Munaqashah Metodologi Dakwah Rasulullah

Manjung, Perak 6 Julai 2013 – Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi telah menganjurkan diskusi ilmu iaitu Munaaqashah Metodologi Dakwah Rasulullah yang telah berlangsung di  Hotel Lead View, Manjung, Perak.
 
Acara kali ini menampilkan dua orang ahli panel yang juga aktivis Hizbut Tahrir iaitu Sdr Syafie Salleh dan Ust Ridhuan Hakim. Sdr Syafie Salleh telah membawa tajuk: Pengenalan HT serta mengapa HT perlu berpolitik. Sesi kedua pembentangan telah disampaikan oleh Ust Ridhuan Hakim dengan tajuk Jalan dakwh HT menuju Khilafah.

Mudah-mudahan para hadirin mendapat pencerahan pandangan dan ganjaran yang besar di sisi Allah kerana turut serta dalam program ini.