Pelan Damai Trump Hakikatnya Projek Penjajahan – Abdul Hakim Othman
Buletin HTM – Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ustaz Abdul Hakim Othman menegaskan bahawa kejahatan ‘Israel’ yang disokong Amerika Syarikat tidak mungkin dapat dihentikan kecuali dengan jihad fi sabilillah oleh tentera kaum Muslimin. Malangnya penguasa kaum Muslimin semuanya bacul, khianat dan tunduk pada Amerika, yang atas dasar itulah membolehkan ‘Israel’ dan Amerika meneruskan kejahatan mereka ke atas Gaza.
Tanpa penyelesaian yang sebenar (jihad fi sabilillah) diambil oleh penguasa kaum Muslimin, maka atas dasar itulah Trump begitu berani dan yakin mengusulkan pelan damainya ke atas Gaza, yang hakikatnya merupakan sebuah pelan penjajahan sepenuhnya ke atas Gaza dan Palestin. Trump tahu bahawa penguasa kaum Muslimin yang bacul dan khianat ini sudah pasti akan menyokong pelannya.
Beliau menyatakan demikian dalam program Kupas Tuntas (03/10/2025) yang membincangkan tajuk “Kejahatan ‘Israel’ dan Amerika Wajib Dijawab Dengan Jihad”, di mana beliau mengupas dua isu terkini berkaitan Gaza iaitu pelan damai Trump dan juga Global Sumud Flotilla (GSF).
Dengan nada tegas, Ustaz Hakim menyatakan bahawa siapa pun penguasa kaum Muslimin yang menyambut baik pelan Trump, merupakan satu lagi siri pengkhianatan mereka ke atas Gaza. “Bagaimana mungkin para penguasa ini mengambil penyelesaian daripada musuh Allah, seolah-olah Allah tidak memberikan penyelesaian untuk masalah Gaza, untuk masalah negeri kaum Muslimin yang dijajah, dan untuk masalah kaum Muslimin yang sedang diperangi oleh musuh. Padahal semua masalah itu ada jawapannya dalam Islam,” tegas beliau.
Berkaitan ekspedisi bantuan kemanusiaan GSF ke Gaza yang mana kini dihalang oleh tentera Israel dan semua pesertanya ditangkap, Jurucakap HTM itu menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan itu sangat baik dan sangat diperlukan, tetapi apabila tidak diiringi dengan pasukan tentera, maka ia tidak akan mencapai tujuannya. Malah menurut beliau, bantuan kemanusiaan itu seharusnya dilakukan oleh tentera itu sendiri, bersekali dengan jihad fi sabillah.
Penguasa dan tentera kaum Muslimin seharusnya merasa malu dan tertampar dengan apa yang dilakukan oleh GSF yang ternyata lebih berani dalam menghulur bantuan ke Gaza mengikut kemampuan mereka, sedangkan para penguasa dan tentera yang mempunyai kekuatan, tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Gaza.
Beliau seterusnya menegaskan di akhir program bahawa solusi sebenar untuk Gaza ialah dengan jihad fi sabilillah oleh tentera umat Islam dalam rangka menghapuskan pemangsa, di mana apabila mangsa telah terhapus, maka Insya Allah tidak ada lagi mangsa dan Gaza, bahkan Palestin dapat dibebaskan sepenuhnya.
Namun, kerana kebaculan dan pengkhianatan para penguasa kaum Muslimin, semua itu tidak berlaku, yang atas dasar itulah umat Islam memerlukan Khilafah yang akan melancarkan jihad dan membebaskan keseluruhan Palestin.
Program yang disiarkan secara langsung melalui Facebook dan TikTok itu turut membuka ruang soal jawab bersama penonton.