Perihal Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender

 

Islam sememangnya berbeza dengan gaya hidup liar yang diterapkan oleh sistem sekularisme-liberalisme. Menurut mereka, perbuatan seks bebas seperti lesbianisme, gay, biseksual dan transgender adalah dibolehkan kerana ia merupakan hak asasi manusia (HAM) dan sebahagian daripada kebebasan individu yang perlu dihormati dan dijaga oleh negara.

Islam sama sekali tidak membenarkan apatah lagi bersetuju dengan selera murahan yang lebih hina daripada binatang itu. Perilaku lesbianisme, gay, biseksual dan transgender hukumnya adalah haram dalam Islam. Bukan sekadar itu, segala perbuatan haram dianggap sebagai perbuatan jahat/jenayah (al-jarimah) dan ia wajib untuk dihukum. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizham Al-Uqubat, hal. 8-10).

Lesbianisme dalam kitab-kitab fiqih disebut dengan istilah as-sahaaq atau al-musahaqah. Definisinya adalah hubungan seksual yang berlaku di antara sesama wanita. Tidak ada khilafiyah di kalangan fuqaha bahawa lesbianisme hukumnya adalah haram. Keharamannya antara lain berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW, “Lesbianisme adalah (bagaikan) zina di antara wanita” (as-sahaq zina an-nisaa` bainahunna). (HR Thabani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 22/63). (Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina`iyah al-Islamiyah, hal. 452).

Lesbianisme menurut Imam Dzahabi merupakan dosa besar (al-kaba`ir). (Dzahabi, Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba`ir, 2/235). Hukuman untuk lesbianisme tidak sama dengan hukuman zina, tetapi ia termasuk di bawah hukuman ta’zir, iaitu hukuman yang tidak dijelaskan oleh sesuatu nas yang khusus. Jenis dan kadar hukumannya diserahkan kepada Qadhi (hakim). Ta’zir ini boleh dalam pelbagai bentuk seperti hukuman sebat/rotan, penjara, tasyhir dan sebagainya. (Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina`iyah al-Islamiyah, hal. 452; Abdurrahman Al-Maliki, Nizham Al-Uqubat, hal. 9).

Homoseksual dikenali dengan istilah liwath. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa telah sepakat (ijma’) seluruh ulama mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwaath). (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348). Sabda Nabi SAW,“Allah telah mengutuk sesiapa saja yang membuat seperti perbuatan kaum Nabi Luth, Allah telah mengutuk sesiapa saja yang membuat seperti perbuatan kaum Nabi Luth, Allah telah mengutuk siapa saja yang membuat seperti perbuatan kaum Nabi Luth.” (HR Ahmad, no. 3908). Hukuman bagi homoseks (gay) adalah hukuman mati. Tidak ada sebarang khilafiyah di antara para fuqaha khususnya para sahabat Nabi SAW seperti yang dinyatakan oleh Qadhi Iyadh di dalam kitabnya Al-Syifa`. Sabda Nabi SAW,”Sesiapa saja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Luth, maka bunuhlah kedua-duanya (yang meliwat dan yang diliwat).” (HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa`i).

Para sahabat Nabi SAW hanya berbeza pendapat (khilaf) tentang cara perlaksanaan hukuman mati untuk gay. Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay harus dibakar dengan api. Menurut Ibnu Abbas ra, harus dicari terlebih dahulu bangunan tertinggi di sesuatu tempat, lalu dihumban pelaku gay  tersebut dengan kepala menghala ke bawah, dan setelah sampai di tanah dilemparkan pula dengan batu. Menurut Umar bin Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, gay dihukum mati dengan cara ditimpakan dinding tembok ke atasnya sampai mati. Memang para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang cara perlaksanaanya, namun semuanya sepakat bahawa gay wajib dihukum mati. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizham Al-Uqubat, hal. 21).

Biseksual pula adalah perbuatan haram yang dilakukan terhadap kedua-dua jenis jantina. Jika dilakukan terhadap berlainan jantina, ia adalah zina. Jika dilakukan dengan sesama jenis, ia tergolong sebagai homoseksual (gay) jika dilakukan di antara sesama laki-laki, manakala jika dilakukan dengan sesama wanita, ia tergolong sebagai tergolong lesbianisme. Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram, tidak ada satu pun yang dihalalkan di dalam Islam.

Hukumannya disesuaikan dengan faktanya masing-masing. Jika tergolong sebagai zina, maka hukumannya adalah direjam (dilempar dengan batu) sampai mati, jika pelakunya adalah muhsan (sudah bernikah). Bagi yang belum bernikah, ia disebat sebanyak seratus kali.. Jika tergolong dalam homoseksual (gay), hukumannya mati. Jika tergolong dalam lesbianisme, hukumannya ta’zir.

Transgender adalah perbuatan menyerupai jantina yang lain, sama ada dalam percakapan, berpakaian mahupun perbuatan, termasuklah dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai jantina yang berlainan jenis sesuai dengan hadis bahawa Nabi SAW mengutuk lelaki yang menyerupai wanita dan mengutuk wanita yang menyerupai lelaki (HR Ahmad, 1/227 & 339).

Hukumannya, jika sekadar melalui percakapan atau berpakaian yang menyerupai jenis yang berlawanan, ia perlu diusir dari daerah atau perkampungan. Nabi SAW telah mengutuk orang-orang pondan (mukhannas) dari kalangan lelaki dan orang-orang tomboy (mutarajjilat) dari kalangan perempuan. Nabi SAW berkata,”Usirlah mereka dari rumah-rumah kalian.” (akhrijuuhum min buyutikum). Nabi SAW pernah mengusir fulan dan Umar ra juga pernah mengusir fulan (atas perbuatan tersebut). (HR Bukhari no 5886 dan 6834). (Lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1306).

Jika transgender melakukan hubungan seksual, maka hukumannya disesuaikan dengan faktanya. Jika hubungan seksual terjadi di antara sesama lelaki, maka dijatuhkan hukuman homoseksual (gay). Jika terjadi di antara sesama wanita, dijatuhkan hukuman lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan yang berlainan jantina, dijatuhkan hukuman zina.

Dalam Islam, memang ada golongan yang dikenali dengan istilah khunsa, atau hermaphrodit, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin. Mereka memang diakui dan disebut dalam fiqih Islam. Namun, ini sama sekali berbeza dengan transgender, kerana golongan transgender hanya mempunyai satu alat kelamin yang jelas dan sempurna, tetapi mereka berperilaku atau menukar alat kelamin mereka supaya menyerupai jantina yang berlawanan jenis dengannya.

Berdasarkan penjelasan di atas, adalah jelas bahawa lesbianisme, gay, biseksual dan transgender adalah perbuatan yang diharamkan oleh Islam, sekaligus ia merupakan kemaksiatan yang wajib dijatuhkan hukuman yang tegas.

Yang berhak menjatuhkan hukuman adalah Imam (Khalifah) dalam negara Khilafah yang mana ia akan menerapkan dan menjalankan syariah Islam secara kaffah (keseluruhan). Realitinya, Khalifah sekarang sudah tidak ada sejak hancurnya Khilafah di Turki pada tahun 1924. Maka adalah menjadi tugas dan kewajiban bagi kita seluruh umat Islam untuk mengembalikan semula Khilafah di atas muka bumi ini sekali lagi sebagai Khilafah yang mengikuti minhaj an-nubuwwah (jalan kenabian). Khalifah itulah nanti yang akan menjalankan syariah Islam secara kaffah, termasuk menjatuhkan hukuman-hukuman yang tegas untuk manusia-manusia hina yang melakukan perbuatan lesbianisme, gay, biseksual dan transgender. Wallahu a’lam

Get real time updates directly on you device, subscribe now.