Pengisytiharan Hilal Syawal 1429H

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR, WA LILLAHIL HAMD

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw,
keluarganya, sahabat-sahabatnya serta sesiapa sahaja yang mencurahkan taat setia dan mengikut baginda, sesiapa sahaja menuruti jejak langkah baginda dalam memperjuangkan akidah Islam sebagai asas pemikirannya dan menjadikan hukum-hukum syarak sebagai kayu ukur perbuatannya serta sumber undang-undangnya.

Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya bersumberkan dari Muhammad Bin Ziyad ra yang berkata,

“Aku mendengar Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, atau ia (Abu Hurairah) berkata, ‘Abu Al-Qasim (saw) bersabda: Berpuasalah kalian apbila melihat hilal dan berbukalah (berhari rayalah) apabila melihat hilal, dan jika kalian tidak nampak akannya, maka genapkanlah Sya’ban 30 hari”

Setelah melihat hilal di bulan syawal hari semalam (Isnin – 29 Ramadhan), secara syari’enya, hilal telah disahkan dilihat di beberapa negara umat Islam. Oleh yang demikian, hari ini (Selasa – 1 syawal) adalah hari raya Idul Fitri.

Dalam kesempatan ini, Amir Hizbut Tahrir sedunia al-Alim ‘Atha’ Bin Khaleel Abu Al-Rashta (semoga Allah melindungi beliau), memohon kepada Allah agar merahmati umat ini dan sesiapa sahaja yang telah memperjuangkan risalah Allah. Allahu Akbar! Semoga Allah melindungi umat ini dan menerima segala ibadat kita di sepanjang Ramadhan dan semoga Allah memuliakan umat ini dengan kedatangan Daulah Khilafah al-Rasyidah tidak lama lagi.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, Allahu Akbar, wa lillahil hamd.

Ketua pejabat media Hizbut Tahrir dan kesemua warga kerjanya dengan ini mengucapkan tahniah kepada semua Muslim di hari raya Idul Fitri ini, dan kami memohon kepada Allah agar merahmati umat Islam dengan kedatangan seorang Khalifah Rasyidah yang mana kita akan berjuang dan berlindung di belakangnya.

Semoga Allah swt menerima ibadat kami dan ibadat kalian.

Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu.

Sambutan Idul Fitri 1 Syawal 1429H adalah bersamaan dengan 30 September 2008.

[sumber: hizb-tahrir.info]