Revolusi di Tunisia: Kaum Muslimin Menginginkan Islam dan Khilafah

khilafah-in-tunisia“Tiada jalan lain, tiada jalan lain! Hanya Khilafah penyelesaiannya!”. Demikianlah teriakkan para pengembang dakwah Hizbut Tahrir berikutan krisis politik terbaru di Tunisia. Para syabab (pemuda) parti bersama ribuan kaum Muslimin melaungkan tuntutan supaya digantikan rejim Tunisia dengan sistem Islam dan Khilafah.

Mereka melakukan demonstrasi aman serta melaungkan seruan penegakkan Khilafah. Selain daripada itu, mereka turut menuntut pertanggungjawaban Ben Ali dan para penguasa Arab yang lain yang telah menindas, membiarkan Israel serta melayani kehendak Amerika.

Sebelum demonstrasi dimulakan, jurucakap mengingatkan para peserta bahawa Rasulullah SAW memerintahkan supaya tidak menebang pokok dan merosakkan kemudahan awam.

Beberapa sepanduk yang terdapat dalam demonstrasi tersebut tertera, “Tidak untuk demokrasi, Tidak untuk kapitalis, Ya untuk Khilafah Islamiyyah!”.

Sambil berbaris dan berarak mereka melaungkan, “Dengan jiwa kami, dengan darah kami, akan kami berkorban demimu Islam” dan “Khilafah! Khilafah! Khilafah!”.

Media-media di barat berusaha untuk melaporkan keadaan demonstrasi yang membawa kepada penggulingan Zine Al-Abidine Ben Ali disebabkan oleh kepentingan sekular seperti tekanan politik, harga makanan dan kawalan media.

Video di bawah menunjukkan liputan demostrasi dan protes di mana dapat didengari dengan jelas seruan rakyat untuk Islam dan Khilafah, pertanggungjawaban para penguasa atas hubungan mereka dengan Amerika dan Israel. Kaum Muslimin dengan lantang berteriak, “Laa ilaaha illallah, al-Khilafah wa’dullah” (Tiada Tuhan selain Allah, Khilafah adalah janji Allah).

Gambar-gambar menunjukkan bahawa bagi rakyat ini, setidak-tidaknya, penggulingan ini telah menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka tanpa kekerasan untuk membebaskan kaum Muslimin daripada penaklukan kolonial di bawah para penguasa yang menjadi boneka, serta ingin menggantikannya dengan Islam dan Khilafah.

Para penguasa yang menjadi boneka barat ini benar-benar berada dalam ketakutan dan disebabkan itulah mereka lari sepertimana yang berlaku kepada Ben Ali. Orang-orang di barat yang ingin menggantikan model kediktatoran yang telah usang di dunia Muslim ini dengan negara kapitalis sekular demokrasi harus mengetahui bahawa mereka tidak dapat menghalang takdir Allah SWT, dan apa pun perancangan mereka pada masa depan  akan pasti gagal akhirnya.

Kita berdoa agar perjuangan politik dan intelektual tumbuh di seluruh dunia Islam sehinggalah Allah menggantikan kekuatan asing, penghinaan, kemiskinan dan ketidakamanan dengan izzah (kemuliaan) bagi Islam dan kaum Muslimin. Tidak ada ketaatan kecuali kepadaNya. Bebaskan diri daripada penjajahan kolonial dan raih keamanan buat semua.

Lihat video

www.youtube.com/watch

www.youtube.com/watch

www.youtube.com/watch