Sang Pengganas Israel Kembali Menggempur Gaza, 12 Penduduk Palestin Cedera

Sang Pengganas Israel Kembali Menggempur Gaza, 12 Penduduk Palestin Cedera

Seramai 12 orang penduduk Palestin telah cedera akibat serangan pesawat tempur F16 milik tentera Israel yang menggempur Tebing Gaza Selatan pada hari Jumaat lalu di sebelah malam. Berdasarkan sumber terdekat mengatakan bahawa pesawat tempur Israel tersebut melancarkan tiga serangan ke bahagian kawasan yang runtuh itu di bandar Gaza. Pihak perubatan telah mengesahkan seramai 12 orang yang cedera telah dibawa ke Hospital Abu Yusuf di Rafah. Pada saat laporan ini dibuat, masih lagi kedengaran bunyi pesawat tempur Israel sedang berlegar-legar di kawasan itu.

Pengeboman yang dilakukan oleh tentera Israel ini merupakan serangan yang kedua dalam tempoh 24 jam. Pada sebelah pagi pada hari yang sama, tentera udara Israel telah mengebom sebanyak enam sasaran di Tebing Gaza, termasuk di kawasan penempatan awam di Khan Younis yang mempunyai sebuah terowong di sepanjang persempadanan Gaza – Mesir. Sebuah laporan mengatakan bahawa pada hari sebelumnya, para Mujahidin Palestin telah bertembung dengan pasukan Israel di sebelah timur kota Gaza, iaitu pada hari Khamis sebelah malam.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengutuk serangan yang dilakukan oleh para pejuang Palestin tetapi mendiamkan diri terhadap serangan ganas yang dilakukan oleh Israel. Ia mengatakan bahawa semua tindakan keganasan sama sekali tidak boleh diterima (merujuk kepada umat Islam).

“Semua tindakan seperti keganasan dan kekerasan terhadap penduduk awam sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan di Moskow, di mana Setiausaha Agung PBB tersebut sedang bertemu dengan anggota-anggota lain dalam sebuah perjumpaan.

Walaubagaimana pun perlulah diingat bahawa PBB merupakan dalang yang  telah mewujudkan penempatan Israel di bumi Palestin. PBB telah menceroboh ke Palestin dan menyerahkannya kepada Israel pada tahun 1947. Hakikatnya kini umat Islam hanya memerlukan seorang Khalifah yang akan mengerahkan seluruh bala tenteranya di seluruh dunia untuk membebaskan bumi Palestin. Itulah yang diseru oleh kaum Muslimin di Jerusalem pada waktu dahulu. InsyaAllah, Khilafah akan berdiri tidak lama lagi dengan izin Allah. AllahuAkbar!

Sumber : Syabab.com