Perhimpunan Hizb ut- Tahrir mengutuk serangan US ke atas bumi Pakistan

Ahad, 07 September 2008

PESHAWAR: Pada hari Jumaat Aktivis Hizb ut-Tahrir mengadakan satu demonstrasi membantah serangan Amerika ke dalam wilayah Pakistan.

Para pembantah, di pimpin oleh Saad Khan, berhimpun di Masjid Bilal, Hayatabad.  Bercakap mengenai perhimpunan itu, Saad Khan berkata, pasukan Kommando Amerika telah membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah tetapi para pemimpin telah gagal mempertahankan kedaulatan Pakistan.  Dengan mengutuk keras para pemimpin kerajaan, beliau menegaskan bahawa pemimpin yang kembali ke Pakistan dengan bantuan dari Amerika, tidak dapat melindungi rakyatnya.

Saad mendesak kerajaan untuk menghentikan kerjasama dengan US dalam agenda “peperangan menentang keganasan”.  Dalam pada itu di Mardan, para Aktivis Jamaat-e-Islami Mardan selepas Jumaat juga telah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap serangan US ke atas sempadan kampung Waziristan Selatan yang menyebabkan 15 orang yang tidak bersalah terbunuh.  Timbalan amir JI daerah, Dr Syed Badshah, semasa berucap di hadapan perhimpunan ahli JI di luar kelab akhbar telah mengutuk serangan bala Tentera Darat Amerika di Angoor Adda.

Di Mansehra pula, beratus orang berkumpul mengadakan bantahan terhadap pembunuhan rakyat yang tidak bersalah oleh pasukan tentera Amerika di Utara dan Selatan Waziristan.  Sebaik selesai solat Jumaat, beratus orang berhimpun di hadapan masjid besar di Jalan Abbottabad dan berarak melalui berbagai jalan sehingga ke jalan utama.  Para pembantah, mengangkat kain-kain rentang dan  poster-poster yang menunjukkan slogan-slogan anti Amerika.  Jurucakap dari berbagai parti politik dan gerakan Islam termasuk amir daerah dari Jamaat-e-Islami, Mohammad Younas Khattak mengutuk tindakan kejam Amerika.

Sumber: The News