Nordin Mat Top bolos dari Indonesia?
JAKARTA 19 Mei – Militan Asia Tenggara paling dikehendaki, Nordin Mat Top dipercayai berjaya melarikan daripada buruan pihak berkuasa negara ini dan sudah meninggalkan Indonesia.
Dokumen-dokumen siasatan polis menunjukkan, seorang anggota militan yang ditangkap dan diekstradisi ke Indonesia memberitahu polis bahawa seorang rakyat Algeria yang membantu Nordin melepaskan diri dari negara ini telah memaklumkan bahawa Nordin telah berjaya melarikan diri.
Seorang pegawai kanan antipengganas hari ini berkata, pihaknya masih melakukan “pemeriksaan silang” terhadap maklumat itu dengan sumber lain.
Nordin didakwa mengarahkan serangan bom ke atas kelab malam di Bali pada 2002 serta tiga serangan lain ke atas sasaran Barat di Indonesia yang menyebabkan lebih 240 orang terbunuh, kebanyakannya pelancong asing.
Jika maklumat itu benar, kejayaan Nordin melarikan diri itu menjadi tamparan kepada Indonesia, yang selama ini mendapat pujian kerana berjaya memerangi keganasan.
Ia juga mencetuskan kebimbangan terhadap kedudukan serta tindakan Nordin selanjutnya.
Nordin yang berasal dari Malaysia menjadi pelarian sejak 2002 dengan beberapa pembantu kanan dan orang tengahnya telah berjaya ditangkap serta pihak berkuasa mendakwa hampir berjaya menangkapnya.
Bagaimanapun sejak 18 bulan kebelakangan jejak dan kedudukannya semakin sukar dikesan.
Dakwaan mengenai kejayaan Nordin melarikan diri terkandung dalam laporan siasatan ke atas dua anggota kanan rangkaian militan Jemaah Islamiyah (JI) yang ditangkap di Malaysia ketika dalam perjalanan ke Asia Barat dan diekstradisi ke Indonesia lewat Mac lalu.
Menurut dokumen siasatan, Abu Husna dan Agus Purwantoro memberitahu para penyiasat bahawa rakyat Algeria yang menjadi orang penghubung di Jakarta telah membantu mereka mendapatkan tiket penerbangan, pasport palsu dan orang penghubung di Syria.
– AP
Sumber: Utusan Malaysia 20/05/08
Ulasan:
Jika umat Islam membunuh seorang warga Amerika, maka ini adalah ‘pengganas’, tetapi jika Amerika membunuh ratusan ribu umat Islam, maka ini adalah ‘pendamai’. Inilah hakikat propaganda ‘war on terror’ yang dicanangkan oleh Amerika dan berjaya ‘mengawal serta menundukkan’ pemikiran pemerintah umat Islam. Mana-mana sahaja orang Islam yang membunuh orang kafir (khususnya Amerika) maka akan dicop sebagai pengganas. Tetapi jika orang kafir yang membunuh orang Islam atau orang kafir yang membunuh orang kafir lain, maka ini bukan pengganas.
Inilah realiti yang terpaksa di hadapi oleh Nordin Mat Top dan juga umat Islam lainnya jika mereka berjaya membunuh warga Amerika. Walaupun mereka tidak pernah membunuh seorang pun umat Islam dan kita yakin mereka tidak akan berbuat demikian, namun, oleh sebab mereka berjaya membunuh orang kafir, maka mereka kini diburu habis-habisan atas nama ‘pengganas’.
Nordin Mat Top kini dilaporkan telah bolos dari Indonesia. Apa buktinya? Walaupun tanpa bukti, mereka tetap melaporkan apa yang mereka ‘percayai’. Apa tujuannya? Apabila ‘pengganas’ ini dilapor telah keluar dari Indonesia, maka sudah tentunya lokasi hangat yang akan dikaitkan adalah Malaysia ataupun Filipina. Jadi, polis dan tentera Malaysia dan juga Filipina tentunya akan dikerah berjaga-jaga dan menjalankan operasi untuk menangkap siapa sahaja yang dikaitkan dengan Nordin Mat Top. Siapakah yang akan dikaitkan dengan Nordin Mat Top? Wallahu a’lam siapa, tapi yang pastinya dia adalah Muslim. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa atau kambing hitam dalam kes ini. Polis boleh menangkap mereka dan mengaitkan sahaja dengan Nordin, dan yang pasti ia adalah orang Islam.
Inilah kejayaan Barat dengan ‘war on terror’ mereka. Mereka tak perlu turun padang untuk menghapuskan orang Islam yang menjadi musuh mereka, cukuplah dengan menciptakan pada benak pemerintah Muslim bahawa ‘pengganas’ adalah orang Islam dan pengganas ini mesti ditangkap. Maka pemerintah setempatlah yang akan menyempurnakan hasrat Barat ini.
Ya Allah! semoga engkau menggantikan pemerintah yang buruk ini dengan seorang Khalifah yang akan menegakkan agamaMu…amin.