Perjuangan Sejuta Tandatangan di Masjid UNITEN

Selepas solat Jumaat, 18 Julai 2008, perkarangan masjid Universiti Tenaga Nasional di Bangi telah digegarkan dengan seruan dari syabab Hizbut Tahrir dalam siri jelajah Perjuangan Sejuta Tandatangan membantah kenaikan harga minyak. Para jemaah solat Jumaat kelihatan kyusuk mendegar seruan yang dibacakan oleh syabab Hizbut Tahrir Malaysia.  Meja untuk menurunkan tandatangan turut dibuka, dan nyata sekali, sokongan daripada setiap jemaah amatlah mengharukan. Ada yang sanggup menunggu dan berbaris untuk menurunkan tandatangan pada buku yang disediakan. Wahai pemimpin kapitalis! Kembalikan Hak Kami!