Narendra Modi, penyembelih dari Gujrat, melawat Pakistan

narendra-modiPada hari Jumaat 25 Disember 2015, penyembelih dari Gujrat, Perdana Menteri India, Narendra Modi melakukan lawatan mengejut ke Pakistan dan telah diberi sambutan permaidani merah. Sejurus tiba, Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif terus menjemput Modi ke kediaman peribadinya di Jati Umra, Raiwind, Lahore dan meraikannya seolah-olah Modi adalah bapa saudara yang telah lama hilang yang kini datang dan menerangi seluruh rumah dengan kegembiraan.

Bolehkah seseorang yang ada maruah mengalu-alukan kedatangan musuh nyata umat Islam? Bolehkah seseorang yang ada maruah mengalu-alukan orang yang setiap inci tubuhnya dibaluti permusuhan terhadap Islam dan umat Islam? Bolehkah seseorang yang ada maruah mengalu-alukan orang yang memberi komen terhadap pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Gujrat dengan mengatakan bahawa jika anjing mati, itu pun seorang perlu rasa sedih? Bolehkah seseorang yang ada maruah mengalu-alukan orang yang menyokong secara terbuka untuk pemecahan Pakistan? Bolehkah seseorang yang ada maruah mengalu-alukan orang yang telah mengancam Pakistan dengan serangan yang memusnahkan? ? Bolehkah seseorang yang ada maruah mengalu-alukan orang yang dengan bangga bercakap mengenai penangkapan 90 puluh ribu tentera Pakistan sebagai tawanan perang pada tahun 1971 dan berkata, “Kalaulah kita mempunyai minda yang jahat, kita tidak tahu keputusan apakah yang mungkin telah kita ambil”? Bolehkah seseorang yang ada maruah mengalu-alukan musuh yang sedang membunuh umat Islam dan menghina ibu-ibu, adik dan kakak kita di Kashmir dan di seluruh India?

Dengan menyambut musuh Islam dan musuh kaum Muslimin, rejim Raheel-Nawaz telah menunjukkan bahawa ia tidak mengerti apa-apa tentang maruah, integriti dan harga diri. Ia juga tidak akan teragak-agak untuk tunduk di hadapan India dan menjual darah ribuan syuhada’ umat Islam di Kashmir atas permintaan Amerika. Narendra Modi tidak perlu berjalan di atas permaidani merah, kerana dia telah pun berjalan di atas darah ribuan Muslim Kashmir. Hanya pengkhianat kepada kaum mereka sahaja yang boleh mengalu-alukan musuh.

Apakah tidak ada Khalid Bin Walid, Muhammad bin Qasim, Kapten Sarwar Shaheed, Mejar Tufail Shaheed, Mejar Aziz Bhatti Shaheed, Mejar Shabbir Sharif Shaheed atau Kapten Karnal Shair Khan Shaheed dalam tentera Pakistan hari ini, yang mendengar tangisan saudara-saudaranya di Kashmir dan menyahutnya, mencampakkan pengkhianat dalam kepimpinan politik dan tentera serta membebaskan umat Islam di Kashmir daripada penindasan Hindu? Adakah mereka yang ikhlas sanggup untuk terus menonton pengkhianatan ini satu demi satu? Apakah pegawai-pegawai yang ikhlas ini hanya akan bergerak setelah air melepasi paras kepala mereka?

Inilah masanya untuk pegawai-pegawai yang ikhlas ini membebaskan umat Islam daripada para pengkhianat dalam kepimpinan politik dan tentera dan memberikan nusrah (pertolongan) kepada Hizbut Tahrir bagi mendirikan Khilafah ala minhaj nubuwwah. Khalifah akan memusnahkan sempadan ciptaan penjajah yang memisahkan umat Islam di rantau ini, mempersatukan penduduknya dan segala kekayaan material mereka. Berilah kepimpinan anda kepada mereka yang hanya inginkan syahid atau kemenangan dan membebaskan umat Islam dan juga non-Muslim daripada penindasan kaum pemerintah elit India-Hindu.

Firman Allah SWT,

فَإِن قَـتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَآءُ الْكَـفِرِينَ

“Jika mereka memerangi kamu, maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir” [Al-Baqarah (2):191].

Pejabat Media Hizbut Tahrir Wilayah Pakistan

26/12/2015