Seminar Krisis Ekonomi Global: Islam Penyelesaian Tunggal
Dua orang pembentang menyampaikan kertas kerja mereka di mana pembentang pertama adalah Saudara Hamzah Mohd Yunus, seorang sarjana dan pensyarah ekonomi yang juga merupakan syabab HTM,. Beliau menjelaskan mengapa dan bagaimana krisis ekonomi global ini boleh berlaku. Manakala pembentang kedua pula ialah Dr. Muhammad, juga syabab HTM yang menjelaskan bagaimana Islam dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dan bagaimana mekanisme perekonomian Islam mampu mengelakkan krisis seperti ini daripada berlaku.
Seramai lebih kurang 200 orang peserta menghadiri seminar ini dan semasa sesi soal jawab, para peserta seminar dilihat berebut-rebut untuk bertanyakan soalan. Namun, akibat kesuntukan masa, sesi soal jawab hanya berlangsung sehingga pukul 12.45 tengahari. Di seminar ini juga, jualan buku- buku Islami serta pameran Khilafah turut diadakan. Respons yang amat positif dapat dilihat daripada seminar ini. Diharap seminar ini mampu memberi impak kepada masyarakat agar menjadikan Islam sebagai panduan hidup, termasuklah untuk mengatur urusan perekonomian dan sebagainya.