Sedekad Iraq dijajah Amerika

Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu,iaitu pada Mac 2003, seramai 300,000 tentera asing, yang kebanyakkannya tenteraAmerika Syarikat (AS)telah memulakan kempen penaklukan ke atas Iraq. Semenjak itu, para pembuat dasar AS secara terus-menerus mempropagandakan kejayaan mereka walaupun kempen tersebut telah menyebabkan lebih sejuta kematian yang pada masa yang sama mereka tidak berhenti melancarkan tindakanpengeboman dan serangan bertubi-tubi
sehingga menjadikan Iraq seolah-olah telah kembali ke “zaman batu”. Menurut propaganda itu, diktator Iraq telah berjaya dihapuskan dan demokrasi telah ditegakkan, manakala rakyatnya dimerdekakan. Namun, semenjak AS mulai mengurangkan kehadiran tenteranya di Iraq, hasil daripada ‘demokrasi’ itu telah menyemarakkan persengketaan dan keganasan politik dan telah menyeksa kehidupan rakyatnya.Inilah kesan nyatayang telah ditinggalkanoleh Amerika.

Alasan AS di dalam pencerobohannya terbukti hanyalah suatu pembohongan yang tidak terkira banyaknya. AS terus-menerus menukar alasannya, bermula daripada ‘lagaknya’ sebagai ‘Polis Dunia’ yang bertanggungjawab untuk menghapuskan Saddam Hussein,menyelamatkan rantau teluk daripada ancaman senjata pemusnah massa (WMD), sehinggalah kepada alasan bahawa umat Islam di Iraq mahukanpembebasan. Motif sebenar AS dan sekutunya untuk turun berperang pada tahun 2003 telah didedahkan secara tidak sedar di dalam laporan 2001 mengenai “isu keselamatan sumber tenaga” –yang dibentangkan oleh Dick Cheney, yang kemudiannnya menjawat jawatan Naib Presiden AS. Beliau memberi amaran bahawa Iraq berupaya mendatangkan risiko keselamatan terhadap bekalan sumber tenaga global. Noam Chomsky, yang terkenal di dunia intelektual dengan artikelnyaEncapsulated America’s Agenda (Agenda Terpelihara Amerika) telah menyatakan:”Ambil sahaja pencerobohan AS ke atas Iraqsebagai contoh.Bagi semua orang, kecuali bagi golongan ideologis, adalah cukup jelas bahawa kita menyerang Iraq bukan kerana kita cintakan demokrasi,namun kerana ia adalah mungkin sumber minyak yang kedua atau yang ketiga terbesar di dunia, dan kedudukannya betul-betul terletak di tengah-tengah benuapengeluar utama minyak dunia. (bagaimanapun) Anda tidak sepatutnyabercakap seperti ini. (kerana) Ia dianggap sebagai teori konspirasi. ”

Dalam masa beberapa bulan selepas pencerobohannya, kekuatan AS telah digugat oleh penentangan insurgensi yang sehingga ke hari ini telah mencemarkan keangkuhannya di mata dunia. Ketika laporan Baker-Hamilton dibentangkan kepada Kongres Amerika pada bulan Disember 2006, AS benar-benar berada di dalam keadaan lemas di Iraq sehingga pencerobohan tersebutdiumpamakansebagai peperangan Vietnam. Adalah jelas bahawa AS sebenarnya telah memperkecilkankeupayaan musuhnya, dan ketika mana iatelah berjaya menghancurkan angkatan tentera Iraq, kelahiran tentera-tentera gerila(insurgen)pula telah membawa tentera AS ke jalan buntu. Laporan Baker-Hamillton selanjutnya menyimpulkan bahawa “keadaan di Iraq adalah sangat serius dan menjadi semakin buruk” dan “tentera AS seolah-olah sedang terperangkap di dalam suatu misi yang tidak berpenghujungnya.” Amerika kemudiannya telah menangani masalah ini dengan tiga cara;pertama, dengan meminta bantuan sekutunya di rantau ini,kedua,memecah-belahkan pemberontakan dengan memainkan isu dan sentimen perpecahan mazhab dan etnik, dan yang ketiga ialah berusaha membina suatu proses politik baru yang dibantu oleh pelbagai kelompok dan individu oportunis dan korup.

Ketika laporan Baker-Hamilton dikeluarkan, ia mencadangkan perananIran dalam mengatasi masalah di Iraq untukmembendung pemberontakan. Tidak lama selepas itu Iran telah memulakan peranannyadengan berselindung di sebalik  Lembaga Islam Tertinggi Iraq (ISCI) yang pada asalnya merupakan sebuah kumpulan yang diwujudkandengan mendapat sokongan penuhTehran pada tahun 1982. Abdel Aziz al-Hakim,yang menjadi pemimpin tertinggi ISCI sehinggalah pada waktu kematiannya pada tahun 2009, telah berjaya mengumpulkan kumpulan-kumpulan utama di dalam mazhab Syiah yang saling bermusuhan untuk mengambil bahagian di dalam kerajaan Iraq yang baru dibinaoleh AS. Dan kesannya AS hanya perlu menghadapi penentangan sebatas sekitar Baghdad sahaja. Turki pula telah memainkan peranan utamanya dalam rangka memastikan perancangan AS berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Turki berjaya mengumpul pelbagai kumpulan yang saling bertentangan untuk bersama-sama terlibat dalam membentuk kerajaan baru di dalam pilihanraya yang diadakan. Sehingga seorang penganalisis mengatakan bahawa : “Turki telah lama memainkan peranannya dalam mempermudahkan urusan kestabilan politik di Iraq, dan selepas ini Ankara akan memainkan peranan yang lebih kritikal dalam proses politik di Iraq kerana peranan Ankara dalam politik Iraq akan mengimbangipengaruh Iran di Iraq.”

Semenjak awal lagi, pentadbiran Bush telahpun merancang penguasaan ke atas Iraq melalui pemecahanwilayah-wilayahnya secara nyata kepada tiga kuasaautonomi untuk etnik Sunni, Kurdis dan Syiah. Pemecahaninilah yang menjadi punca utama kepada keganasan dan perpecahan yang mencengkam Iraq pada waktu ini. Parlimen Demokratik dan Persidangan Legislatif yang ditubuhkan oleh AS telah menukarkan Iraq menjadi sebuah negara yang terpecah-belah dan penuh dengan permusuhanserta pergaduhan yang berpanjangan. Pilihanraya parlimen yang pertama Iraq pada tahun 2005 telah menginstitusikan perbezaan mazhab dan etnik. Parlimen juga telah dipecahkan kepada parti Perikatan Bersatu Iraq (United Iraqi Alliance-UIA) yang dipimpin oleh parti Lembaga Tertinggi untuk Revolusi Islam Iraq (Supreme Council for the Islamic Revolution in Iraq-SCIRI) dan parti Perikatan Demokratik Patriotik Kurdistan (Democratic Patriotik Alliance for Kurdistan-DPAK). Penyelesaian permuafakatan yang tidak jelas di antara merekaini membolehkan penentangan dari puak Sunni berjaya dibendung oleh AS. AS turutmempertahankan keputusan pilihanraya tersebut dengan melabelkannya sebagai paling berjaya denganmerujuk kepada peratusan pengundi yang turun mengundi.

AS juga telah menggantikan sistem pemerintahan diktator yang telah dibelanya sendiri untuk sekian lama, dengan sistem korup yang menggalakkan berlakunya perpecahan di antara etnik dan mazhab di Iraq. Kini, Iraq telah menjadi sebuah negara yang terpecah-belahdengan menyaksikan perebutan kuasa politik yang berpanjangan. Demokrasi yang menggantikan politik diktatorian ini telah menjadi tanah yang subur untuk perpecahan. Ia bukannya menyelesaikan permasalahan nasionalisme, fahaman berpuak atau sektarianisme, tetapi pada hakikatnyatelah mengiktiraf dan memburukkan lagi kerosakan yang telah dilakukan malah melegalisasikannya ke dalam sistem politik berparlimen dengan membenarkan pelbagai puak bertentangan untuk saling bergaduh dan berebut kepentingan kecil mereka. Ini bermaksud keganasan akan selamanya menjadi jalan penyelesaian bagi masalah perbezaan etnik di Iraq.

america_troops_in_iraqDi dalam keadaan semasa, ketegangan mulamuncul semenjak pilihan raya tahun 2010 yang mana pakatan di antara puak dan pembahagian kuasa menjadi puncautamanya. Walaupun parti Pergerakan Nasional Iraq, yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Ayad Allawi, mendapat kerusi terbanyak, ia ternyata tidak mampu membentuk kerajaan campuran. Sebaliknya Parti Perikatan Undang-Undang Negeri, yang diketuai oleh Perdana Menteri Nouri al-Maliki dan Parti Perikatan Nasional Iraq, yang kebanyakanahlinya terdiri daripada kumpulan pro-Iran,berjaya membentuk kerajaan. Masalah perbezaan etno-mazhab yang berlaku ini adalah terlalusukar untuk diselesaikan sehingga terpaksa memerlukan lapanbulan untuk membentuk kerajaan yang terpecah-belah ini. Semenjak itu, kedudukan al-Maliki semakin kukuh dan kuasanya bertambah. Beliau melantik orang-orang yang rapat dengannya di kementerian minyak, ketenteraan dan perkhidmatan perisikan. Untuk mengukuhkan lagi penguasaannya, al-Maliki mulai menghapuskan pesaingnyayang berpotensi. Pada Disember 2011, al-Maliki dilaporkan telah mengharamkan Timbalan Perdana Menteri Salehal-Mutlaq yang berfahaman Sunni daripada menyertai mesyuarat kabinet dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Iraq, Tariq al-Hashimi.Kedua-duanyaadalah ahli kumpulan al-Iraqiya yang berfahaman Sunni. Langkah-langkah yang diambil olehal-Maliki ini menyebabkan semua puak yang bertentangan beralih arah kepadakaedahmilitan untuk menguasai kerajaan pusat. Kesemua kumpulan ini bermatlamat untuk kepentingan puak masing-masing.

Apa yang menghalang dari tercetusnya perang saudara di Iraq hanyalah kehadiran tentera AS untukmenjaga sistem rosakyang dibinanya ini.Seperti mana di negara yang lain,  AS mengekalkan kedutaannya yang besar dianggotai oleh kakitangan awam dan tentera untuk menyelia latihan dan melengkapkan pasukan keselamatan Iraq untuk suatu tempoh yang panjang. Jabatan Dalam Negeri dikatakan mempunyai sehingga 17,000 orang kakitangan dan kontraktor untuk kerja diplomatik yang berterusan. Walaupun banyak yang telah dilakukan untuk mengundurkan tentera-tentera AS dari Iraq, AS sebenarnya telah merancang untuk kekal selama-lamanya di negara ini demi melindungi kepentingan negaranya.

AS telah mencapai objektif strategiknya, iaituuntuk mengawal aliran keluar minyak Iraq. Iadilakukan melalui perjanjian mengeluarkan minyak di negara ini. Biasanya kerajaan dan syarikat-syarikat pengeluar minyak akan bersetuju untuk melakukan apa yang dikatakan sebagai “Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA).” Di bawah PSA, kerajaan memberikan syarikat minyak hak saham tertentu terhadap rizab minyak mentah yang terbukti wujud sebagai balasan untuk mengepam (mengekstrak) minyak mentah. Kerajaan biasanya memberikan bahagian untuk syarikat minyak di antara 30 – 70% dari minyak yang dikeluarkan. Bagaimanapun kontrak bagi minyak mentah di Iraq adalah berbeza. Ia berbentuk ‘Kontrak Perkhidmatan (Service Terms-ST).’ Di bawah ST sesebuah syarikat minyak hanya akan dibayar oleh kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan mengepam minyak mentah. Bagi setiap tong yang dipam keluar, syarikat minyak akan diberikan bayaran imbuhan. Pemilikan minyak mentah akan terus kekal di tangan kerajaan. Dengan cara ini, minyak Iraq akan sentiasa kekal di dalam kawalan kerajaan Iraq yang ditaja dan bergantung kepada AS sepenuhnya.

Kelompok yang dikenali sebagai neo-conservative (neocons) AS telahmelakukan perubahan regimdengan slogan-slogan demokrasi ke Timur Tengah tetapi ia telah musnah hanya selepas beberapa tahun. Haruslah diingat bahawa CIA danbadan perisikan Britishlahyang selama ini telah menaja rejim Saddam Hussein dan menyokongnya membunuh rakyatnya sendiri.AS juga telah secara terang-terangan membantu membekalkan senjata bagi kedua-dua belah pihak dalam perang Iran dan Iraq. AS jugalah yang kemudiannya menentang Saddam Hussein apabila ia menyerang Kuwait.Ia mengambil setiappeluang yang ada untuk merampas rizab minyak Iraq yang selama ini didambakannya.Sekarang, ia sedang menghabiskan dekad yang seterusnya dengan menunggangnya seperti keldai bagi menghadapisebarang kemungkinan persaingan ke atasnya di pentas antarabangsa. Walaupun kelompok Neo-cons di Amerika telah lama bersara dan dilupakan, mimpi ngeri yang mereka cipta akan terus menjadi kehidupan harian bagi rakyat Iraq.