Pemuda Perak kecam DAP
Sumber : Utusan Malaysia: 12/08/09
Inilah Padahnya Demokrasi
Kita melihat bagaimana selepas kekalahan UMNO dan BN dalam PRU yang ke 12 lalu telah berlaku suasana yang tidak tenteram di dalam negara. Boleh dikatakan ada sahaja isu-isu yang menjurus ke arah pertembungan perkauman timbul di sana-sini terutamanya di negeri- negeri yang dikuasai oleh PR. Ianya nampak seolah-olah sengaja dimainkan ataupun diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang terlibat. Apakah UMNO masih tidak boleh menerima kekalahan mereka pada pilihanraya yang lepas? Ataupun adakah kerana pihak DAP dan yang seangkatan dengannya yang mula naik muka dengan kuasa yang mereka perolehi? Inilah buruknya demokrasi ciptaan kufur Barat yang mula memuntahkan kebusukannya. Demokrasi adalah suatu sistem yang memberikan hak kepada manusia untuk berkuasa walaupun hukum kufur yang diterapkan. Dalam demokrasi kebenaran ditentukan oleh suara majoriti. Suara rakyat dianggap sebagai suara keramat, bukannya hukum syara’. Lim Guan Eng boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana demokrasi. Hatta Najib naikpun adalah kerana demokrasi. Nik Aziz masih boleh bertahan kerana demokrasi. Jeff Ooi begitu biadap juga kerana demokrasi. Arak masih bertahan di Malasyia juga kerana demokrasi. Judi di Genting Highlands masih terpahat kukuh juga kerana demokrasi. Itulah sebenarnya wajah hodoh demokrasi.
Wahai para pemimpin UMNO yang berakidah Islam! Kini kalian masih lagi berkuasa, oleh itu kaalian wajib kembali kepada sistem politik Islam. Kalian wajib menerapkan sistem pemeintahan Islam. Yakinlah jika kalian wahai para pemimpin UMNO, menerapkan sistem pemeintahan Islam maka secara umumnya majoriti umat Islam akan bersama dengan kamu. Sekiranya sistem pemerintahan Islam diterapkan oleh pemimpin yang berkuasa saat ini, kita yakin pihak kafir termasuklah DAP akan dapat melihat betapa hebatnya keagungan politik Islam dalam memecahkan persoalan kehidupan manusia samada Islam mahupun kafir.
Kini suara-suara yang menghina Islam dapat didengari kerana demokrasi telah mengajar para pendokongnya untuk menyatakan dan mempertahankan idea kebebasan berpendapat yang diagung-agungkan oleh demokrasi itu sendiri. Kini DAP berani menyatakan hak dan tuntutannya kerana itulah yanag sebenarnya yang diajarkan oleh demokrasi. Inilah bahayanya demokrasi.
Wahai para pemimpin UMNO! Kamu tidak perlu terkejut dengan apa yang dilakukan oleh DAP itu. Kerana demokrasi yang kalian amalkan dan pertahankan itulah yang sebenarnya menjadi barah kepada apa yang berlaku saat ini. Sampai bilakah kalian akan terus memalingkan wajah kalian dari Islam dan terus menerus menhadapkan muka kalian ke arah ashobiyyah. Sumpah Melayu yang kalian lafazkan itu tidak ada nilainya sedikitpun di hadapan Allah SWT. Malahan jika sumpah itu yang kamu perjuangan maka ianya akan pasti membawa penyesalan kepada kalian di hari akhirat kelak. Kembalilah kalian kepada Islam dengan sepenuhnya!!