Ribuan Kaum Muslimin Hadir ke Konferens Rejab 1432H di Samarinda, Indonesia
Konferens yang berlangsung ini merupakan kesinambungan konferens-konferens yang serupa yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Indonesia secara serentak di tujuh buah bandar besar pada hari yang sama. Ia bermula dari Jayapura sehinggalah ke Batam sebagai sebahagian daripada aktiviti seruan besar-besaran yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir di Indonesia.
Ketika laporan ini dibuat, kaum Muslimin masih berbondong-bondong memasuki tempat di mana berlangsungnya konferens. Ia terus-menerus dikunjungi umat dari pelbagai tempat dan kawasan.
Selain Samarinda, antara bandar-bandar besar lain yang melangsungkan konferens yang sama adalah di Jayapura, Kendari, Palu, Ketapang, Bandar Lampung dan Batam. Konferens ini disiarkan secara langsung melalui streaming internet ke seluruh penjuru dunia.
Tun Kelana Jaya, anggota Pejabat Media Hizbut Tahrir Indonesia memberitahu bahawa penganjuran Konferens Rejab 1432H yang diadakan di pelbagai bandar besar di Indonesia dan disiarkan secara langsung ke seluruh penjuru dunia ini akan memberikan pengaruh yang besar terhadap kaum Muslimin di seluruh dunia.
Sumber : [m/hti-channel/syabab.com]