Penguasa Arab terus khianati umat Islam
Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengadakan perjanjian dengan entiti haram Yahudi bagi memulihkan hubungan antara keduanya, dengan disaksikan dan direstui, dan sudah pasti dengan arahan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Presiden negara pengganas itu mengumumkan hal tersebut dengan penuh kegembiraan, sebagaimana dilaporkan oleh banyak berita.
Apa yang jelas, sebuah lagi pengkhianatan telah dilakukan oleh penguasa Arab ke atas umat Islam. Ia bukan sahaja mengkhianati umat Islam, malah lebih daripada itu, ia telah mengkhianati Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw) dengan menandatangani perjanjian dengan kaum perampas tanah dan pembunuh umat Islam!
Dengan menandatangani perjanjian dengan entiti haram Yahudi, ini bermakna penguasa Arab yang khianat itu telah mengiktiraf “Israel” sebagai sebuah negara yang sah, sedangkan wilayah yang diduduki oleh entiti haram Yahudi itu adalah hasil daripada penjajahan dan pembunuhan yang dilakukan oleh kaum terlaknat itu ke atas kaum Muslimin.
Sama seperti Amerika, entiti haram Yahudi merupakan sebuah entiti yang statusnya adalah muharibah fi’lan (negara yang sedang berperang dengan umat Islam) yang mana haram di sisi Islam untuk mengadakan apa jua perjanjian dengan negara ini. Islam membenarkan perjanjian dimasuki dengan negara muharibah hukman (negara kafir yang tidak dalam keadaan memerangi Islam), tetapi tidak dengan negara muharibah fi’lan. Perjanjian apa pun haram dilakukan dengan negara muharibah fi’lan, kecuali perjanjian gencatan senjata sahaja.
Perjanjian apa pun yang ditandatangani dengan entiti Yahudi adalah tidak sah, dan layak mendapat murka Allah (swt). Kaum terlaknat itu telah mendirikan negara mereka dengan cara membunuh ribuan umat Islam dan merampas tanah umat Islam, serta mengusir umat Islam dengan cara yang cukup kejam.
Nampaknya penguasa Arab ini bukan sahaja mengkhianati Allah (swt), Rasul-Nya (saw) dan kaum Mukminin, tetapi ia tidak pernah belajar bahawa kaum Yahudi memang terkenal sebagai kaum yang tidak pernah menepati perjanjian, sejak daripada zaman para Nabi lagi. Kerana itulah mereka ini dilaknat oleh Allah (swt). Bagaimana mungkin penguasa Arab ini boleh mengadakan perjanjian dengan kaum yang dilaknat oleh Allah (swt), dan yang tangan mereka tidak pernah kering daripada darah umat Islam yang mereka bunuh?! Sungguh, betapa khianatnya penguasa Arab ini!
Sesungguhnya umat ini sudah sangat terdesak memerlukan seorang pemimpin yang beriman lagi bertakwa, yang akan menjaga mereka, bukannya yang mengkhianati mereka, yang akan memerangi Yahudi, bukannya yang berbaik dengan Yahudi dan yang akan mengembalikan semula tanah suci yang dirampas oleh Yahudi, bukannya yang terus membenarkan Yahudi tinggal di tanah yang dirampas.
Sesungguhnya pemimpin yang beriman dan bertakwa itu tidak lain kecuali seorang Khalifah, yang akan muncul tidak lama lagi hasil usaha mereka yang memperjuangkan kewujudannya.
Wallahu a’lam.