Pemimpin Umat Islam Bersahabat Dengan Musuh Islam?
KUALA LUMPUR: Pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tokoh politik propeperangan Amerika Syarikat, Richard Haas, minggu lalu di New York, menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian politiknya berhubung isu Asia Barat.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menganggap pertemuan sulit Anwar dengan Haas yang juga Presiden Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat itu adalah bagi memenuhi kehendaknya yang terdesak untuk mendapatkan perhatian sekali gus menggambarkan sifat kepura-puraannya.
“Ada masanya, Anwar mengeluarkan kenyataan berbelah bahagi berkaitan isu keamanan di Asia Barat dan pada satu masa lain Anwar terus bekerjasama dengan tokoh politik propeperangan.
“Anwar yang lazimnya tidak konsisten dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu serius nampaknya ketagih sokongan asing yang tentunya sesuatu yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Ketika itu, Haas baru melancarkan buku menyerang mantan Presiden Bush kerana dasar tempang menyerang Iraq tanpa alasan kukuh.
Anwar berkata, menerusi buku War of Necessity, War of Choice, Richard mengadunkan penulisannya separa memoir dan separa sejarah, yang mengilhamkan beberapa pandangan jauh khususnya bagaimana Amerika Syarikat boleh belajar melalui peperangan di Iraq dan mempertikaikan kebijaksanaan Amerika Syarikat meneruskan serangan di Afghanistan.
Haas dikenali sebagai seorang yang berpengaruh dalam pentadbiran George H W Bush, yang mengembangkan kuasa negaranya secara unilateral di Asia Barat dalam usaha untuk menguasai lapangan minyak di wilayah itu.
Pernah berkhidmat sebagai Pengarah Perancangan Dasar dibawa Setiausaha Negara Colin Powell, beliau berpengaruh dalam membuat keputusan berkaitan peperangan di Iraq yang mengorbankan jutaan orang awam.
Sumber: Beritah Harian 1/10/09
Adakah Cuma Anwar?
Mungkin ada benarnya apa yang Mukhriz perkatakan. Timbul pelbagai pertanyaan mengenai hal ini. Apakah tujuan Anwar bertemu dengan Haas?? Telah jelas AS merupakan musuh no. 1 umat Islam, lantas, apa tujuan seorang Muslim seperti Anwar bertemu dengan perwakilan musuh Allah dan musuh umat Islam no. 1??
Namun, apakah Mukhriz tidak sedar bahawasa pemimpin no.1 Malaysia juga sedang berkawan rapat dengan pemimpin no.1 negara Teroris Dunia? Jauh sebelum ini, Tun Abdullah Badawi juga pernah berkunjung ke AS dan bersalaman dengan G.W Bush, pembunuh kaum Muslimin! Ketika Condoleezza Rice (Setiausaha Negara AS ketika itu) berkunjung ke Malaysia satu waktu dahulu, para pemimpin sekular Malaysia menghamparkan karpet merah dan berwajah gembira menyambut musuh umat Islam ini padahal dia baru sahaja menyelesaikan misinya membunuh umat Islam di Afghanistan, Iraq dan Palestin!! Apakah Mukhriz buta melihat fakta-fakta ini???
Di seluruh dunia kita dapat saksikan ramai pemimpin kaum Muslimin yang menjadi tali barut kepada negara-negara Imperialis khususnya Amerika Syarikat dan British. Mereka bukan setakat mengampu dan memuji pihak Barat, bahkan menyediakan berbagai-bagai kepentingan berupa kem-kem tentera, pemberian sumber kekayaan bumi dan memberi maklumat-maklumat perisikan tentang gerakan-gerakan Islam yang ikhlas berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Kita juga dapat menyaksikan keluarga Saud, sebagai pemimpin di tanah Hijaz menjadi sahabat baik dan tali barut AS. Saddam Hussein yang telah membunuh ramai umat Islam di Iraq juga merupakan agen kepada rejim AS, sebelum digulingkan sendiri oleh majikannya itu. Manakala di Palestin, kita dapat melihat bagaimana Yassir Arafat menjadi pengkhianat kaum Muslimin dengan membiarkan rakyatnya dibunuh oleh orang-orang Yahudi dengan tanpa pembelaan dan memberikan tanah-tanah umat Islam kepada puak Yahudi.
Wahai Umat Islam!
Ketahuilah, bahawasanya para pemimpin yang ada sekarang telah banyak melakukan sandiwara dengan banyak melakukan putar belit fakta dan lakonan yang mempesonakan. Mereka akan mengeji dan mengutuk orang-orang yang dianggap musuh dan menyerang mereka. Padahal, di sisi lain mereka jugalah selama ini tidak mahu menerapkan Islam secara kaffah. Mereka bukan setakat menjadi musuh kalian, bahkan menjadi musuh Allah dan RasulNya kerana tidak mahu berhukum dengan apa yang telah ditetapkan Allah dan RasulNya. Dengan cara yang hina, mereka selalu bersahabat baik dengan musuh-musuh Allah dan Rasul kita. Apakah pemimpin dan keadaan seperti ini yang kita mahukan wahai umat Islam? Fikirkanlah!