SEMINAR: Kembalinya Kuasa Besar Dunia

Ipoh, PERAK 17 Mac 2013 – Buat kesekian kalinya, Hizbut Tahrir Malaysia menyumbang kepada pembinaan umum untuk masyarakat, kali ini lokasinya adalah di Hotel Sri Malaysia Ipoh. Dewan Hotel Sri Malaysia telah dibanjiri oleh 150 peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu yang kian hangat diperkatakan sejak bermulanya kebangkitan di Timur Tengah.

Acara dimulakan pada pukul 9.00pagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Saudara Abu Haddad al-Kholidi. Majlis telah dipengerusikan oleh Saudara Musoddiq dengan sepatah dua kata untuk memberikan motivasi dan membuka minda perserta.

Seminar kali ini menampilkan dua penceramah yang juga aktivis Hizbut Tahrir iaitu Ustaz Abu Aiman sebagai pembentang pertama, manakala penmbentang keduanya adalah Ustaz Zulhazam Othman.

Penceramah pertama memulakan perkongsiannya dengan membuka lipatan sejarah tentang jatuh bangunnya Negara Islam (Khilafah) di awal mula penubuhannya sehingga dijatuhkan. Ianya berkisar tentang bagaimana Negara Islam ini bangkit dan telah lestari sehingga diruntuhkan oleh Mustafa Kamal pada tanggal 3 mac 1924.

Seusai pembentangan yang menarik dari lipatan sejarah ini, kemudian para hadirin dijemput untuk menikmati juadah ringan dengan dihiburkan oleh persembahan Nasyid oleh Kumpulan Khilafah Boys. Hadirin juga dibekalkan dengan lirik nasyid tersebut untuk penghayatan lanjut. Antara kandungan liriknya adalah berkenaan dengan janji Allah bahawa Islam akan berkuasa semula pada akhir zaman nanti.

Setelah persembahan nasyid ini tamat barulah sessi kedua pembentangan ini dimulakan, Ustaz Zulhazam Othman tampil dengan tajuk Khilafah Sudah Dekat. Pembentangan menarik yang menunjukkan bahawa bagaimana sambutan umat terhadap dakwah mengembalikan semula kehidupan Islam. Bermula dari peristiwa kejatuhan Khilafah dan berjayanya barat menanamkan kebencian umat pada perkataan Khilafah, sehinggalah berlaku perubahan dimana akhir-akhir ini umat terutama parti Islam sudah mula menerima Khilafah dan mula mengaitkan perjuangan mereka dengan Khilafah. Ustaz Zulhazam menyampaikan janji Allah bahawa Rom akan ditaklukkan. Pembentangan ini adalah kesinambungan dalam sejarah jatuh dan bangunnya umat Islam yang dibawa oleh Ustaz Abu Aiman.

Hadirin yang datang tidak lupa diberikan peluang untuk bertanyakan soalan, sehingga dijawab oleh kedua-dua penceramah dengan baik. Majlis ini diakhiri dengan doa penutup oleh Abu Haddad al-Kholidi syabab HT.

Pihak HTM mengucapkan jutaan terima kasih dan sokongan yang diberikan oleh para hadirin. Insya Allah pada masa akan datang kami akan menganjurkan acara di dewan yang lebih besar lagi untuk menampung keperluan pengunjung yang semakin bertambah. Semoga sedikit usaha yang kami lakukan ini mendapat gajaran yang besar di sisi Allah dalam meneggakkan Agama Allah dimuka bumi ini.