SERUAN SYRIA : Bersatulah Umat Islam Tegakkan Khilafah bergema di JOHOR

BENUT, PONTIAN JOHOR 8 Feb: Selepas selesai solat Jumaat kali ini, Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi menyampaikan seruan kepada umat Islam setelah solat Jumaat. Seruan yang berlangsung di Masjid Jamek Benut Pontian Johor tersebut berjaya menarik perhatian para jamaah solat Jumaat. Mesej seruan yang disampaikan oleh HTM ialah “Syria : Bersatulah Umat Islam Tegakkan Khilafah”. Sambutan yang dapat dilihat sungguh memberangsangkan dengan sangat ramai hadirin yang memberi perhatian untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh HTM berkaitan Khilafah & Isu Syria.

HTM juga telah membuat seruan untuk isu penderitaan umat Islam di Syria beberapa Jumaat yang lalu iaitu di Masjid Jamek Bandar Pontian Johor pada 22 Febuari 2013 dan Masjid Jamek Pekan Nanas Pontian Johor pada 1 Mac 2013.

Semoga dengan usaha dakwah lisan yang dilakukan ini dapat diteruskan dan dapat digencarkan di seluruh Malaysia bagi memberikan kesedaran dan maklumat pada umat dan seterusnya agar umat Islam dapat bergabung bersama HTM dalam usaha dakwah mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Khilafah.
 

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=P-oS6X5FBBo]
Rakaman video seruan di Masjid Jamek Benut

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=P9xKgEF8An4]

Rakaman video seruan di Masjid Jamek Bandar Pontian

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=f2PhQnp1VvQ]  

Rakaman video seruan di Masjid Jamek Pekan Nanas Pontian