Pasport baharu Palestin, selesaikah masalah?
Kerajaan Palestin akan mencetak perkataan “Negara Palestin” pada muka hadapan pasport penduduknya sebagai langkah untuk mengukuhkan usaha mencapai status negara berdaulat. Portal The Media Line yang memetik kenyataan Menteri Hal Ehwal Awam Palestin, Hussein al-Sheikh berkata pada 14 April lalu, mengikut Perjanjian Oslo yang dimeterai pada pertengahan 1990-an, pasport penduduk Palestin di Tebing dan Genting Gaza tertera ‘Pihak Berkuasa Palestin’.
Hussein menjelaskan, perubahan itu telah dimaklumkan kepada Israel dan dokumen perjalanan tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi. Pengumuman terbabit dibuat susulan kenyataan Presiden Mahmoud Abbas pada Disember tahun lalu yang mahukan perubahan format pasport dan dokumen yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.
Mahmoud berkata, setiap perkhidmatan awam Palestin perlu menggunakan perkataan Negara Palestin bagi setiap dokumen rasmi yang dikeluarkan.
Sekali imbas berita ini seperti Israel telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Namun, realitinya Palestin masih dijajah dan masih belum keluar dari cengkaman rejim Yahudi walaupun sejengkal. Kalau ingin dapatkan kelulusan untuk tulis “Negara Palestin” pun perlu melalui izin Israel, apakah ini tanda sebuah negara yang berdaulat?
Yahudi laknatullah telah merampas tanah suci Palestin dengan bantuan Britain dan PBB telah dengan rasminya “mewujudkan” negara haram Yahudi itu pada 1948. Sejak tarikh tersebut, tanah Palestin semakin hilang dari peta dunia kerana semakin banyak dikuasai oleh Yahudi dan umat Islam dibunuh tanpa henti oleh manusia terkutuk itu.
Justeru, meletakkan status “Negara Palestin” di pasport, walau sebesar mana saiz tulisan itu sekalipun, bukanlah penyelesaian kepada masalah Palestin.
Masalah Palestin ialah masalah tanah umat Islam yang dirampas (oleh Yahudi). Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan mengambil balik tanah tersebut secara keseluruhannya dari tangan Yahudi, dan satu-satunya cara untuk melakukannya ialah dengan bergeraknya tentera kaum Muslimin untuk berjihad melawan Yahudi dan seterusnya membebaskan tanah suci tersebut.
Malangnya, tidak ada seorang pemerintah pun yang menggerakkan tentera masing-masing ke Palestin untuk melawan Yahudi. Pasukan tentera juga tidak bergerak sendiri, walhal mereka mempunyai kekuatan yang dapat mengalahkan Yahudi dengan mudah.
Hizbut Tahrir berusaha untuk menegakkan Daulah Khilafah sejak 1953 dan Insya Allah tatkala Khilafah berdiri sedikit masa lagi, Khalifah akan pasti menggerakkan bala tentera untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi dan pada waktu itu, Palestin akan digabungkan dengan Khilafah dan warganya akan memiliki identiti dan ‘pasport Khilafah’ sebagai sebuah kesatuan, bukan lagi ‘pasport Palestin’ yang terpisah.