Kyrgyzstan terus tangkap anggota Hizbut Tahrir dan media terus berbohong

prisonPada 30-31 Disember, penggeledahan dijalankan di 17 buah rumah anggota Hizb ut Tahrir di Kyrgyzstan di Nookenskiy, Bazar Korgonskiy, daerah Suzakskiy di wilayah Jalal-Abadskiydan di perkampungan yang terletak di Pergunungan Arslanbob di wilayah Jalal-Abadskiy dan di bandar Jalal-Abad. Setiausaha Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Bakit Seitov melaporkan, “Operasi penangkapan dijalankan di bawah seliaan Rais Salimov, Timbalan Ketua Direktorat Utama 10 Kementerian dan Jenish Jorobekov, Ketua Polis Wilayah Jalal-Abad. Hasil penggeledahan menjumpai 150 buah buku dan risalah ekstremis, 200 disket, nota, surat khabar, dadah, senjata dan peluru.”

Manakala media pula bersegera menyebarkan maklumat di bawah tajuk-tajuk utama, “Polis menemui senjata dan peluru di rumah para anggota Hizbut Tahrir.”

Kedudukan pihak berkuasa yang menentang Islam dan umat Islam di Kyrgyzstan, terutamanya terhadap anggota Hizbut Tahrir, menunjukkan bahawa kerajaan bergerak seiring dengan pemerintahan kuku besi zalim seperti Karimov, Rahmon, Nazarbaev dan lain-lain penyembelih umat Islam yang menentang apa sahaja manifestasi Islam dalam kehidupan.

Semasa penggeledahan, samseng-samseng pihak berkuasa telah melakukan serangan terhadap pemilik rumah, memukul mereka, malah mengancam anak-anak mereka dengan keganasan serta menanam senjata, dadah dan peluru di celah-celah barangan mereka. Manakala Media Kyrgyz telah mengambil peranan menyebarkan maklumat yang jelas palsu mengenai pengembang dakwah, walaupun mereka tahu tentang pelanggaran yang berlaku ketika penggeledahan, pemalsuan dan penanaman senjata dan dadah, dan mereka tidak takut bahawa kebenaran akan terdedah jua suatu hari nanti.

Kami di Hizbut Tahrir ingin menyatakan seperti berikut:

  1. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem Khilafah dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan. Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik dan bukan satu kumpulan bersenjata yang menggunakan kekerasan.
  1. Dalam mencapai objektifnya, Hizbut Tahrir sudah terkenal dengan kesabarannya, ketegasan dan keteguhan pendiriannya. Hizb menjalankan metodologinya dalam tiga peringkat. Peringkat pertama adalah pembinaan tsaqafah. Peringkat kedua adalah interaksi dengan umat Islam dan mencari nussrah daripada ahlu al-quwwah untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Hizb. Peringkat ketiga adalah penerapan hukum setelah wujudnya negara Khilafah ala minhaj nubuwwah dan membawa Islam sebagai panduan dan rahmat ke seluruh dunia melalui jalan dakwah dan jihad. Hizbut Tahrir tidak menggunakan kekerasan di mana-mana negara pun dalam rangka mencapai matlamatnya. Sejarah membuktikan dengan sendirinya akan hal ini sejak penubuhan Hizb pada 1953.
  1. Hizbut Tahrir mempunyai wakil-wakil rasmi di seluruh dunia dan sesiapa sahaja boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai aktiviti Hizb. Terdapat juga banyak laman sesawang rasmi dan kitab-kitab rasmi Hizb yang boleh diakses dalam pelbagai bahasa untuk memahami objektif Hizbut Tahrir dan aktivitinya.

Walaupun Hizbut Tahrir menjalankan aktiviti politiknya kepada umum, menzahirkan kepada semua orang akan program politiknya yang jelas dan terbuka untuk selama lebih 60 tahun, namun demikian para diktator tetap memfitnah Hizbut Tahrir, mengharamkan aktiviti Hizb di beberapa negara,  menggelar anggota Hizb sebagai pengganas dan pelampau dan pihak berkuasa berusaha untuk menjauhkan orang ramai dari berinteraksi dengan anggota Hizb, menafikan hak rakyat untuk mengetahui kebenaran. Pemerintah juga mengharamkan buku Hizb, menyifatkannya sebagai melampau dan mengelak orang ramai dari mengakses perkara hak yang dijelaskan dalam buku-buku kami.

Apa yang Hizbut Tahrir sampaikan kepada orang ramai adalah kebenaran iaitu Islam. Islam akan menyelesaikan setiap masalah manusia, yang berada dalam kesengsaraan dan penderitaan yang amat dahsyat sekarang ini dek penerapan sistem yang korup di tengah-tengah mereka. Ini adalah kerana undang-undang palsu ini diterapkan oleh ahli-ahli politik yang penipu lagi pengecut. Ahli-ahli politik ini merompak harta rakyat, menganiaya wanita dan kanak-kanak, menyebar fitnah terhadap putera-putera umat Islam yang ikhlas yang menyeru rakyat kepada kesejahteraan dan perlindungan – Islam. Ahli-ahli politik ini menganiaya pengembang dakwah, menangkap, menyeksa dan membunuh mereka di penjara.

Namun, berapa banyak sekali pun usaha mereka memerangi Islam dan umat Islam, Allah akan pasti membantu hamba-hambaNya. Allah SWT berfirman:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“Mereka ingin memadam cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut (ucapan) mereka, tetapi Allah akan tetap menyempurnakan cahayaNya , meskipun orang-orang kafir membenci” [Al-Saf (61):8]