Pembelian Scorpene tidak melalui tender terbuka demi KRONI

Pembelian Scorpene tidak melalui tender terbuka demi keselamatan

KUALA LUMPUR 22 Okt. — Pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, keadaan yang sama juga turut diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil.

“Kalau tender terbuka, maknanya kita sudah pun mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh. Sebab itu prosedur untuk mendapatkan aset pertahanan, tak ada negara yang membuat tender terbuka untuk kapal selam,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

Nga turut bertanya mengenai keistimewaan syarikat DCNS dari Perancis dan Navatia dari Sepanyol yang membekalkan kapal selam itu.

Abdul Latiff berkata, sebelum membuat rundingan harga kapal selam itu, kerajaan telah mengkaji semua aspek termasuk kesesuaian dengan keselamatan negara. – Bernama

Sumber: Berita Harian 22/10/09

Kekecohan mengenai isu pembelian kapal selam tidak akan selesai walau pembangkang menguasai kerajaan kerana ia akan terkena kepada batang hidung mereka juga.  Malah kes-kes sebegini tidak akan selesai disebabkan beberapa faktor , antaranya adalah komisyen yang tinggi dan merupakan transaksi yang melibatkan jumlah wang yang sangat besar .

Mana mungkin mata-mata tamak yang memandang peluang seperti ini akan membiarkannya sahaja tanpa mencari peluang untuk mendapatkan sedikit ‘keuntungan’.  Tanpa ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah SWT pasti pembelian kapal selam seperti ini tidak memiliki tujuan utama untuk mempertahankan umat Islam tetapi lebih untuk mendapatkan ‘habuan’ bagi individu-individu tertentu.

Hakikatnya, ketika kapal selam itu dibeli, musuh sudahpun mengetahui rahsia pertahanan negara. Apa-apa sahaja peralatan ketenteraan yang dibeli dari kufur Barat adalah merupakan perangkap yang dipasang oleh mereka untuk umat. Kita tertanya-tanya…apakah rahsia yang dimaksudkan itu rahsia pertahanan atau  rahsia agar tidak pecah tembelang ‘habuan’ yang diperoleh?  Apabila isu pertahanan pun disandarkan kepada manfaat.