Ceramah HTM perjelas jalan Rasulullah Tegakkan Negara Islam

altMANJUNG 19 April – Mini ceramah beserta soal jawab yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) berjaya menarik penduduk tempatan untuk memenuhi dewan PPIM Seri Manjung. Ceramah yang bertajuk “PRU-13: Terjaminkah Islam Menang Atau…?” itu menampilkan dua orang ahli panel iaitu Ust Ridhuan Hakim dan Ust Abdul Hakim Othman.

Ridhuan di dalam ucapannya menjelaskan tentang kegagalan gerakan-gerakan Islam yang mengambil jalan demokrasi untuk menuju perubahan. Secara fakta, terbukti bahawa perjuangan gerakan Islam di dalam sistem demokrasi melalui jalan pilihan raya tidak pernah dapat menegakkan Islam, malah apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana gerakan-gerakan Islam tersebut yang terus hanyut di dalam sistem sekular.

Abdul Hakim di dalam ucapannya menjelaskan tentang thariqah (jalan) yang benar menuju kemenangan tanpa demokrasi dan tanpa pilihan raya yakni satu-satunya jalan yang wajib diambil oleh umat Islam adalah jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Thariqah (jalan) Rasulullah SAW ini bukan sahaja akan pasti membawa kemenangan, malah ia adalah satu-satunya jalan yang “wajib” diambil oleh gerakan Islam di dalam menegakkan Daulah Islam, ujar Presiden HTM itu. Hakim seterusnya menjelaskan secara terperinci bagaimana thariqah Rasulullah SAW di dalam menegakkan Negara Islam.

Majlis kemudian dibuka kepada sesi soal jawab selama lebih setengah jam sebelum berakhir kira-kira jam 1.00 petang.

alt   alt

alt   alt