Seruan HTM Cawangan Sandakan Bersama Para Ulama’ Menuju Khilafah

SANDAKAN, Sabah: Jumaat 17 Ramadhan 1434H bersamaan dengan 26 Julai 2013, Hizbut Tahrir Malaysia menyeru kaum muslimin untuk bersama-sama berjuang menegakkan Khilafah. Laungan mesej dari Amir Hizbut Tahrir telah bergema setelah selesai sholat Jumaat bertempat di Masjid Al-Falah karamunting. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan mendapat tumpuan daripada para jamaah masjid.