Perjuangan Sejuta Tandatangan di Masjid Amru Al As, Sentul

Padam 4 Julai 2008, sekitar sebelum solat Jumaat, para syabab Hizbut Tahrir Malaysia mula menggerakkan operasi dalam siri perjuangan sejuta tandatangan membantah kenaikan harga minyak. Aktiviti dijalankan disekitar Masjid Amru Al As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Selepas solat Jumaat, seruan dibuat oleh Ustaz Umar Hussein dan Ustaz Isa Abdullah dalam rangka menerangkan kepada para jamaah tentang perlunya pengendalian hak umum ini (minyak) berdasarkan hukum Islam.