Seruan dari Hizbut Tahrir Malaysia Sempena 87 Tahun Kejatuhan Khilafah

Pada hari Jumaat 28 Rajab 1429 H (1 Ogos 2008), Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan seruan di seluruh Malaysia untuk mengingatkan seluruh kaum Muslimin akan peristiwa kejatuhan Khilafah Khilafah lebih kurang 87 tahun yang lalu, iaitu tepatnya pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924M). Seruan dilakukan di beberapa masjid terpilih selepas solat Jumaat pada hari yang berkenaan yang dilaungkan oleh para pemuda HTM dengan penuh semangat. Semoga dengan usaha gigih tanpa henti dari Hizbut Tahrir untuk mengajak kaum Muslimin kembali menegakkan Daulah Khilafah ini akan disahut oleh mereka yang ikhlas untuk kita bersama-sama berjuang mengembalikan semula kemuliaan yang telah hilang sejak runtuhnya institusi agung pemersatu umat Islam ini.
 

WAHAI KAUM MUSLIMIN …

AL-KHILAFAH AL-KHILAFAH AL-KHILAFAH MERUPAKAN KEWAJIBAN BAGI KALIAN DARI TUHAN KALIAN, YANG AKAN MEMBANGKITKAN KEMULIAAN KALIAN, YANG AKAN MENGALAHKAN MUSUH-MUSUH  KALIAN DAN YANG AKAN MEMBEBASKAN BUMI KALIAN. AL-KHILAFAH MERUPAKAN TONGGAK KEBAIKAN DAN KEADILAN DI SETIAP PENJURU ALAM

Gambar-gambar seruan di lokasi:
> Masjid Behor Pulai, Kangar, Perlis (Terbaru)
> Masjid Seberang Jaya, Kedah (Terbaru)
> Masjid Subang Airport
> Masjid Sg Abong, Muar
> Masjid Bandar Baru UDA, JB
> Masjid Al-Mohsinin, Tangga Batu