Saudi jalin kerjasama dengan pembunuh umat Islam untuk perangi pengganas
Perdana Menteri India, Nerendra Modi melawat Arab Saudi pada 3-4 April lepas dan menandatangani lima perjanjian kerjasama, antaranya adalah untuk memerangi keganasan.
Kerjasama antara negara-negara di dunia pada hari ini memang sangat mudah untuk dibaca. Walau apa pun kerjasama yang dijalin, memerangi keganasan sudah menjadi agenda ‘wajib’ bagi mana-mana negara yang menjalin kerjasama.
Hal ini tidak lain tidak bukan kerana politik dunia hari ini dibentuk oleh Amerika Syarikat dan Amerika telah mengarahkan politik dunia sesuai dengan polisi luarnya iaitu ‘memerangi keganasan’ sehinggakan kesemua negara hamba menuruti apa sahaja yang dikehendaki oleh tuannya ini.
Persoalan di sini ialah siapakah yang didefinisikan sebagai ‘pengganas’ oleh AS dan oleh kedua-dua negara (Saudi dan India) tersebut serta oleh dunia?
Setiap yang mempunyai mata hati akan tahu bahawa ‘pengganas’ yang dimaksudkan oleh AS tidak lain tidak bukan ialah umat Islam. Jadi, itulah juga definisi pengganas yang diguna pakai oleh seluruh dunia, termasuk Arab Saudi dan India.
Semua yang mempunyai mata hati juga akan tahu bahawa Arab Saudi mempunyai hubungan yang bukan sahaja intim dengan Amerika Syarikat, malah umpama hamba dengan tuan. Arab Saudi akan menuruti apa sahaja yang dikehendaki oleh AS, malah sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi kepentingan AS.
Lihat sahaja serangan Saudi ke atas Yaman baru-baru ini yang sehingga kini masih belum selesai, yang diakui sendiri oleh Saudi, dilancarkan setelah mendapat restu dari AS untuk berbuat demikian! Hakikatnya, Arab Saudi tidak akan berani menggerakkan seinci pun tenteranya jika tidak ada arahan dari Amerika.
Begitu juga dengan India di mana hubungan kedua-dua negara kufur itu (AS dan India) memang sangat terkenal rapat dan India tidak lebih daripada seorang hamba yang setia kepada AS, apatah lagi jika melibatkan umat Islam. Umat Islam takkan lupa semasa 13 tahun Modi menjadi Ketua Menteri di Gujarat, ratusan umat Islam terbunuh dalam peristiwa berdarah yang terburuk waktu itu.
AS merupakan pembunuh nombor 1 umat Islam. Darah umat Islam yang mengalir di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan termasuklah di Palestin serta Yaman, tidak boleh lepas dari angkara Amerika, baik secara langsung mahupun tidak. Itulah ‘pengganas’ yang diperangi oleh AS yakni orang-orang Islam yang berjuang untuk menghalau campurtangan AS di wilayah Islam. Inilah juga ‘pengganas’ yang Arab Saudi dan India bersama-sama bersetuju untuk perangi!
Justeru, umat Islam sewajarnya dapat membaca isu ini dengan jelas dan tuntas. Pengganas global yang dimaksudkan dan dijadikan sasaran oleh AS, Rusia, Saudi, India, Pakistan, Uzbekistan, Turki, Malaysia dan mana-mana pihak ketika ini tidak lain tidak bukan adalah umat Islam atau gerakan Islam itu sendiri, khususnya umat/gerakan Islam yang menentang agenda jahat Amerika dan berjuang untuk menegakkan Islam secara kaffah di muka bumi ini.
Sungguh, selagi umat Islam tidak dipimpin oleh seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa, selagi itulah umat ini akan terus menjadi mangsa kepada para pemerintah yang membenci umat Islam, tetapi mencintai orang-orang kafir dan bersama dengan orang-orang kafir untuk memerangi umat Islam atas alasan memerangi pengganas!