Pelajaran Daripada Pemberontakan India 1857 Yang Tidak Boleh Diabaikan

Pemberontakan India pada tahun 1857 ataupun yang telah diberi nama Perang Kemerdekaan India oleh para sejarawan pasca-kemerdekaan, namun begitu kedua-dua nama tersebut tidak dikaitkan dengan faktor agama. Menariknya, sejarawan sentiasa mengiktiraf peranan agama dalam sesuatu peristiwa, tetapi mereka memilih untuk menamakan peristiwa tersebut dengan nama ketenteraan, sama ada seseorang menyebutnya sebagai pemberontakan ataupun peperangan.

Salah satu faktor  tercetusnya pemberontakan ini dikatakan apabila tentera milik Syarikat India Timur British yang dianggotai penduduk India tempatan (Supayye) telah dibekalkan dengan senapang musket Enfield P53 dimana katrijnya dikatakan disaluti dengan lemak sapi atau babi atau kedua-duanya.  Tentera Hindu percaya bahawa minyak sapi telah digunakan, dan menggigit katrij ketika mengisi peluru dalam senapang tersebut akan mencemarkan agama mereka dan akan merendahkan kasta mereka manakala tentera Islam pula percaya bahawa lemak babi pula akan menyebabkan mereka menanggung najis. Satu lagi faktor penting adalah pengaruh mubaligh Kristian di kalangan tentera dan pegawai-pegawai British, termasuk mereka yang mengendalikan rejimen tentera India tempatan. Mubaligh kristian mewujudkan perasaan takut penukaran agama tentera India tempatan. Memandangkan para mubaligh pada waktu itu menubuhkan sekolah dan hospital secara aktif dan menyebarkan ajaran Kristian, walaupun kegiatan mereka tidak digalakkan tetapi mereka diberi kelonggaran untuk bergerak aktif. Secara teorinya, ketakutan  ini juga adalah kerana pentadbiran syarikat India Timur British memasukkan mubaligh Kristian ke dalam rejimen tentera India tempatan di dalam berbagai pangkat.

Gerakan pemberontakan tersebut bermula dengan keengganan tentera India tempatan untuk mematuhi perintah British menggunakan senapang tersebut dan mereka memberontak sehingga cuba untuk memulihkan kembali pemerintahan beraja Dinasti Mughal, dibawah Maharaja Bahadur Shah Zafar.

Pada tahun 1737, ketika Nadir Shah menyerang dari Parsi dan menghalau Maharaja di Delhi. Maharaja Mughal telah kehilangan pemerintahan, dan Bahadur Shah tidak mewarisi pemerintahan di India, tetapi hanya di kawasan yang dinamakan Benteng Merah Delhi (Red Fort of Delhi). Malah pihak British telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan mengiktiraf  mana-mana pewaris Maharaja sebagai Maharaja Delhi, dan meminta kawasan Benteng Merah Delhi untuk dikosongkan selepas kematiannya. Sebaliknya, tentera India tempatan memberontak dan ingin memulihkan pemerintahan Maharaja.

Satu lagi isu yang dihadapi umat Islam adalah nama Maharaja Mughal dibaca setiap kali pada kutbah Jumaat sebagai pemerintah. Namun selepas pemberontakan itu berakhir, juga selepas dijatuhkan pemerintahan Maharaja Delhi oleh tentera British dan penangkapan Bahadur Shah Zafar dan anak-anaknya , isu ini bertambah tenat sehingga Syarikat India Timur British telah menyerahkan masalah ini kepada Kerajaan British di England.

Ini bukanlah satu perubahan besar kerana Syarikat India Timur British selama ini adalah bertindak mengikut arahan-arahan Lembaga Kawalan untuk India (Board of Control for India), yang merupakan jabatan kerajaan British. Walaupun nama Mughal Badishah disebut-sebut dalam khutbah Jumaat di seluruh India tetapi dia telah menurunkan kuasanya untuk memerintah kepada Syarikat India Timur British sebagai pertukaran untuk pemberian pencennya. Bahadur Shah Zafar masih hidup dalam pembuangan di Rangoon, tetapi untuk menyebut namanya dalam khutbah akan memberi maksud kepada sebuah pemberontakan. Pesuruhjaya British atau raja tidak boleh disebut namanya, kerana mereka bukanlah orang Islam. Terdapat sekumpulan ulama yang berpendapat bahawa pemerintah British adalah ‘ulil amr’ kerana mereka masih membenarkan solat Jumaat diadakan, tetapi kumpulan ini tidak pula menyebut nama Permaisuri England dalam khutbah Jumaat!

Penyelesaian yang dicadangkan oleh Shah Abdul Aziz iaitu anak lelaki kepada Shah Waliullah Dehlawi salah seorang tokoh ulama terkemuka di India, telah diambil. Khatib solat Jumaat di seluruh Benua Kecil India diminta menyebut nama Sultan Turki Uthmaniyyah , yang juga Khalifah umat Islam pada masa itu iaitu Sultan Abdul Majid. Formula ini adalah umum untuk diguna pakai untuk mana-mana sultan. Sebutan nama Sultan bagaimanapun tidak diiringi dengan mencetak namanya pada duit syiling.  Ianya kemudian dilakukan oleh kerajaan British di India (British Raj).

Walau bagaimanapun, persoalan nama siapa hendak dibaca dalam khutbah Jumaat  timbul selepas kekalahan tentera pemberontak. Sebelumnya, masalah ini tidak timbul kerana tentera pemberontak mahu diketuai oleh Mughal Badishah.

Setelah pemberontak telah mengatur langkah, persoalan untuk menggantikan pemerintahan Syarikat India Timur British terpaksa diambil. Maharaja Mughal menjadi faktor penting bagi mereka. Walaupun berumur 82 tahun, Bahadur Shah menerima janji taat setia pemberontak. Hakikatnya Bahadur Shah hanya dapat melawan pihak British jika beliau mempunyai kekuatan tentera. British hanya dapat mempertahankan kekuasaannya setelah mengalahkan pemberontakan tersebut. Ini hanya dapat dilakukan bukan hanya menggunakan tentera British, tetapi juga perlu dengan menggunakan tentera India tempatan iaitu dengan mewujudkan unit-unit khas.

Pada masa itu, terdapat banyak keluhan daripada beberapa tokoh, yang ingin bersatu dengan matlamat yang sama iaitu pengusiran British dari India dan pemulihan Empayar Mughal. Ia tidak boleh dilupakan bahawa ini bukan hanya aspirasi seorang Muslim, tetapi juga seorang Hindu. Keluhan tokoh Hindu termasuk Permaisuri Jhansi, di mana permaisuri ini telah memimpin wilayahnya ke dalam kancah peperangan kerana pengangkatan waris perempuan menaiki takhta tidak diterima oleh British ketika Raja meninggal pada tahun 1854, serta Nana Sahib, pewaris angkat Peshwa, juga tidak diterima British apabila bapa angkatnya, Baji Rao II (Raja Empayar Hindu Marathas), meninggal dunia pada tahun 1851.

Ketika British meneruskan dasarnya keatas negeri-negeri beraja, jika tiada pewaris asalnya contohnya negeri Oudh, gabenornya , Wajid Ali Shah, digulingkan pada tahun 1856, negeri itu diserap ke dalam persempadanan Calcutta. Ia digabungkan dengan wilayah Agra sehingga menjadi Wilayah Bersekutu Agra dan Oudh.

Pemberontakan 1857 ini memaparkan satu gambaran yang lebih rumit daripada yang dapat dibayangkan, tetapi salah satu ciri yang muncul adalah bahawa semua orang India merasakan mereka akan mendapat layanan yang lebih baik daripada Mughals berbanding  layanan daripada British. Adalah jelas bahawa Nana Sahib dan Permaisuri Jhansi adalah Marhattas. Di bawah Shivaji (Raja Empayar Hindu Marathas)  telah terlibat dalam perjuangan menentang Aurangzeb (Empayar Mughal)  yang mendudukinya hingga akhir pemerintahannya selama 48 tahun.

Wajid Ali Shah adalah “Raja terakhir Oudh”, sebuah gelaran yang diberikan oleh  Inggeris untuk menggalakkan gabenor-gabenor untuk menentang ‘Raja Delhi’, gelaran yang diberikan oleh British kepada Maharaja Mughal. Jadi orang-orang Hindu melihat peluang yang ada untuk mendapatkan sebuah tawaran yang baik tetapi mereka memandang Mughals dengan bercita-cita untuk menggantikannya.

Perlu disebutkan di sini bahawa walaupun pada masa Akbar dan fahaman Din Ilahi yang sesat, tetapi undang-undang yang dilaksanakan oleh Mughals adalah undang-undang Syariah. Inilah undang-undang yang Bahadur Shah Zafar ingin laksanakan, dan orang-orang Hindu sedar akan sistem undang-undang syariah ini adalah bakal dikuatkuasakan jika pemerintahan British digantikan.

Perlu diingat bahawa Mughals tidak dipertimbangkan sebagai Muslim yang taat kecuali Aurangzeb. Bagaimanapun, walaupun di kemuncak fahaman Din Ilahi yang sesat itu , Mughals telah menjadikan syariah sebagai undang-undang Negara dan tidak kembali kepada undang-undang Hindu, yang terhad kepada undang-undang peribadi (perkahwinan, pusaka, dan hal-hal yang terkait). Oleh itu, nampaknya, orang-orang Hindu memandang kepada umat Islam untuk memerintah dengan keadilan yang lebih baik berbanding semasa di bawah penguasaan British.

Iktibar  daripada peristiwa tahun 1857 tidak boleh diabaikan walaupun sudah meraikan ulang tahunnya yang ke-160. Malah sekarang, India adalah tempat penindasan dan penderitaan, walaupun ia telah mendapat  kemerdekaan dari British 70 tahun yang lalu. Adakah perkara ini berlaku angkara kerajaan pasca kemerdekaan di India dan Pakistan cuba meneruskan sistem British, sama ada pemerintahan, undang-undang, pendidikan atau ekonomi? Hanya pelaksanaan undang-undang Islam, di bawah Khalifah yang berkuasa dan memerintah mengikut Islam sahajalah dapat menyelesaikan masalah benua kecil India. Sepanjang 70 tahun, India telah menjadi tempat percubaan untuk menubuhkan negara Hindu. Ia terpaksa memanggil dirinya sebagai negara sekular, kerana terdapat golongan  beragama yang minoriti  tetapi hasilnya adalah penindasan berbaur keagamaan yang berlaku. India hanya mempunyai tahun-tahun Mughal yang memerintah dengan  undang-undang Islam, dimana sebagai contoh rakyat dan golongan elit akan merujuk kepada pemerintah untuk menyelesaikan masalah mereka.

Oleh itu, perlu diakui bahawa penegakkan semula pemerintahan Islam tidak hanya bermakna kegemilangan orang Islam sahaja tetapi ia juga merupakan satu resolusi kepada penyelesaian masalah semua warganegara di Benua Kecil India, tanpa mengira warna kulit, kasta, bahasa dan agama mereka. Malah, peristiwa pada tahun 1857 masih lagi releven hingga ke hari ini.

Allah (swt) berfirman:

 “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu Kitab yang benar, agar kamu  memerintah antara manusia dengan apa yang Allah telah tunjukkan.” [TMQ an-Nisa’a : 105].

Terjemahan daripada sumber : www.khilafah.com