SN074 – JIHAD EKONOMI MELAYU – Kebanggaan Islam atau Kebanggaan Barat?

PDF

SN Keluaran 2006


logo SN



[SN074] “Jihad Ekonomi Melayu”! Itulah seruan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menghiasi muka depan Utusan Malaysia 7 Jun 2006, yang membawa mesej kepada masyarakat Melayu di rantau ini agar bangkit memajukan status ekonomi Melayu sekarang. Seruan ini telah dikumandangkan oleh Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptamanya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekaligus melancarkan penubuhan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem). ‘Jihad Ekonomi’ ini diseru agar dijadikan agenda utama dalam misi nasional bagi mengangkat martabat bangsa Melayu sebagai bangsa maju menjelang 2020. Seruan ini dibuat setelah dasar ekonomi yang diamalkan selama ini tidak membawa bangsa Melayu ke tahap yang membanggakan. Sebagai contoh, dalam sektor korporat, penyertaan Bumiputera yang diukur melalui peratusan pemilikan ekuiti tidak mencapai sasaran 30%; kadar capaian paling tinggi setakat tahun 2004 hanyalah 18.9% berbanding pencapaian bangsa-bangsa lain. Nisbah pendapatan kaum Melayu berbanding kaum Cina juga adalah hanya pada kadar 1:1.64 manakala terhadap kaum India, 1:1.27 [Perangkaan tahun 2004].

Dalam kesempatan minggu ini, risalah ‘Suara Kebangkitan’ akan cuba menghuraikan secara ringkas penggunaan istilah ‘jihad’ yang digunakan – istilah yang membawa pelbagai konotasi yang acapkali mengelirukan kaum Muslimin. Apakah penggunaan istilah ‘jihad’ di dalam seruan Pak Lah baru-baru ini benar-benar menepati pengertian syara’ ataupun sebaliknya?

Makna Jihad

Berdasarkan nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, perkataan ‘jihad’ mengandungi dua makna; Pertama makna bahasa (lughah) dan kedua makna syara’. Pembahasan tentang jihad yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh pun banyak menerangkan tentang kedua makna ini. Secara bahasa, di dalam Kamus al-Muhith, jihad bermakna kesungguhan (juhd), kemampuan menanggung beban (thaqah) dan kesulitan (masyaqah). Ar-Razi mengatakan, mujahadah asal katanya adalah juhd (kerja keras) yang bermakna kesulitan (masyaqah). Di dalam al-Majmu’ juga disebutkan, jihad diambil dari kata juhd (kerja keras) yang bermakna masyaqah. Di dalam Sahih al-Bukhari dan juga Nail al-Authar, dijelaskan bahawa jihad secara bahasa bermakna masyaqah. Dr. Muhamad Khair Haykal mengatakan jihad secara lughawi bermaksud mencurahkan usaha. Selanjutnya Imam an-Naysaburi, dalam kitab tafsirnya menjelaskan erti jihad menurut bahasa adalah mencurahkan segenap tenaga untuk memperoleh maksud tertentu. Itulah pengertian jihad menurut bahasa (lughah) secara umumnya.

‘Jihad’ dalam konteks syar’i berbeza maknanya dengan makna bahasa. Al-Qur’an telah mengarahkan makna jihad pada erti yang lebih spesifik, iaitu mencurahkan segenap tenaga untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung mahupun tidak, yakni dengan cara mengeluarkan harta benda, pendapat (idea) dan lain-lain [Ibn’ Abidin]. Di dalam kitab Radd al-Mukhtar disebutkan bahawa jihad adalah mengerahkan segenap potensi untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung atau tidak langsung, seperti bantuan material atau pendapat. Di dalam syarah Sahih al-Bukhari dan juga Nail al-Authar, disebutkan bahawa jihad secara syar’i bermakna mengerahkan segenap kesungguhan di dalam memerangi orang-orang kafir. Inilah makna jihad sebagaimana dikehendaki oleh syara’ yakni berperang di jalan Allah memerangi orang-orang kafir dengan segenap usaha dari memberikan pendapat sehinggalah ke perang secara fizikal.

Pengertian seperti ini terdapat pada kata jihad yang ada dalam ayat-ayat Madaniyyah. Pengertiannya berbeza dalam ayat-ayat yang terdapat pada ayat-ayat Makkiyyah. Dalam ayat-ayat Makkiyyah, kata jihad mengandung makna bahasa yang bersifat umum, sebagaimana pengertian yang di dapati dalam al-Qur’an surah al-‘Ankabut [29] ayat 26 dan 8 serta surah Luqman [31] ayat 15. Lebih dari 26 frasa jihad digunakan dalam ayat-ayat Madaniyyah. Semuanya mengisyaratkan bahawa jihad bermaksud perang menentang orang-orang kafir. Antaranya, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui .”
[TMQ at-Taubah:41]

Jihad dengan makna mengerahkan segenap kekuatan untuk berperang di jalan Allah juga dibincangkan oleh para fuqaha. Menurut mazhab Hanafi, jihad adalah mencurahkan pengorbanan dan kekuatan untuk berjuang di jalan Allah, baik dengan jiwa, harta benda, lisan, idea dan sebagainya. Menurut mazhab Maliki, jihad berarti peperangan kaum Muslimin menentang orang-orang kafir dalam rangka menegakkan kalimat Allah hingga menjadikan kalimatNya yang paling tinggi [Muhammad Ilyas]. Para ulama mazhab Syafi’i juga berpendapat bahawa jihad adalah perang di jalan Allah.

Itulah makna jihad yang telah ditunjukkan oleh nas dan diperjelas dengan sejelas-jelasnya lagi oleh para imam mazhab dan ulama. Para salafus salih tidak pernah terkeliru dan tidak pernah mengelirukan umat dengan istilah tersebut. Para ulama pula memahaminya dan beriman kepadanya dengan makna yang telah dibawa oleh para pendahulu mereka. Sebaliknya sekarang, para pemimpin kaum Muslimin bersandarkan ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh mereka yang diberi status ulama, telah melarikan makna sebenar jihad, malah pengertiannya telah dipusingkan sedemikian rupa sehingga hilang makna asalnya. Ini berlaku sehingga ke tahap yang amat parah di mana makna sebenar jihad (makna syar’i) seolah-olah sudah tidak wujud lagi. Yang ada hanyalah makna dari segi bahasa semata-mata, bahkan dikatakan inilah jihad yang sebenar. Walhal, para ulama telah lama menetapkan bahawa di dalam kes yang melibatkan makna bahasa dan makna syara’, makna syara’lah yang mesti di dahului. “Makna syariat lebih utama dibandingkan dengan makna bahasa mahupun makna konvensional (‘urf)”. [Syeikh Atha’ ibn Khalil]

Hakikat Jihad

Di dalam membincangkan isu jihad ini, umat Islam mestilah memahami hakikat jihad yang sebenar dari pandangan Islam. Dari sudut hukum, jihad dapat dibahagi kepada dua;

1. Jihad Ibtida’iyyah (Ofensif/Menyerang)

Jihad ofensif bermaksud jihad yang dilaksanakan oleh Negara dalam rangka menyebarkan dakwah Islam ke suatu negara. Aktiviti fizikal (ketenteraan) hanya dilakukan sebagai jalan terakhir setelah usaha ‘persuasif’’ (mengajak kepada Islam atau menyuruh tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar jizyah) ditolak oleh kaum (negara) kafir. Ertinya, ketika proses penyebaran risalah Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Negara kepada bangsa atau negara lain mendapat tentangan fizikal dan mereka tidak mahu tunduk kepada pemerintahan Islam, maka saat itulah wajib ke atas Negara melancarkan jihad ofensif. Sebaliknya, jika mereka menerima atau memeluk Islam ataupun menolak dari memeluk Islam tetapi bersetuju tunduk kepada pemerintahan Islam, maka jihad ofensif tidak akan dilancarkan. Perlu diingat bahwa taklif hukum untuk melakukan jihad ofensif ini adalah wajib ke atas Negara (Pemerintah) sahaja. Orang perorangan, jemaah, gerakan, parti politik dan sebagainya tidak boleh melakukan jihad jenis ini. Oleh yang demikian, jika pemimpin mengabaikan tanggungjawab ini, mereka telah berdosa besar, apatah lagi fakta pada hari ini menunjukkan kepada kita betapa darah umat Islam ditumpahkan sewenang-wenangnya oleh Sang Kafir, tanpa ada apa-apa pembelaan oleh mereka yang berkuasa (pemimpin) dari kalangan umat Islam. Jihad sebegini ditegaskan oleh Allah dalam al-Qur’an, di antaranya,

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari akhir, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan agama yang haq (Islam), (iaitu orang-orang) yang diberi Al-kitab kepada mereka, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk .” [TMQ at-Taubah:29].

2. Jihad Difa’iyyah (Defensif/Mempertahankan).

Adapun jihad defensif adalah perang untuk membela dan mempertahankan diri dari serangan atau ancaman kafir-musuh. Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap individu Muslim untuk mempertahankan dirinya apabila diserang musuh. Dalam keadaan ini, kaum Muslimin tidak perlu menunggu pengisytiharan jihad dari Negara untuk bertindak. Pada saat berlakunya serangan (diserang), maka setiap orang wajib mengangkat senjata dalam mempertahankan dirinya, keluarganya dan harta bendanya demi Islam. Sekiranya suatu tempat atau sebuah negara umat Islam diserang, maka jihad defensif ini wajib dilakukan oleh kaum Muslimin lain yang berada berdekatan dengan tempat atau negara tersebut. Perlu di ingat bahawa apabila melihat keadaan umat Islam diserang sebegini, maka wajib pula ke atas mana-mana penguasa kaum Muslimin (yang berada di negara lain) melancarkan jihad ofensif ke atas musuh yang menyerang tadi. Jihad defensif ini wajib dilaksanakan sebagaimana seruan Al-Quran yang ertinya:

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu. Dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas .” [TMQ al-Baqarah:190].

Inilah hukum jihad yang berlaku ke atas umat Islam. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para khulafa’ telah menunjukkan kepada kita bagaimana hukum ini diterapkan di sepanjang pemerintahan masing-masing. Di antara peristiwa yang terkenal di dalam sirah Rasulullah adalah jihad yang dilancarkan oleh Rasulullah sendiri ke atas Yahudi Bani Qainuqa’. Diriwayatkan bahawa seorang Muslimah telah pergi ke kedai emas milik seorang Yahudi. Tiba-tiba si Yahudi tukang emas ini datang dari arah belakang dan mengikat bahagian belakang baju Muslimah tersebut dengan alat pengait. Ketika Muslimah itu berdiri, maka tersingkaplah auratnya dan si Yahudi la’natullah ketawa terbahak-bahak diselangi dengan kata-kata cabul. Seorang Muslim yang kebetulan melihat peristiwa tersebut merasa marah dan terus membunuh Yahudi tersebut. Beberapa orang Yahudi lain yang berada di situ secara beramai-ramai telah membunuh Muslim tadi. Peristiwa ini telah sampai kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tanpa berlengah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam terus melancarkan jihad ke atas Yahudi Bani Qainuqa’, sehingga kaum terkutuk itu berjaya diusir dari bumi Madinah.

Wahai kaum Muslimin! Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi kalian. Hanya kerana tersingkapnya aurat seorang Muslimah dan gugurnya seorang Muslim demi mempertahankan kemuliaan hukum Islam, maka Yahudi Bani Qainuqa’ mendapat ‘balasan’ jihad yang dilancarkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah secebis dari sirah yang menunjukkan betapa prihatinnya Rasulullah dengan umat Islam, betapa sayangnya baginda dengan kaum Muslimin, betapa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjaga hukum Allah (jihad). Subhanallah! Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin kaum Muslimin sekarang? Umat Islam disembelih di Bosnia, dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel, diseksa di luar batas kemanusiaan oleh tentera Amerika di Abu Gharib dan Teluk Guntanamo. Umat Islam bermandikan darah di seluruh dunia…..namun apa yang kita lihat adalah pemimpin kaum Muslimin bersalaman dengan George Bush, bergandingan dengan Donald Rumsfeld, menjadi boneka dan tali barut Amerika untuk menindas dan membunuh kaum Muslimin, menyembah Barat serta mengikut segala telunjuknya. Allah sahajalah yang Maha Membalas segala perbuatan mereka.

Jihad Ekonomi –vs- Ekonomi dari Jihad

Di zaman Rasulullah dan para sahabat, perkataan jihad sememangnya tidak asing bagi mereka. Mereka mengenal kalimah jihad sebagaimana yang Rabb mereka wahyukan. Tetapi kita tidak pernah mendengar Rasulullah dan para sahabat mengisytiharkan atau melancarkan jihad ekonomi. Kitab-kitab fiqh para imam mazhab dan ulama silam juga tidak pernah membincangkan masalah Jihad Ekonomi. Mereka hanya mengenal jihad dengan makna perang. Itulah yang mereka imani. Selain itu, jihad dengan makna bahasa tidak pernah diperbincangkan sepopular hari ini. Namun demikian, perlu difahami bahawa perlaksanaan hukum jihad memang terkait rapat dengan ekonomi. Jihad sesungguhnya menyumbang dari aspek penjanaan pendapatan negara kerana beberapa hukum tentang ‘ekonomi’ muncul hasil dari jihad yang dilakukan. Pendapatan Negara seperti Anfal, Ghanimah, Fa’i dan Khumus diperolehi setelah berlakunya proses jihad.

Anfal juga dikenali dengan nama Ghanimah [TMQ Al Anfal:1]. Ibnu Abbas dan Mujahid berpendapat bahawa anfal adalah ghanimah, yakni segala harta kekayaan orang-orang kafir yang dikuasai oleh kaum Muslimin melalui peperangan atau penaklukan. Pihak yang berhak mengagihkan ghanimah adalah Rasulullah dan para khalifah setelah beliau (sebagai Ketua Negara). Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah membahagikan ghanimah Bani Nadhir kepada kaum Muhajirin dan tidak kepada Anshar, kecuali Sahal bin Hanif dan Abu Dujanah, kerana keduanya fakir. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga memberikan ghanimah kepada muallaf pada perang Hunain dalam jumlah yang besar. Hal tersebut juga terjadi pada zaman Khulafa ar-Rasyidin. Khalifah berhak membahagikan ghanimah kepada pasukan perang, ia juga berhak mengumpulkannya bersama fa’i, jizyah dan kharaj untuk dibelanjakan bagi mewujudkan kemaslahatan rakyat Daulah.

Fa’i adalah segala harta kekayaan orang-orang kafir yang dikuasai oleh kaum Muslimin tanpa peperangan. Seperti yang pernah terjadi pada Bani Nadhir atau kepada orang-orang kafir yang melarikan diri kerana takut terhadap kaum Muslimin dengan meninggalkan rumah dan harta mereka, sehingga harta tersebut dikuasai oleh kaum Muslimin, atau orang-orang kafir takut dan melakukan perdamaian dengan kaum Muslimin serta menyerahkan sebahagian dari harta dan tanah mereka, seperti yang terjadi pada penduduk Fadak. Harta fa’i ini diuruskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam (sebagai Ketua Negara).

Khumus pula adalah seperlima bahagian yang diambil dari ghanimah dengan dalil firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Ketahuilah sesungguhnya ghanimah yang kalian peroleh dari sesuatu, maka seperlimanya untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul (Bani Hasyim dan Bani Muthalib), anak-anak yatim, dan orang miskin ..” [TMQ Al Anfal:41]

Dari sini, jelas bahawa jihad yang dilakukan dengan sebenar-benarnya mengikut tuntutan syara’ akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi, sekaligus pendapatan Negara. Melalui perlaksanaan hukum jihad oleh Negara, ekonomi umat Islam secara automatik akan meningkat. Sejarah telah membuktikan bahawa Daulah Khilafah merupakan Daulah yang kekayaannya melimpah ruah, tidak lain tidak bukan, hanya kerana diterapkan sistem Allah di dalamnya, bukan sistem ciptaan manusia. Jihad ekonomi bukanlah seruan sebenar untuk umat Islam di dalam meningkatkan taraf perekonomian, sebaliknya dengan penerapan sistem Islamlah, (dengan penerapan seluruh hukum, termasuk jihad yang akan dilancarkan oleh Negara), umat Islam akan menikmati bukan sekadar kenaikan dalam taraf ekonomi, malah kenaikan taraf kemuliaan umat Islam itu sendiri. Inilah sebenar-benar seruan – kembali kepada kehidupan Islam dengan jalan menegakkan sistem pemerintahan Islam yakni sistem Khilafah, barulah umat Islam (bukan sekadar Melayu) akan meraih kebangkitan dan mendapat redha Allah.

Bahaya pemesongan kalimah ‘Jihad’

Kita mengakui bahawa terdapat jihad dengan makna bahasa. Akan tetapi jihad semacam ini bukanlah jihad yang diperintahkan oleh Allah untuk diperjuangkan. Ia tidaklah utama berbanding dengan jihad memerangi orang-orang kafir. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Aku diutus untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan aku adalah RasulNya” [HR Bukhari & Muslim].

Pengalihan makna jihad dari pengertian syar’inya kepada makna bahasa sebenarnya mengundang pelbagai bahaya. Umat telah dikelirukan dengan hukum jihad sehingga mendatangkan kefahaman bahawa seolah-olah hukum jihad yang sebenar telah tiada. Bukti begitu jelas di depan mata. Lihat sahaja apa yang terjadi sekarang. Umat Islam diperangi oleh musuh-musuh Allah seperti Israel, Amerika, Britain dan lain-lain. Tidak ada seorang pun pemimpin umat Islam yang tampil dan mengisytiharkan jihad ke atas kaum kuffar ini. Yang terjadi malah sebaliknya, mereka bekerjasama dengan musuh-musuh Allah ini dalam memerangi umat Islam. Sebahagian yang lain menyatakan bahawa peperangan di antara Israel-Palestin, Amerika-Afghanistan, Amerika-Iraq bukanlah jihad. Aneh! Ketika Amerika mengisytiharkan bahawa peperangan mereka menentang umat Islam adalah ‘crusade’ atau ‘holy war’, pemimpin kaum Muslimin menyatakan bahawa apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam bukanlah jihad, malah sebaliknya, menyerukan perdamaian. Pada masa yang sama makna jihad telah dialihkan kepada makna yang lain.

Jika kaum kuffar yang secara terang-terangan sedang berperang dengan umat Islam pun bukan dikatakan sebagai jihad (seperti di Palestin dan Iraq), entah bilalah agaknya para pemimpin kaum Muslimin akan mengatakan bahawa ‘ini barulah jihad’. Mungkin setelah kubur menjemput mereka dan Allah bertanya kepada mereka di Padang Mahsyar tentang persoalan ini, maka barulah mereka mengakui bahawa ‘ini sebenarnya jihad’. Pengakuan yang pada masa itu tidak akan menambah apa-apa kepada mereka kecuali azab dari Allah. Sedarlah wahai pemimpin kaum Muslimin!!

Saudaraku! Lafaz ‘jihad’ adalah satu lafaz yang paling ditakuti dan digeruni oleh kaum kuffar. Dengan laungan jihad inilah Rasulullah berjaya menghapuskan kekuatan kafir Quraish, kekuatan Yahudi dan juga Nasrani. Dengan laungan jihad ini juga para khulafa’ umat Islam berjaya mengembangkan Islam sehingga menguasai hampir dua per tiga dunia dan Deen Allah tertegak di muka bumi selama lebih kurang 13 abad. Laungan kalimah inilah yang telah berjaya menyatukan umat Islam di bawah Daulah Khilafah. Perkataan inilah yang telah dan akan merobek jantung dan menggentarkan musuh-musuh Deen Allah ini. Malangnya setelah makna jihad ini dipesongkan, yang terjadi malah sebaliknya. Umat Islam pula yang telah takut untuk menyebut kalimah suci ini, apatah lagi membincangkannya.

Sedarlah wahai saudaraku! Kafir Barat bergembira melihat ketakutan kalian. Mereka begitu berani membunuh umat Islam kerana mereka yakin bahawa laungan ‘jihad’ tidak akan kedengaran dari mana-mana mulut pemimpin umat Islam hari ini. Sang Kafir bergembira melihat umat Islam merubah hukum Allah, merubah makna sebenar jihad. Hukum jihad yang tak lain tak bukan hanya ditujukan untuk memerangi kaum kuffar, sekarang telah hilang dari pemikiran kaum Muslimin. Laungan jihad ekonomi atau lain-lain jihad yang seumpamanya seperti jihad diri, jihad pendidikan, jihad keluarga hanyalah akan melebarkan lagi senyuman musuh Allah melihat ‘karenah’ umat Islam. Tiada apa lagi yang perlu ditakuti oleh Barat. Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,

“Akan datang suatu masa di mana orang-orang kafir bersatu mendatangi kalian seperti orang-orang yang lapar merebut hidangannya. Salah seorang bertanya, wahai Rasulullah, adakah kerana bilangan kita (umat Islam) sedikit pada waktu itu? Rasulullah menjawab, bukan, bahkan kalian pada waktu itu sangat ramai, tetapi kalian (pada waktu itu) umpama buih yang dibawa arus, Allah mencabut ketakutan pada hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati-hati kamu ‘al-wahn’. Seorang bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan al-wahn itu? Rasulullah menjawab, cinta dunia dan takut mati.” [HR Bukhari & Muslim]

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kembalilah kepada makna jihad yang sebenar – makna jihad yang menjadikan Islam dan umatnya mulia dan digeruni. Kembalilah kepada Deen Allah ini dengan sebenar-benarnya; kembalilah kepada setiap pemikirannya dan tariqahnya dengan kejelasan nas dan kekuatan dalil, dengan keikhlasan serta ketaqwaan, dengan ketegasan dan keberanian. Amat besarlah kemurkaan Allah bagi kaum Muslimin yang tidak merasa senang atau menidakkan pengertian ‘jihad’ yang sebenarnya atas alasan apa pun. Ingatlah bahawa diri kita adalah milik Allah dan kita akan kembali padaNya. Kita akan disoal tentang setiap perkara yang dilakukan di dunia ini sebelum Allah membenarkan kita melangkah ke syurgaNya atau dicampakkan ke dalam nerakaNya. Na’uzubillahi min dzalik.

Wahai saudaraku! Masihkah lagi kita meraba-raba dalam kecerahan mencari petunjuk untuk keluar dari malapetaka yang melanda kita, sedangkan semua kekaburan telah dihuraikan dengan keterangan yang jelas lagi nyata? Bangkitlah segera wahai umat Islam! Bangkitlah untuk menerapkan semula Deen Allah di muka bumi ini. Kaum kafir begitu takutkan kebangkitan kalian. Kebangkitan yang akan meruntuhkan segala peradaban kufur Barat dan kekuatan mereka. Amat jelaslah ketakutan di wajah-wajah mereka dengan perjuangan menegakkan semula Daulah Khilafah atas jalan kenabian – satu-satunya kekuatan politik Islam yang akan mengisytiharkan JIHAD ke atas mereka. Ya Allah! Kau berkatilah usaha hamba-hambaMu dalam mendirikan Khilafah bagi menegakkan kalimahMu, mengembalikan kemuliaan kepada kaum Muslimin serta menebarkan rahmat Islam ke seluruh alam. Amin ya Rabbal ‘alamin.