Pendirian PBB mengesahkan lagi Sokongan Barat kepada Rejim Assad (Terjemahan)
Sungguhpun setelah bertahun-tahun mengkritik kebrutalan dan kezaliman rejim Bashar al-Assad, adalah sangat jelas daripada tindak tanduk Barat dalam krisis ini bahawa mereka pada hakikatnya mendukung Assad menentang kebangkitan kaum Muslimin di Syria. Satu perubahan dalam terminologi yang digunakan oleh PBB mengesahkan lagi keadaan ini. Menurut Reuters:
“PBB tidak lagi mengunakan frasa “transisi politik” untuk menggambarkan tujuan rundingan damai Syria pada minggu hadapan yang berpotensi sebagai satu konsesi besar-besaran bagi para perunding yang mewakili Presiden Bashar al-Assad.”
“Transisi politik” merupakan frasa yang difahami oleh pihak pembangkang dengan maksud menyingkirkan Assad atau paling tidak mengurangkan kuasanya. Namun, kerajaannya telah menolak sebarang cadangan seumpama itu di meja rundingan dan dalam rundingan damai yang lalu di Geneva. Para perundingnya tetap cuba mengelak daripada membincangkannya.”
Hakikatnya Assad tidak mengancam kepentingan Barat mahupun Barat itu sendiri. Meskipun dengan retorik mereka mengenai kebebasan dan demokrasi, mereka tidak mempedulikan kezaliman Assad yang penuh dendam ke atas Syria. Namun, kebangkitan kaum Musliminlah yang merupakan ancaman langsung ke atas pemerintahan dunia (World Order) yang dicipta oleh Barat sejurus selepas kejatuhan Khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyyah, selepas perang dunia pertama. Dengan izin Allah SWT, walaupun berlakunya penentangan daripada Barat dan agen-agen mereka, kaum Muslimin tetap juga akan berjaya membina semula negara mereka sendiri iaitu Khilafah Islamiyyah yang benar melalui jalan kenabian.