Penunjuk perasaan fasis sepatutnya menyalahkan kerajaan mereka sendiri
Satu demonstrasi balas oleh Pertubuhan Penentang Fahaman Fasis yang mendakwa EDL adalah pertubuhan bersikap perkauman turut diadakan di kawasan berhampiran walaupun pihak polis telah meminta mereka beredar.
Kebimbangan tentang imigrasi dan pelampau Islam di Britain telah dibawa oleh Parti Kebangsaan Britain (BNP), yang menggunakan platform anti-imigrasi dan berjaya bertapak dalam pilihan raya tahun ini di Eropah.
EDL telah mengadakan beberapa siri tunjuk perasaan di seluruh Britain sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Di setiap kota mereka berdepan dengan bantahan dan pergaduhan meletus.
Kumpulan itu menafikan mereka bersikap perkauman dan hanya ‘menentang militan Islam’. Namun, anggota-anggotanya telah melaung-laungkan slogan anti-Islam dan menunjukkan isyarat tabik ala-Nazi. – AFP
Sumber : Utusan Malaysia, 07/12/2009
Penunjuk perasaan fasis sepatutnya menyalahkan kerajaan mereka sendiri
Hakikatnya, kebencian terhadap penghijrahan kaum etnik lain ke sesebuah negara yang didominasi oleh golongan etnik yang berbeza, inilah yang membawa kepada pemikiran dan kelakuan fasis . Bagi kumpulan fasis ini, negara mereka sepatutnya didiami oleh kaum etnik yang sama dengan mereka sahaja, dan segala cara hidup atau agama dari luar yang menjadi pegangan penduduk pendatang adalah dilarang sama sekali
Berbeza dengan Daulah Islam atau Khilafah, di mana bukan sahaja terdapat banyak kaum yang berbeza seperti dari Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah yang beragama Islam, malah terdapat golongan kafir dhimmi yang beragama Kristian dan Yahudi di dalam kekuasaan Khilafah selama berkurun lamanya, dari Daulah Islam di Madinah sehinggalah ke Daulah Uthmaniyyah yang menguasai Asia, Afrika dan Eropah.
Realitinya, negara-negara Baratlah yang melakukan pencerobohan dan penjajahan terhadap negara umat Islam sejak zaman penjajahan secara ketenteraan (fizikal) dan selanjutnya ke zaman “pasca kemerdekaan” sekarang (secara pemikiran dan sebahagiannya ketenteraan). Lebih dari itu,, Barat juga memaksa sistem perundangan mereka ke atas umat Islam dan bukan sebaliknya. Di samping itu, negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain banyak memberikan bantuan kepada para penguasa diktator di negara umat Islam, yang mengakibatkan kehidupan kaum Muslimin tertekan dan secara ekonomi amat melelahkan. Umat Islam yang rata-rata hidup dalam kesempitan sukar mencari kerja untuk menyara kehidupan di negara mereka sendiri. Akibatnya, ramai para penduduk di negara umat Islam terpaksa berhijrah ke Barat untuk mencari pekerjaan yang menjamin tahap kehidupan yang lebih baik, di samping menyebarkan dakwah Islam dan membina banyak masjid dan madrasah.
Anehnya, para penunjuk perasaan fasis ini langung tidak menyalahkan kerajaan mereka sendiri yang telah menceroboh negara umat Islam seperti Irak, Afghanistan dan Pakistan dan memaksa sistem perundangan Barat ke atas kaum Muslimin. Barat juga menyokong para diktator menzalimi rakyat mereka sendiri yang mengakibatkan ramai orang Islam berhijrah ke Eropah.
Perang yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain ke atas Irak pada 2003 telah mengakibatkan pelarian umat Islam seramai 4 juta orang dan sebahagian pelarian tersebut telah memohon menjadi rakyat di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain, dan selanjutnya menimbulkan kemarahan penduduk tempatan disebabkan peluang pekerjaan direbut oleh kaum Muslimin yang mempunyai kelulusan tinggi. Di samping itu juga, ramai di antara pendatang tersebut membina masjid dan madrasah di negara Barat yang menyuburkan dakwah Islam.
Sepatutnya para penunjuk perasaan berhaluan fasis ini menyalahkan polisi luar negara mereka sendiri yang menceroboh dan menjajah negara umat Islam yang mengakibatkan wujud pelarian dan pendatang di dalam jumlah yang banyak ke negara mereka, menyebarkan dakwah Islam yang mulia yang sesungguhnya menjadi kebencian mereka.