Peras Ugut Piala Dunia adalah Manifestasi Sistem Kapitalis!

Piala Dunia 2022 bakal bermula dan buat sementara waktu beberapa media Barat telah mengkritik Qatar dan FIFA kerana negara itu tidak menghormati hak asasi manusia.

Sejak pengumuman pada 2010 bahawa Qatar akan menjadi tuan rumah, banyak kekecohan timbul mengenai cara negara itu dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia pada 2022. Menurut FBI Amerika, beberapa ahli FIFA telah disogok oleh Qatar untuk memenangi pemilihan. Lembaga FIFA sentiasa menafikan dakwaan rasuah, namun demikian pengerusi FIFA ketika itu meletak jawatan.

Qatar adalah sebuah negara yang secara relatifnya kaya kerana sumber minyaknya. Majoriti penduduknya adalah pekerja asing, hanya 15 peratus sahaja daripada penduduknya berasal dari Qatar. Di sebalik kekayaannya yang besar, umum mengetahui bahawa sejak permulaan pembinaan stadium bola sepak, pekerja asing bekerja dalam keadaan yang sangat teruk. Hari bekerja yang panjang dan dalam musim panas yang melampau dengan gaji yang rendah, serta pekerja dipisahkan daripada keluarga mereka tanpa hari cuti, selama berbulan-bulan. Penginapan mereka tidak diselenggara dengan baik dan langsung tidak sesuai inap.

Menurut beberapa pertubuhan hak asasi manusia, eksploitasi terhadap pendatang oleh Qatar telah menyebabkan beribu-ribu kematian. Ini belum mengambil kira pekerja yang mengalami kecacatan fizikal kekal dan penyakit kronik, yang mana mereka tidak menerima sebarang bentuk pampasan atau rawatan perubatan. Reaksi pengerusi FIFA, Gianni Infantino dan Setiausaha Agung, Fatma Samoura adalah luar biasa untuk dikatakan. Dalam surat dalaman yang dihantar kepada persatuan bola sepak kebangsaan 32 negara yang bertanding, FIFA meminta negara-negara itu untuk “memberi tumpuan kepada bola sepak” dan tidak “mengheret bola sepak ke dalam semua jenis konflik politik dan ideologi”.

Penindasan dan eksploitasi pekerja asing di Qatar hanyalah manifestasi sistem kapitalis di mana manusia dieksploitasi untuk mencapai keuntungan maksimum. Media Barat cuba memberi gambaran ke arah idea penindasan yang mereka cuba kaitkan dengan Islam. Bagaimana pun, realitinya adalah bahawa penindasan tersebut merupakan akibat langsung dari kapitalisme, kerana Qatar tidak diperintah oleh Islam tetapi oleh ideologi kapitalisme.

Untuk ke sekian kalinya, sangat jelas bahawa kehidupan manusia di negara-negara kaum Muslimin tidak begitu bernilai bagi golongan elit Barat. Mereka yang bertanggungjawab untuk acara bola sepak merespon terhadap ribuan kematian hanya dengan mengatakan bahawa itu merupakan konflik yang tidak sepatutnya merosakkan suasana bola sepak yang menyenangkan. Hanya dengan mengembalikan semula Khilafah (Khilafah) di atas manhaj kenabian di negara-negara kaum Muslimin, barulah kehormatan dan hak seseorang manusia benar-benar terpelihara.

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/press-releases/the-netherlands/23822.html