Pemecatan awal Penasihat Keselamatan Nasional; Flynn, membawa kepada perbincangan “kuasa gelap” di Amerika. (Terjemahan)

Serangan yang betubi-tubi ke atas pentadbiran Presiden AS Donald Trump berdasarkan apa yang dilihat sebagai pembocoran dengan sengaja dari dalam birokrasi kerajaan telah menarik perhatian orang ramai untuk memikirkan kemungkinan wujudnya sebuah “kuasa gelap” di Amerika. Minggu ini, akibat daripada serangan seumpama itu, Presiden Trump telah menyebabkan orang bertanya tentang pemecatan Penasihat Keselamatan Nasionalnya, General Michael Flynn. Dalam sebuah artikel di New York Times pada hari Khamis:

Satu gelombang pembocoran maklumat daripada para pegawai kerajaan telah membuatkan pentadbiran Trump menjadi pincang dan membawa kepada sebahagian orang untuk membuat perbandingan dengan negara seperti Mesir, Turki dan Pakistan, di mana terdapat jaringan gelap di dalam birokrasinya, yang selalu dirujuk sebagai “kuasa gelap”  yang melemahkan kerajaan yang dipilih.

Trump telah mengejutkan politik Amerika dengan kepantasan dan keagresifannya sejurus memegang jawatan Presiden dalam menerapkan polisi yang dijanjikan dalam kempennya. Adalah merupakan suatu yang lumrah dalam demokrasi bagi calon untuk membuat bermacam-macam janji semasa berkempen tetapi tidak melaksanakannya apabila mereka memegang jawatan. Perhatian sedang difokuskan terhadap para pemain utama di sekeliling Trump yang membantunya menggerakkan agenda radikalnya. Flynn adalah korban pertama daripada serangan ini.

Umat Islam wajar memerhatikan perkembangan isu-isu ini. Barat kononnya menjuarai demokrasi sebagai sebuah keunggulan sejagat yang patut diterapkan di seluruh dunia. Realitinya walau bagaimanapun menunjukkan demokrasi tidak pernah wujud di Barat.

Kerajaan yang dipilih secara demokrasi memerintah berdasarkan kemahuan sekolompok elit yang kecil namun sangat berkuasa dan bukan berdasarkan kemahuan rakyat.

Faktanya, tidak mungkin demokrasi boleh wujud walau di mana sekalipun. Rakyat yang ramai tidak mampu untuk membuat keputusan secara kolektif dalam pelbagai aspek yang memerlukan kepakaran teknikal terperinci yang diperlukan dalam menggubal undang-undang dan menjalankan roda pemerintahan. Demokrasi adalah satu penyelesaian gagal yang menolak peranan Allah SWT dalam menyelesaikan persoalan bagaimana manusia seharusnya menjalankan kehidupannya. Umat Islam wajib menerima sepenuhnya cara hidup yang telah ditunjukkan oleh wahyu menerusi RasulNya dan tidak memerlukan langsung penyelesaian gagal seperti demokrasi dalam urusan kehidupan mereka.