Sidang Kemuncak Tergempar OIC Jakarta 2016: Kesinambungan Hipokrasi dan Pengkhianatan
Lebih 500 delegasi dari 49 buah negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), empat dari Kuartet Asia Barat (Amerika Syarikat, Rusia, PBB dan Kesatuan Eropah), lima wakil Majlis Keselamatan PBB dan tiga negara pemerhati, dilaporkan telah menghadiri Sidang kemuncak tergempar mengenai Palestin dan Baitul Maqdis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta pada 6 dan 7 Mac lalu.
Persidangan tersebut tiada lain kecuali kesinambungan daripada persidangan demi persidangan yang dianjurkan oleh OIC kononnya untuk menyelesaikan krisis Palestin. Namun sehingga ke hari ini, kemelut yang melanda umat Islam di Palestin masih gagal diselesaikan, kerana ternyata bukan itu tujuan persidangan! Para penguasa negeri-negeri Muslim bukan sahaja tidak mahu melakukan pembelaan dengan menghantar tentera bagi membebaskan Palestin, bahkan mereka telah mengkhianati penduduk Palestin khasnya dan umat Islam amnya, kerana berkompromi ke arah penyelesaian dua-negara (two-state solution).
Bagaimana mungkin Amerika dan PBB, dua musuh utama umat Islam, dilibatkan dalam sebuah persidangan untuk menyelamatkan umat Islam!? Orang buta sekalipun akan mengetahui bahawa hal ini merupakan satu pengkhianatan yang nyata!
Persidangan demi persidangan yang dilakukan hanya merupakan jalan kompromi untuk umat Islam mengakui dan mengiktiraf keabsahan entiti haram Yahudi yang mereka namakan sebagai “Eretz Israel”. Sedangkan jelas haram bagi umat Islam untuk merelakan penjajahan ke atas tanah kaum Muslimin walaupun seinci, apatah lagi tanah suci Palestin. Penguasa umat Islam sebaliknya wajib memerangi musuh (kafir harbi Amerika dan Yahudi) yang telah memerangi umat Islam selama ini.
Persidangan apa pun mengenai Palestin yang mereka anjurkan hanya bertujuan untuk mengembalikan sempadan Palestin pra-1967 yang sekali gus menafikan hak umat Islam yang telah dirampas oleh Yahudi semenjak perang 1948 sehingga 1967.
Persidangan itu juga antara lain berusaha untuk mewujudkan negara Palestin, walhal negara Palestin sudah sememangnya wujud dan negara Yahudilah yang sepatutnya dihapuskan!!! Jadi, jika “terhasil” sekalipun negara Palestin daripada jalan kompromi tersebut, puak kuffar itu sudah pasti akan memastikan yang Palestin akan terus berada di bawah dominasi mereka dan terus lemah. Malah tidak ada jaminan sedikit pun yang entiti Yahudi itu akan berhenti daripada meneruskan serangan dan pembunuhan mereka seperti yang biasa mereka saban hari. Jika tidak melakukan serangan pun, cukuplah dengan kepungan, sebagaimana yang mereka lakukan ke atas Gaza saban tahun, yang dengannya akan membunuh umat Islam di Palestin secara perlahan-lahan.
Dari sudut yang lain, jika lahir sekalipun ‘negara’ Palestin dan dibentuk atas dasar nasionalisme, maka sesungguhnya hal ini merupakan suatu keharaman yang nyata.
Justeru, persidangan anjuran OIC itu, seperti mana ribuan persidangan sebelum ini, tidak lebih daripada siri pengkhianatan semata-mata dan hanya menjadi pentas lakonan kepada para pemimpin OIC untuk mempamerkan ‘keprihatinan’ masing-masing terhadap masalah Palestin.
Sesungguhnya tiada lain penyelesaian tuntas bagi konflik di Palestin kecuali dengan jihad melawan entiti Yahudi dan juga Amerika yang menjadi penjaga kepada kaum terlaknat itu. Namun kita tahu yang penguasa Muslim yang bacul di seluruh dunia tidak akan melakukannya. Kerana itulah kita wajib berusaha menegakkan Khilafah yang dengan berdirinya negara Islam ini nanti, Insya Allah tentera akan terus digerakkan bagi membebaskan tanah suci umat Islam itu.