhnya tidak ada cara lain untuk mengembalikan kepimpinan yang baik di Pakistan (dan di seluruh dunia) kecuali umat Islam berjuang menolak agen Barat yang kejam ini habis-habisan dan berusaha mendirikan dan melantik seorang Khalifah untuk memimpin mereka. Umat Islam hendaklah sedar bahawa tiada seorang pemimpin Muslim pun ketika ini yang boleh menjaga kemaslahatan dan menjadi pelayan umat yang sebenar sama ada di Pakistan atau di negeri umat Islam yang lain kecuali Khalifah. Ingatlah bahawa hanya inilah (Khilafah) satu-satunya pemerintahan sah umat Islam sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi saw.