Perasmian Maktab I’lamiy HTM

BANDAR BARU BANGI 10 Ogos – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) secara rasminya melancarkan penubuhan Maktab I’lamiy (Pejabat Media / Media Office) bertempat di Khilafah Centre di sini, hari ini. Majlis perasmian tersebut yang diadakan serentak dengan majlis rumah terbuka Eidul Fitri dipenuhi dengan para undangan dari segenap lapisan, termasuklah pimpinan masyarakat dan beberapa pertubuhan di sekitar Lembah Kelang.

Perasmian Maktab I’lamiy HTM itu disempurnakan oleh Ustaz Abdul Hakim Othman selaku Ketuanya yang sekali gus merupakan Jurucakap HTM. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pimpinan Pusat HTM yang lain.

Di dalam ucapannya, Abdul Hakim menjelaskan fungsi dan tugas Maktab I’lamiy HTM yang antara lainnya adalah membina hubungan dengan semua media, selain sebagai saluran atau suara rasmi HTM. Dalam sidang media yang diadakan itu, Ustaz Hakim turut menjelaskan tentang perjuangan Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah yang merupakan kewajipan ke atas umat Islam.

Hakim turut menjawab soalan para wartawan yang bertanyakan pendirian Hizbut Tahrir terhadap isu Gaza. Ketua Maktab I’lamiy HTM itu menegaskan yang pemimpin wajib menghantar tentera untuk berjihad di Gaza bagi menyelamatkan saudara-saudara kita di sana sekali gus menghapuskan entiti Yahudi, selain menghantar bantuan kemanusiaan. Tatkala Allah SWT memberikan kemenangan kepada Hizbut Tahrir dengan tegaknya Negara Khilafah dalam masa terdekat nanti, Insya Allah Khalifah akan terus menghantar tentera ke sana, tambahnya lagi.

Media hendaklah bersikap profesional di dalam laporan mereka dan yang lebih penting bersikap jujur dan amanah di dalam menjalankan tugas kerana setiap perkara yang dilaporkan, hatta setiap patah perkataan yang ditulis, akan dihisab oleh Allah SWT, tegas Jurucakap HTM itu sebelum menutup sidang media yang diadakan.