Petrol: Penguasa pengkhianat umat

Petrol RON95 RM1.80 seliter, RON97 RM2.05 seliter esok

KUALA LUMPUR: Mulai esok, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter.

Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi.

Sumber: Berita Harian 31/08/09

Sampai Bila Penguasa Akan Terus Mengkhianati Rakyat?

Rakyat terus ditipu oleh slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan apabila sekali lagi pemerintah yang menerapkan sistem Kapitalisme menaikkan harga minyak. Kenapa harga minyak naik? Alasan dan skrip yang sama diberikan. Di tengah-tengah propaganda kononnya kerajaan prihatin untuk membantu rakyat samada di bandar mahupun kampung, esok, rakyat akan dihadiahkan, sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 52, dengan kenaikan harga minyak. Media arus perdana di atas tidak menggunakan tajuk “harga minyak naik” tetapi menggunakan bahasa berlapik – “…yang diperkenalkan…”. Apakah ini bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat? Inilah dunia pemimpin politik Kapitalisme yang tidak pernah memikirkan kesengsaraan rakyat. Pemimpin pada hari ini tanpa rasa bersalah terus melakukan pengkhianatan kepada rakyat. Wahai para pemimpin sekular! Minyak adalah hak rakyat. Ketahuilah, wahai umat Islam, sedarlah wahai para penguasa umat Islam. Minyak bukan milik Petronas. Minyak bukan milik Sultan Brunei. Minyak bukan milik Raja Arab Saudi, mahupun mana-mana individu atau institusi konglomerat. Minyak adalah milik rakyat. Sampai bilakah kerajaan sekular ini akan terus berniaga dengan rakyat? Hanya Khilafah sahajalah yang akan berupaya mengembalikan minyak yang merupakan hak milik umat ini kepada tuan empunya, rakyat jelata. Persoalannya kini ialah sampai bilakah rakyat akan terus digula-gulakan dan diperbodohkan?