Presiden Perancis, Sarkozy Melabel Burqa sebagai Simbol Perhambaan
London, UK, 26 Jun 2009– Di dalam satu ucapan kepada Parlimen Perancis hari Isnin yang lepas, Presiden Nicolas Sarkozy menyatakan dengan jelas tentang pandangan beliau keatas pemakaian burqa dengan mengatakan bahawa ianya adalah satu simbol perhambaan ke atas wanita. Beliau berkata,” Burqa itu bukanlah satu tanda mahupun simbol agama,malahan ianya hanyalah satu lambang penindasan dan penghinaan ke atas wanita. Saya secara serius ingin menyatakan bahawa perbuatan memakai burqa ini adalah sesuatu yang tidak dialu-alukan di wilayah kita.”
Adalah sesuatu yang melucukan apabila kita mendengar Tuan Presiden Sarkozy bercakap tentang perhambaan ke atas wanita, sedangkan beliau sendiri telah berkahwin dengan seorang bekas model bogel bernama Carla Bruni- satu profesion yang mana majoriti dari wanita merasakan ianya adalah sesuatu yang amat jelas menunjukkan wanita dijadikan hamba seks para lelaki.
Pada ketika beliau mengecam pemakaian burqa, dengan tanpa segan silu beliau sengaja tidak menghiraukan perhambaan dan penindasan wanita di Negara sekular liberal Perancis di mana :
* 2 juta wanita mengalami penderaan rumahtangga
* 400 wanita dibunuh setiap tahun oleh pasangan mereka
* Dianggarkan 38,000 orang wanita diperkosa setiap tahun
Sarkozy meneruskan kecaman dan penghinaannya ke atas burqa dengan menyatakan bahawa para wanita yang memakai burqa adalah seperti “banduan yang dikurung dibelakang jeriji besi, diasing dari kehidupan, dinafikan hak membentuk dan mengenali identiti diri mereka.”
Akan tetapi,ironiknya kita sebenarnya melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Jika diperhatikan, ramai golongan wanita Muslimah yang mengatakan bahawa pengharaman pemakaian tudung kepala di Perancis pada saat ini telah sebenarnya menyebabkan mereka merasa tertindas.
Beliau membuat kesimpulan di atas komentarnya dengan mengatakan “Segala pandangan mestilah dinyatakan….saya ingin menegaskan, kita tidak perlu malu dengan nilai-nilai sebenar kita, dan kita tidak perlu takut dalam mempertahankan pandangan-pandangan kita.”
Merujuk kepada komen-komen ini, jurucakap media muslimah Hizbut Tahrir Britain, Sultanah Parvin berkata,” Sarkozy sepatutnya berasa malu dengan nilai-nilai sekular-liberalyang didokongnya. Beliau dengan megah mempamerkan penafian hak secara terbuka,merendahkan martabat dan memandang golongan yang mahu mengamalkan dan berpegang pada ajaran asas agama mereka yang tidak selari dengan prinsip kehidupannya sebagai warganegara kelas dua.
Beliau sepatutnya merasa hina apabila mempertahankan nilai-nilai yang membenarkan para lelaki mengeksploitasi tubuh badan wanita untuk mengaut keuntungan dan sebuah masyarakat yang menghidang tubuh badan wanita untuk tatapan dan keseronokan umum. Adalah satu pembohongan yang amat besar dan hipokrit apabila beliau melaungkan kebebasan dan pada masa yang sama bercakap tentang pengharaman ke atas wanita Muslimah dari berpakaian menurut ajaran agama mereka. Sememangnya terdapat lebih banyak lagi perkara yang perlu dimalukan oleh Sarkozy dan para pengikutnya jika didedahkan.
”Pendedahan ini jelas menunjukkan bahawa pada ketika masyarakat umum di UK terus menunjukkan kemarahan keatas golongan yang mendokong perkauman seperti ketika British National Party(BNP) memperolehi kerusi di Pilihanraya Eropah, pendokong Liberalisasi telah dengan selesanya menjumpai sebuah rumah yang aman di dalam halaman penuh kekuasaan, iaitu Perancis. “
”Sememangnya,wanita muslimah tidak memerlukan pendidikan tentang hak-hak wanita dari seorang lelaki yang mempergunakan wanita untuk kepentingan dirinya dan seorang penzina yang meraih kemahsyuran kerana berkahwin dengan seorang model bogel.”
”Kesungguhan dan usaha yang tidak berhasil oleh Presiden Sarkozy dan kerajaan Perancis dalam menghalang wanita muslimah dan bukan muslim menentang sekular liberalisasi di Perancis dan diseluruh dunia dan mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian yang satu bagi segala permasalahan kehidupan baik kerohanian, sosial mahupun politik, adalah amat jelas dan nyata. Pemikiran busuk dan rosak sekular liberal kapitalis telah mewujudkan phenomena kebiadaban terhadap wanita didalam sesebuah masyarakat sebagai satu kebiasaan dan harus diterima.”
”Sebaliknya, nilai-nilai dan sistem perundangan Islam menawarkan sebuah masyarakat yang memartabatkan dan mengangkat maruah wanita, mengukuhkan institusi kekeluargaan, dan menjamin kerjasama yang sihat dan menurut syarak antara lelaki dan wanita didalam kehidupan umum sementara pada masa yang sama menjaga maruah kedua-duanya.” Wallahu alam