Ribuan Rakyat Bangladesh Menuntut Penarikan Pengharaman Terhadap Hizbut Tahrir

altLebih daripada 8000 kaum Muslimin di Bangladesh selama beberapa hari yang lalu telah mengirim surat kepada Menteri Dalam Negeri yang berisi tuntutan kepada pemerintah agar menarik balik pengharaman yang dikenakan terhadap Hizbut Tahrir, serta menarik semula status tahanan dalam rumah terhadap jurucakap rasmi Hizbut Tahrir di Bangladesh, Muhyiddin Ahmad. Dalam surat itu dikatakan bahawa pada tanggal 22 Oktober 2009, pemerintah Bangladesh telah mangharamkan Hizbut Tahrir di Bangladesh atas arahan daripada kaum kafir penjajah. Dan sejak saat itu, jurucakap rasmi Hizbut Tahrir, Muhyiddin Ahmad, isteri dan anaknya diletakkan sebagai tahanan dalam rumah.

Dalam perkara ini, pemerintah gagal memberikan hujah atau alasan untuk menguatkan keputusan mereka yang dibuat sewenang-wenangnya untuk mengharamkan Hizbut Tahrir, dan pemerintah juga gagal membuat sebarang tuduhan terhadap Muhyiddin Ahmad.

Sesungguhnya tindakan pemerintah Bangladesh ini bertentangan dengan Islam, haram dan dibuat secara sembarangan. Sikap dan tindakan pemerintah ini tidak ada bezanya dengan tindakan para penguasa diktator di seluruh dunia dalam menghadapi lawan politiknya.

Kemudian, surat-surat mereka itu diakhiri dengan janji Tuhan Yang Maha Perkasa. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya mereka yang telah menganiaya orang-orang Mukmin, laki-laki dan perempuan, lalu mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam, dan bagi mereka pula azab (neraka) yang membakar.” (TMQ Al-Buruj [85] : 10)

Sumber: syabab.com