SERUAN SYRIA : Bersatulah Umat Islam Tegakkan Khilafah bergema di PERAK

IPOH, 2 Mac: Pada hari jumaat yang lalu, Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi menyampaikan seruan kepada umat islam seusai solat Jumaat. Seruan yang berlangsung di Masjid Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan tersebut berjaya menarik perhatian para hadirin solat Jumaat. Mesej seruan yang disampaikan seperti yang tertulis pada banner iaitu “Syria : Bersatulah Umat Islam Tegakkan Khilafah”. Respon yang dapat dilihat sungguh memberangsangkan dengan sangat ramai hadirin yang meminta nasyrah Sautun Nahdhah untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh HTM berkaitan Khilafah & Isu Syria.

HTM telah membuat seruan untuk isu penderitaan umat Islam di Syria beberapa Jumaat yang lalu iaitu di Masjid Taman Keledang Jaya, IPOH pada 10 Febuari 2013, Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary, Ipoh pada 18 Januari 2013, Masjid Kampung Melayu, Ipoh pada 28 Disember 2012 dan Masjid Hospital, Ipoh pada 21 Disember 2012.

Semoga dengan usaha dakwah yang dilakukan ini dapat menyumbang utk mengencarkan seruan kepada menyelesaikan isu Syria dengan wadah Sistem Khilafah di Malaysia. Ia juga diharap mampu memberikan kesedaran dan maklumat pada umat dan seterusnya agar umat Islam dapat bergabung bersama HTM dalam usaha dakwah mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Khilafah.
 

[youtube:https://www.youtube.com/watch?v=0nM4qQ_mHIE]
Rakaman video seruan di Masjid Raja Dr. Nazrin Shah

[youtube:https://www.youtube.com/watch?v=onEE5z4_97E]
Rakaman video seruan di Masjid Taman Keledang Jaya, Ipoh

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=2YxKsX3yTTM] 
Rakaman video seruan di Politeknik, Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary, Ipoh

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=1118EIUWUnU]
Rakaman video seruan di Masjid Kampung Melayu, Ipoh

[youtube:https://www.youtube.com/watch?v=RUcVgoFIQOI]
Rakaman video seruan di Masjid Hospital, Ipoh