Singa-singa Berani Pemuda Hizbut Tahrir Tetap Menyerukan Khilafah

altSinga-singa Berani Pemuda Hizbut Tahrir Tetap Menyerukan Khilafah di Seluruh Pakistan Walaupun Dikenakan Tindakan


Pada hari Ahad yang lalu (17/4/2011), para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir dengan berani telah menganjurkan perarakan di peringkat nasional bagi menuntut supaya ditegakkan Khilafah, tanpa memperdulikan tindakan kejam yang dilakukan oleh pemerintah rejim sekular ke atas mereka. 

Buku-buku tentang sistem Khilafah turut  disita. Ini dengan jelas menunjukkan wajah sebenar kebebasan demokrasi dan tekanan terhadap kebebasan.

“Singa-singa Hizbut Tahrir memenuhi janji mereka kepada Allah SWT dan kaum Mukminin dengan berdiri teguh menentang para penguasa pengkhianat. Sesuai dengan pengumumuman yang dibuat mereka, para syabab Hizbut Tahrir melakukan beberapa perarakan di Qurtuba Chawk Lahore, Regal Chowk Karachi, Qissa Khwani Bazaar Peshawar dan Liaqat Bagh Rawalpindi,” tegas Naveed Butt, jurucakap Hizbut Tahrir di Pakistan sepertimana yang dilaporkan dalam sebuah kenyataan akhbar.

Sejak dari awal para syabab mengetahui bahawa pemerintah tidak akan berdiam diri serta mengarahkan pasukan keselamatannya untuk menghentikan perarakan tersebut, tetapi mereka tetap terus melakukan jihad yang utama iaitu menegakkan kata-kata kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim dengan penuh semangat.

Penggunaan meriam air dan cota tidak sedikit pun menghalang para syabab. Terdapat enam belas penangkapan telah dilakukan di Lahore, enam di Karachi, lima di Peshawar dan satu di Rawalpindi.

Para penyeru menyampaikan seruan kepada Angkatan Tentera Pakistan untuk mengusir Amerika, menumbangkan para penguasa pengkhianat dan menegakkan Khilafah dengan memberikan nusrah (bantuan) kepada Hizbut Tahrir .

Di Rawalpindi, para pemuda bermula dengan perarakan kecil. Beberapa perarakan kecil ini akhirnya bergabung dengan perarakan kecil yang lain sebelum bergabung untuk memulakan perarakan yang lebih besar seperti yang diumumkan di Liaqat Bagh.

Junaid Khan menyampaikan seruannya dengan tegas di hadapan media, pihak keselamatan pemerintah dan ratusan peserta yang hadir untuk bersama dalam perarakan.

Umat yang hadir  telah berpindah lokasi dari Peshawar  ke Yadgar Chawk apabila cota dan rotan polis mula menyerang dari belakang umat yang hadir dalam demonstrasi aman tersebut. Inilah yang berlaku di Qissa Khwani Bazaar dan pihak berkuasa telah menangkap lima orang penunjuk perasaan.

Di Lahore pula, tindakan umat berpindah lokasi dari LSO Chowk, Jalan Ferozepur ke Qurtuba Chawk di mana pihak polis telah menyerbu dan memukul para peserta demonstrasi dengan rotan serta menangkap enam belas orang peserta.

“Pada kesempatan ini, Hizbut Tahrir ingin mengeluarkan kenyataan terperinci, memberikan salinan lampiran kepada pihak media dan mengumumkan bahawa mereka (para syabab) akan meneruskan perjuangan sehingga Khilafah didirikan. Peserta bersurai sejurus perarakan tersebut selesai,” kata Naveed Butt dalam sebuah kenyataan.

Sumber: Syabab.com