Pameran Sejarah Islam Di Masjid Alang Iskandar

SERI MANJUNG, 26 Feb – Pada pagi 26hb Februari 2010, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) cawangan Perak telah mengadakan pameran sejarah Islam di perkarangan Masjid Alang Iskandar, Kg. Dato Seri Kamaruddin. Pameran yang berkaitan dengan sejarah Islam, kekhilafahan Islam serta beberapa  mengenai Islam telah menarik orang ramai yang datang ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Beberapa anggota dan penyokong HTM datang memberi penerangan kepada orang ramai berkenaan pameran tersebut. Pameran ini diadakan sempena hari Maulidur Rasul.

Selain menjalankan pameran, HTM juga menayangkan video siri peradaban Islam dan menjual buku-buku serta carta sejarah Islam. Selepas solat Jumaat, Ustaz Abu Aiman yang mewakili HTM cawangan Perak telah membacakan seruan Maulidur Rasul. Antara intipati seruannya, beliau menyerukan agar umat Islam benar-benar mengambil cara hidup Rasulullah SAW sepenuhnya dengan memahami serta mencontohi kehidupan Islam yang Baginda wariskan. Suatu perkara penting yang kini telah hilang dari umat Islam adalah Khilafah Islamiyyah (negara Islam). Ia perlu dikembalikan untuk menyelesaikan seluruh permasalahan umat ketika ini. Orang ramai yang hadir berkumpul bagi mendengar seruan tersebut yang julung-julung kali diadakan di sana. Seusai seruan yang memakan masa lebih kurang 10, konvoi kereta HTM cawangan Perak kemudian meninggalkan masjid dan mengibarkan panji ar-rayah (bendera hitam) dan al-liwa’ (bendera putih) mengelilingi bandar Seri Manjung.