Nama Aceh tercoreng oleh program Miss Indonesia
Aceh sejak zaman dahulu (baca : masa kejayaan Islam selama 13 abad) kental dengan syariat, hingga tidak boleh dipisahkan antara syariat dan budaya masyarakatnya. Bahkan dunia Barat mencatat bahawa Aceh adalah salah satu tempat munculnya generasi ulama Islam. Namun, agenda Miss Indonesia 2015 yang rutin diadakan setiap tahun oleh Indonesia selalu melukai hati rakyat Aceh. Ini kerana, sebahagian besar wakil Aceh yang ikut serta dalam pertandingan tersebut tidak berbusana Islam melainkan berbusana gaya Barat. Tentu saja ini akan memberikan imej buruk terhadap Aceh yang disebut nanggroe syariat.
Memang pertandingan ini selalu mengundang pro dan kontra dari masyarakat. Jika ditinjau dari segi syariat Islam tentulah pertandingan ini haram dilaksanakan, sebab perempuan yang mengikuti acara Miss Indonesia ini dimestikan berpenampilan seksi dan mendedahkan aurat, ditambah lagi dengan posing mereka yang agak menjolok mata dan menggiurkan. Kemudian, jika kita tinjau dari segi manfaat dan mudarat, pertandingan ini ternyata lebih condong pada mudaratnya. Hal ini dapat dilihat dari konsep acaranya yang mengarah pada eksploitasi perempuan.
Kemudaratan lainnya adalah perempuan dijadikan komoditi penjualan bagi perusahaan kecantikan. Meskipun tujuan ini cuba ditutup, namun pada dasarnya yang paling untung dalam pertandingan ini bukanlah peserta tetapi perusahaan yang menaja acara tersebut. Bukti bahawa pertandingan ini diadakan untuk perniagaan dapat kita lihat pada salah satu pihak pemilik pertandingan ratu cantik ini iaitu isteri Eric Morley, Julia Morley. Dari pertandingan ini, dia memperoleh keuntungan sehingga 450 juta dolar Amerika. Di tangan wanita ini, pertandingan tersebut terus berkembang menjadi sebuah perniagaan raksasa/global.
Pertandingan kecantikan ini juga berpotensi untuk membuka pintu kemaksiatan lainnya. Ini kerana konsep acara ini berbaur kelucahan yang ditonton oleh ramai orang termasuk kanak-kanak. Natijahnya, acara ini meningkatkan lagi senarai perlecehan seksual terhadap wanita dan juga pemerkosaan. Acara yang berprestij ini hakikatnya juga menebarkan virus Hedonisme dan pembaziran. Masyarakat secara tidak sedar disuntik untuk berpenampilan cantik dan terbiasa dengan pakaian yang mendedahkan aurat sebagaimana yang ditampilkan oleh peserta Miss Indonesia ini. Akhirnya, generasi Indonesia khususnya Aceh disibukkan dengan belanja kosmetik kecantikan dan berlumba-lumba untuk tampil seksi. Ini kerana syarat untuk dikatakan cantik yang disebarkan oleh acara ini adalah bertubuh seksi dan berpakaian seminimum mungkin. Sungguh ironis.
Sudah semestinya pertandingan yang mendedahkan aurat ini ditolak. Namun, dari tahun ke tahun tetap sahaja pertandingan ini diadakan. Pemerintah seolah-olah hanya dapat mengecam tanpa mengambil tindakan tegas untuk membatalkan pertandingan yang memperlecehkan wanita tersebut. Tidak terkecuali, setiap tahun selalu ada yang mewakili Aceh untuk mengikuti pertandingan Miss Indonesia, padahal ini adalah bentuk penghinaan terhadap Nanggroe Aceh.
Kita perlu sedar bahawa perempuan sebenarnya memiliki kedudukan yang mulia iaitu sebagai ummu wa rabbatul bait (ibu dan pengurus rumah tangga). Namun, kedudukan itu kini telah tergadai dengan kehidupan materialistik dan gaya hidup hedonisme. Akibatnya perempuan semakin jauh dari fitrahnya dan dijadikan mainan ekonomi kaum kapitalis (pemilik modal). Sejarah telah membuktikan bahawa perempuan yang hidup dalam sistem Islam begitu dimuliakan. Peranannya sebagai pencetak generasi emas dan pendidik pertama menjadikannya mulia. Akan tetapi sistem Kapitalisme-Liberalisme yang diterapkan di negeri ini menjadikan perempuan hidup sengsara dan merana. Hanya penerapan Islam dalam bingkai Khilafahlah kunci kemuliaan perempuan. Wallahu’alam [Moni Mutia Liza, Mahasiswi FKIP Unsyiah Banda Aceh]