Perjuangan Sejuta Tandatangan di Masjid Al-Islah, Taman Kajang Mewah
Bertempat di Masjid Al-Islah Taman Kajang Mewah pada hari Jumaat 25 Julai lepas, Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi membuka kaunter tandatangan dan melaungkan seruan kepada para jemaah berhubung isu kenaikan harga minyak. Seruan dikumandangkan oleh Ust. Luqman yang menyuarakan bantahan dari HTM terhadap kezaliman kerajaan menaikkan harga bahan bakar tersebut. Sambutan amat menggalakkan di mana rata-rata jemaah tanpa segan silu dan tanpa rasa takut sedikit pun menurunkan tandatangan sebagai menyokong apa yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir. Para jemaah dilihat berebut-rebut mengambil Kenyataan Rasmi dan sticker kereta yang diberikan secara percuma oleh petugas-petugas HTM.