Rejim Jordan tangkap anggota Hizbut Tahrir
Pada hari Selasa 29/12/2015, pasukan keselamatan rejim Jordan telah menangkap Mu’tasim al-Duwaik, salah seorang anggota Hizbut Tahrir, di daerah Swahili. Beliau kemudiannya diserahkan kepada pendakwa raya Mahkamah Keselamatan Negara di mana beliau telah ditahan dalam penjara sedangkan mahkamah tidak menjelaskan apakah pelarasan perlembagaan yang berkaitan, yang perlu dikaji sehingga beliau dihadapkan ke mahkamah tentera. Semua ini menimbulkan persoalan apakah niat pendakwa raya dalam Mahkamah Keselamatan Negara.
Pihak rejim sebenarnya tidak menjumpai apa-apa kesalahan terhadapnya, namun tetap menahan beliau hanya semat-mata kerana beliau menyatakan bahawa “Rabb-ku ialah Allah” dan kerana beliau memikul dakwah bersama Hizbut Tahrir yang berjuang untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Khilafah Rasyidah atas jalan kenabian. Inilah negara (Khilafah) yang memiliki kekuatan, pencegahan dan keperkasaan, rahmat, keadilan, ketenangan dan perlindungan. Inilah negara di mana sang Khalifah adalah orang yang pertama akan lapar dan orang yang terakhir akan memenuhi hajatnya (kerana mendahulukan rakyatnya). Tiada siapa akan mendapat kelebihan berbanding orang lain di hadapannya darihal pelaksanaan Islam atau kepentingan ummah, dan dalam Majlis Mesyuaratnya tidak ada tempat untuk mereka yang korup, ejen pengkhianat atau pemakan harta dengan cara yang batil.
Sesungguhnya rejim Jordan tidak mempunyai apa-apa kes terhadap Al-Duwaik, tetapi mereka menangkapnya hanya semata-mata kerana beliau adalah seorang anggota Hizbut Tahrir, yang berjuang untuk kebangkitan umat Islam atas dasar akidah Islam dan hukum-hakam Islam. Beliau berjuang siang dan malam dalam usaha menegakkan syariat dan mendirikan kembali entiti politik, Khilafah di atas jalan kenabian, yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan yang telah diberi khabar gembira oleh RasulNya.
Mereka tidak mempunyai apa-apa kes terhadapnya, tetapi mereka menangkapnya, kerana beliau berada dalam sebuah parti politik yang sungguh kuat akar dan kewujudannya di wilayah ini. Al-Duwaik akan tetap teguh melawan dan menghadapi semua musuh-musuh Allah SWT dan musuh-musuh RasulNya SAW, walau apa pun usaha mereka menyerang Deen Allah dan umat ini.
Mereka tidak mempunyai apa-apa kes terhadapnya, tetapi mereka menangkapnya, kerana beliau berada dalam sebuah parti politik yang menjadi penjaga kepada pemikiran masyarakat dan kepekaan mereka. Parti ini telah memikul tanggungjawab bagi memastikan umat ini tidak terus terperosok dalam menghadapi kehebatan fitnah (ujian) di zaman ini dan mendedahkan konspirasi berterusan kaum kafir penjajah dan ejen mereka dari kalangan pengkhianat Islam dan umat Islam.
Mereka tidak mempunyai apa-apa kes terhadapnya, tetapi mereka menangkapnya, kerana beliau berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam secara politik yang menjadi kuasa pencegah kepada apa jua percubaan untuk merosakkan Islam. Parti ini juga menjadi benteng kepada apa jua percubaan untuk merosakkan projek Khilafah oleh mereka yang ingin berbuat demikian; ia melawan pemikiran kufur dan kesesatan dengan sepenuh kekuatan dan ia bergelut secara politik dengan pemerintah dan sistem-sistem buatan manusia secara terang-terangan melalui pendekatan yang mencabar dan berterus-terang.
Sungguh tidak hairan kenapa pihak keselamatan rejim menangkap syabab Hizbut Tahrir kerana Hizbut Tahrir sedang berusaha untuk menerapkan syariah Allah, sedangkan rejim di Jordan pada masa yang sama, tidak menerima selain daripada penerapan undang-undang buatan manusia.
Sungguh tidak hairan apabila ia bertindak begitu kerana Hizbut Tahrir sedang berusaha untuk mempersatukan negeri-negeri kaum Muslimin, sedangkan dalam masa yang sama rejim di Jordan sedang berusaha untuk mempertahankan perpecahan dan batas sempadan dan mensucikannya.
Sungguh tidak hairan apabila ia bertindak begitu kerana Hizbut Tahrir sedang berusaha untuk menegakkan kembali Khilafah di atas jalan kenabian dan akan menyelesaikan entiti Yahudi, sedangkan dalam masa yang sama rejim Jordan mencampakkan dirinya ke pangkuan entiti Yahudi dan berusaha keras untuk mengekalkan kewujudannya.
Sungguh tidak hairan apabila ia bertindak begitu kerana Hizbut Tahrir tidak takut akan celaan orang-orang yang mencela dalam rangka mencari keredhaan Allah SWT dan kemenangan dariNya dan dengan izinNya, sesungguhnya kemenangan itu sudah sangat dekat.
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
“Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)’” [Al-An’am (6):162-163].