Seruan HTM gegarkan masjid As-Salam

altPUCHONG 3 Mac – BUAT julung kalinya, Masjid As-Salam Puchong Perdana, Puchong, Selangor digegarkan dengan seruan dan takbir penuh bersemangat daripada para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) sempena 88 tahun kejatuhan Daulah Khilafah selepas solat Jumaat  hari ini.

Antara tujuan seruan adalah untuk mengingatkan kaum Muslimin agar bangkit dan berusaha bersama-sama HTM bagi mengembalikan semula Daulah Khilafah yang akan menerapkan sistem Islam secara menyeluruh. Bagaimanapun bacaan seruan tersebut gagal dihabiskan kerana ia telah dihalang oleh AJK masjid.  Walhal masjid adalah rumah Allah yang menjadi hak setiap Mukmin untuk menyampaikan Islam.

Sungguh menyedihkan apabila pihak masjid sendiri yang menghalang usaha mulia ini.  Namun demikian, ia sedikit pun tidak melunturkan semangat para syabab HTM, malah ia semakin menguatkan lagi keimanan dan keyakinan bahawa Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan usaha dakwah ini.

Inilah fitrah di dalam perjuangan di mana Rasulullah SAW dahulu pun dihalang oleh Abu Lahab semasa menyampaikan seruan Islam di Bukit Safa sehingga turunnya Surah Al-Lahab (Surah 111). Cuma yang amat mengecewakan adalah, jika dahulu Rasulullah SAW dihalang oleh orang-orang kafir, namun sekarang usaha dakwah ini dihalang oleh umat Islam sendiri.

Hizbut Tahrir akan terus berjuang dan terus menyeru dan menyeru umat Islam agar berjuang menegakkan Khilafah walau sebesar mana sekalipun halangan yang ada kerana kami yakin bahawa kemenangan akan pasti datang dalam masa terdekat.

alt  alt
alt  alt
 alt  alt