Seminar Metodologi Dakwah Rasulullah di Sandakan Sabah

Sandakan, SABAH 30 Jun 2013 – Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi menganjurkan acara keilmuan praktikalanj, iaitu Seminar Metodologi Dakwah Rasulullah yang telah berlangsung di  Balairaya Lupak Meluas Darat. Dewan Balairaya telah dibanjiri oleh peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai satu topic yang penting.
 
Acara telah dipengerusikan oleh Saudara Azlan. Seminar kali ini menampilkan dua penceramah yang juga aktivis Hizbut Tahrir iaitu Saudara Jairin. Beliau telah membawa tajuk: Antara Islah & Taghyir.
 
Seusai pembentangan yang mencerahkan, kemudian para hadirin sessi kedua pembentangan yang dibawa oleh saudara Pyan iaitu Thariqah Dakwah Rasulullah. Seminar telah ditutup dengan bacaan doa oleh Sdr Azlan.

HTM mengucapkan jutaan terima kasih dan sokongan yang diberikan oleh para hadirin. Mudah-mudahan para hadirin mendapat gajaran yang besar di sisi Allah kerana turut serta dalam program ini