SN100 – Dakwah Hizbut Tahrir
SN Keluaran 2006
[SN100] Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, penghulu segala Nabi dan pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa, juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Kaum Muslimin yang dimuliakan! Kali ini genaplah siri ke-100 nasyrah Sautun Nahdhah (Suara Kebangkitan) keluaran Hizbut Tahrir Malaysia. Kami bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan limpah izinNya, kami masih dapat meneruskan usaha dakwah ini. Kami sentiasa berdoa kepada Zat Yang Maha Kuasa agar kami sentiasa istiqamah di dalam perjuangan menegakkan agamaNya ini dan jika ada halangan-halangan yang melanda, maka kepadaNya jualah kami memohon agar dihapuskan segala halangan tersebut. Tiada apa yang kami harapkan dengan penulisan dan usaha dakwah ini kecuali untuk meraih redha dan syurgaNya. Bersempena keluaran ke-100 SN kali ini, kami ingin memaparkan sedikit penjelasan tentang dakwah Hizbut Tahrir agar bergembiralah golongan yang inginkan kebaikan, lembutlah hati orang-orang yang keras memfitnah sesama Islam dan gentarlah jantung orang-orang yang memusuhi Islam. Jika pun selepas ini keluaran Sautun Nahdhah akan terhenti atas apa sebab sekalipun, kami akan teruskan doa kepada Allah agar sentiasa ada di luar sana hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas, yang akan meneruskan perjuangan ini, yang tidak takut kecuali kepada Allah semata, yang akan berusaha siang dan malam untuk memastikan hukum Allah tertegak di muka bumi ini.
Latar Belakang Berdirinya Hizbut Tahrir
Di sini kami hanya akan menjelaskan serba sedikit sahaja tentang Hizbut Tahrir kerana bukanlah niat kami untuk mempromosikan HT. Para pembaca boleh membacanya dengan lebih terperinci di dalam laman web rasmi kami (www.mykhilafah.com) ataupun lain-lain laman web rasmi HT di seluruh dunia. Selain penerangan di laman web, Hizbut Tahrir Pusat ada mengeluarkan sebuah buku khusus yang bertajuk ”Hizbut Tahrir” (telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia) yang boleh didapati di mana-mana kedai buku, khususnya di Lembah Kelang. Bagi yang masih inginkan penjelasan, bolehlah berjumpa terus dengan anggota-anggota kami yang boleh ditemui dengan mudah di seluruh Malaysia dan juga lain-lain negara di mana Hizbut Tahrir bergerak di dalamnya.
Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya, dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat, dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali Daulah Khilafah dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah di dalam realiti kehidupan. Hizbut Tahrir didirikan di dalam rangka memenuhi seruan Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (Islam), memerintahkan kepada yang ma’ruf dan melarang dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” [TMQ Ali Imran (3):104].
Hizbut Tahrir berjuang untuk membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, undang-undang dan hukum-hukum kufur, serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara kafir. Hizbut Tahrir juga berjuang untuk membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyyah di muka bumi, sehingga hukum yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dapat dilaksanakan kembali.
Kembali Kepada Islam Dengan Jalan Menegakkan Khilafah
Ada segelintir yang masih keliru dengan perjuangan Hizbut Tahrir beranggapan bahawa tujuan (ghayah) Hizbut Tahrir adalah untuk menegakkan Khilafah. Di sini kami ingin menjelaskan bahawa tujuan Hizbut Tahrir adalah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam (isti’naf al-hayah al-Islamiyyah), memikul dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia dan memimpin serta mengawal pemikiran dan perasaan masyarakat. Kita semua maklum bahawa hukum Islam telah ditinggalkan oleh umat Islam, samada secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara. Oleh itu, di dalam dakwahnya, Hizbut Tahrir menyeru agar umat Islam (termasuk pemimpin mereka) agar kembali menerapkan Islam di dalam kehidupan. Tujuan ini bererti mengajak kaum Muslimin kembali hidup secara Islami di dalam semua aspek. Seluruh kegiatan kehidupan hendaklah diatur sesuai dengan hukum-hukum syara’ dan pandangan hidup yang wajib dijadikan pegangan adalah halal dan haram.
Di samping itu, ghayah Hizbut Tahrir juga adalah untuk membangkitkan kembali umat Islam dengan kebangkitan yang benar, melalui cara berfikir yang cemerlang. Hizbut Tahrir berusaha untuk mengembalikan posisi umat ke masa kejayaan dan keemasannya seperti dahulu, di mana umat Islam merupakan umat yang sangat maju, dengan pemikiran yang sangat tinggi. Hizbut Tahrir juga berusaha untuk mengembalikan umat Islam sehingga dapat mengambil alih kendali negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini, dan Negara Khilafah akan kembali menjadi negara superpower di dunia (sebagaimana pada masa silam) serta memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam sehingga Islam dapat menyelimuti bumi.
Adapun thariqah (metod) Hizbut Tahrir dalam rangka merealisasikan tujuan (ghayah) di atas adalah dengan menegakkan Daulah Khilafah dan melantik seorang Khalifah yang akan dibai’ah oleh umat Islam untuk memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Hizbut Tahrir yakin bahawa hanya dengan tertegaknya Daulah Khilafah, barulah keseluruhan hukum Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya. Khalifahlah nanti yang akan menyelamatkan umat ini dari segala penderitaan dan kesengsaraan, menyatupadukan umat Islam di seluruh dunia, mengisytiharkan jihad ke atas musuh-musuh Islam dan menghancurkan segala kezaliman. Khalifah jualah yang seterusnya akan menzahirkan Deen Allah ini di atas segala deen yang lain, sekaligus membawa rahmat ke seluruh alam.
Perjuangan Hizbut Tahrir Di seluruh Dunia
Hizbut Tahrir (HT) merupakan sebuah parti politik yang bergerak di seluruh dunia untuk membangkitkan umat Islam melalui perubahan pemikiran. HT ada di lebih kurang 40 buah negara di dunia, termasuk di negara kaum kafir sekalipun. Seluruh dunia mengenali HT dan mengetahui bahawa dakwah HT adalah secara fikriyyah (pemikiran), bukan kekerasan/fizikal. HT mengambil thariqah dakwah Rasulullah semasa di Makkah yang tidak pernah menggunakan kekerasan sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Secara ringkasnya, perjuangan dakwah Rasulullah semasa di Makkah ialah melalui sira’ul fikri (pergolakan pemikiran – pemikiran kufur vs pemikiran Islam), kifahu siyasi (perjuangan politik) dan juga thalabun nusrah (mendapatkan perlindungan). Bagi yang mempunyai kemudahan internet, bolehlah mengakses laman web rasmi HT di pelbagai negara dan melihat sendiri dakwah HT di seluruh dunia. HT selalu muncul di kaca TV di Indonesia, Britain, Australia dan lain-lain negara. Wakil HT juga sering diwawancara di BBC [sila ke www.youtube.com dan taip perkaaan ” Hizbut Tahrir”]. Di Malaysia, dari masa ke semasa, TV3 dan NTV7 turut membuat liputan tentang aksi-aksi HT yang berlaku di luar negara. Berita Harian dan Utusan Malaysia juga telah beberapa kali menyiarkan gambar dan berita tentang aktiviti dakwah HT di seluruh dunia.
HT bergerak aktif di banyak bahagian di dunia ini, dari Timur Tengah, Eropah, Asia Tengah hinggalah ke Asia Tenggara. HT berjuang di Palestin, Mesir, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon, Kuwait, UAE, Yemen, Oman, Maghribi, Turki, Perancis, Jerman, Denmark, Belgium, Azerbaijan, Tajikistan, Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Algeria, Kenya, Sudan, China, Amerika, Rusia, India, dan banyak lagi negara. HT merupakan antara gerakan Islam yang terbesar dan menonjol di Britain, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Palestin dan beberapa negara lain lagi. Di Palestin sebagai contoh, HT mengadakan kuliah setiap minggu di Masjidil Aqsa selepas Solat Jumaat yang dihadiri oleh ribuan umat Islam. Di Indonesia, kuliah dan ceramah HT diadakan di masjid-masjid di seluruh Indonesia. Begitu juga di beberapa negara lain, termasuk Malaysia.
Di sebalik perjuangan mulia HT untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia, sememangnya HT tidak dapat lari dari tohmahan dan fitnah. Segala halangan dan fitnah yang dilontarkan ini sebenarnya muncul dari beberapa hal:
1. Halangan dan fitnah dari Barat. Fitnah dari Barat sememangnya wajar berlaku kerana mereka adalah musuh Islam. Barat benar-benar takut dengan perjuangan menegakkan Khilafah kerana Negara Khilafah nanti bakal menghancurkan segala ideologi kufur dan dominasi mereka ke atas umat Islam, seterusnya menamatkan segala hegemoni mereka ke atas kaum Muslimin. Negara Khilafah nanti juga akan mengisytiharkan jihad untuk melawan segala kejahatan dan kekejaman yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam. Jadi tidak hairanlah jika Barat menggunakan segala cara yang ada untuk menakut-nakutkan dan menghapuskan HT dan lain-lain gerakan Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Kembalinya Daulah Khilafah ke arena politik antarabangsa merupakan mimpi ngeri dan ketakutan Barat dan InsyaAllah, hal ini sesungguhnya akan pasti berlaku, sesuai dengan janji Allah dan RasulNya.
2. Halangan dan fitnah dari penguasa kaum Muslimin. Di seluruh dunia, HT sering difitnah dan dilabel dengan pelbagai label negatif oleh pemerintah yang ada. Hal ini berlaku biasanya bagi negara yang pemerintahnya adalah agen atau talibarut Barat. HT juga sering mendapat tentangan dari pemerintah yang berpemikiran sekular yang berusaha menghapuskan HT kerana ingin mengekalkan status quo mereka di bawah sistem sekular ciptaan penjajah. Hal ini amat menyedihkan kerana mereka (pemerintah) sepatutnya menerapkan hukum Islam, menjaga rakyatnya, menunaikan amanah Allah ke atas mereka, menerima muhasabah dari rakyat dan menjadi pemerintah yang bertakwa. Malangnya mereka menjadi golongan yang sekadar mementingkan diri sendiri dan ingin kekal berkuasa. Tambah menyedihkan lagi, pemerintah ini mempergunakan ulama yang digaji oleh mereka untuk memfitnah dan memburuk-burukkan HT dan juga gerakan-gerakan Islam lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Secara sedar atau tidak, ulama murahan yang diberi sedikit jawatan ini bersekongkol dengan pemerintah zalim ini untuk menghambur fitnah terhadap HT. Tentang mereka ini (pemerintah dan ulama), Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan kita,
“Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rusaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa.” [HR Abu Na’im]
“Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zhalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk syurga.” [HR Tirmizi]
Dalam hadis di atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menerangkan bahawa penguasa itu ada yang baik dan ada pula yang buruk. Begitu pula ulama itu ada yang baik dan ada yang buruk (ulama su‘). Lebih tegas lagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan dan mengingatkan kita bahawa ulama su’ ini adalah seburuk-buruk manusia,
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.;
“Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. [HR al-Baihaqi]
3. Dari gerakan-gerakan Islam yang lain. HT turut ditohmah dan dilempar dengan pelbagai fitnah oleh gerakan-gerakan Islam yang tidak sehaluan dengannya. Hal ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa kewujudan HT akan menggugat pengaruh dan kedudukan mereka. Juga, kerana ada di kalangan mereka yang mendapat informasi yang salah tentang HT sehingga mereka menganggap HT sebagai saingan atau musuh. Walaubagaimanapun, sebahagian dari mereka telah pun bersama-sama dengan HT setelah menyedari kesilapan dan kesalahfahaman mereka selama ini terhadap HT. Bagi yang masih termakan fitnah terhadap HT, kami berdoa kepada Allah agar menghilangkan segala prasangka buruk yang ada pada mereka. Kami juga berdoa semoga Allah melapangkan dada-dada mereka agar memandang HT dan juga gerakan-gerakan Islam yang lain dengan pandangan ukhwah, sebagaimana HT memandang mereka.
4. Dari umat Islam. Keadaan umat Islam yang tidak memahami dakwah HT serta tidak jelas dengan perjuangan HT menyebabkan segelintir masyarakat memandang negatif pada HT. Walaubagaimanapun, ini hanya berlaku pada sebahagian kecil masyarakat sahaja. Bagi golongan yang lebih ikhlas, mereka telah mendekati HT dan mendapat gambaran yang sebenar dari sumber yang sebenar. Sebilangan besar ingin bergabung dengan HT setelah menghadiri dan mendengar sendiri tentang HT melalui seminar, forum dan juga dialog-dialog yang dianjurkan oleh HT. Banyak juga permohonan yang kami terima samada secara individu, melalui e-mail atau sms dari mereka yang menyatakan sokongan padu dan ingin berjuang bersama-sama HT. Semoga Allah memberkati mereka dan memasukkan mereka sebagai para pejuang di jalan kebenaran.
Wahai kaum Muslimin! HT berusaha di seluruh dunia untuk menyatukan semula umat Islam dengan aqidah Islam. HT cuma ingin melihat umat Islam di satukan atas dasar aqidah ini, bukannya bersatu atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah. HT ingin menghapuskan segala ikatan kebangsaan dan negara bangsa demi untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia (sebagaimana dahulunya) di bawah payung pemerintahan Khilafah. Oleh itu, dakwah HT di mana-mana bahagian dunia ini adalah sama. HT berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah yang akan menyatukan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan sahaja. HT yakin bahawa hanya dengan Khilafah, barulah Deen Allah ini akan zahir di atas segala deen yang lain dan dengannya rahmat Allah tersebar ke seluruh alam. Tanpa Khilafah, siapakah yang akan menjadikan Islam ini superpower? Siapakah yang akan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam?
Umat Islam Wajib Bersatu Di Bawah Khilafah
Wahai kaum Muslimin! Kami selalu menegaskan bahawa menegakkan Khilafah adalah suatu kewajiban yang dibebankan ke atas setiap individu Muslim. Mengembalikan semula hukum Allah ini bukannya tanggungjawsab HT semata-mata tetapi merupakan taklif yang Allah telah tetapkan ke atas seluruh kaum Muslimin. Hukum tentang wajibnya kaum Muslimin memiliki hanya seorang Khalifah bukanlah di-istinbathkan oleh HT sahaja, malah ia merupakan pandangan imam-imam dan ulama muktabar. Syeikh Abdurrahman Al Jaziri menegaskan hal ini dalam kitabnya Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416: ”Seluruh imam madzhab dan para mujtahid besar tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini…. Para imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) –rahimahumullah– telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang imam (Khalifah,) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya….”
Imam Asy Syaukani dalam Nailul Authar jilid 8 hal. 265 menyatakan, “Menurut golongan Syiah, minoriti dari Mu’tazilah, dan Asya’riyah, (Khilafah) adalah wajib menurut syara’. Ibnu Hazm dalam Al Fashl fil Milal Wal Ahwa’ Wan Nihal juz 4 hal. 87 mengatakan: “Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh Murji`ah, seluruh Syi’ah, dan seluruh Khawarij, mengenai wajibnya Imamah (Khilafah). Bahawa Khilafah adalah sebuah ketentuan hukum Islam yang WAJIB (bukan haram, radikal atau ekstrem, apalagi bid’ah) dapat kita temukan dalam khazanah tsaqafah Islam yang sangat kaya seperti Imam Al Mawardi (Al-Ahkam al-Shulthaniyah, hal. 5), Abu Ya’la Al Farraa’ (Al-Ahkam al-Shulthaniyah, hal.19), Ibnu Taimiyah (As-Siyasah Asy Syar’iyah, hal. 161), Ibnu Taimiyah (Majmu’ul Fatawa, jilid 28 hal. 62), Imam Al Ghazali (Al-Iqtishaad fil I’tiqad, hal. 97), Ibnu Khaldun (Al-Muqaddimah, hal. 167), Imam Al-Qurthubi (Tafsir Al-Qurthubi, juz 1 hal. 264), Ibnu Hajar A1-Asqallany (Fathul Bari, juz 13 hal. 176), Imam An-Nawawi (Syarah Muslim, juz 12 hal. 205), Abdul Qadir Audah (Al-Islam Wa Audla’una As Siyasiyah, hal. 124) dan banyak lagi.
Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Khilafah bukan hak Hizbut Tahrir, tetapi ia adalah hak umat Islam. Hizbut Tahrir hanya berjuang untuk menegakkannya, sesuai dengan perintah Allah, yang mana kalian juga wajib memperjuangkannya. Sistem pemerintahan Khilafah adalah sistem pemerintahan Islam, bukan sistem pemerintahan Hizbut Tahrir. Khalifah tidak semestinya datang dari anggota Hizbut Tahrir. Kami akan berbai’ah kepada sesiapa sahaja yang dilantik secara sah oleh umat sebagai Khalifah, tidak kira samada dia berasal dari Hizbut Tahrir atau tidak, selama mana Khalifah tersebut memerintah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Justeru itulah, Hizbut Tahrir senantiasa menyeru kepada seluruh kaum Muslimin agar bersama-sama dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah. Ia adalah tannggungjawab dan hak kita semua. Kami sentiasa berdoa kepada Allah agar seluruh kaum Muslimin sedar dan bangkit serta bersegera kepada tugas yang mulia ini.
Inilah tugas Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir akan menyeru dan terus menyeru kaum Muslimin dan pemimpin mereka agar kembali kepada hukum Islam, agar kita sama-sama berusaha untuk mendirikan Daulah Khilafah, satu-satunya entiti yang akan mengembalikan kemuliaan dan kekuatan kita serta menyatukan kita di dunia ini. Hizbut Tahrir akan terus berusaha dan berusaha, tanpa mengira penat dan lelah, siang atau malam, senang atau sukar demi untuk menegakkan Deen ini. Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya bahawa ia akan menjadi penjaga agama Allah yang amanah. Kami akan berjuang dan terus berjuang sehinggalah Allah memanggil kami pulang. Kami hidup hanya untuk Islam dan kami mati hanya untuk Islam. Semoga Allah membuka hati kalian untuk kita bersama-sama memikul kemuliaan ini, wahai saudaraku…..
Khatimah
Memandangkan taklif utama adalah terhadap para pemerintah yang sepatutnya menggabungkan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan, kami akhiri penulisan ini untuk bertanya kepada mereka yang berkuasa, sebelum tibanya hari di mana hanya milik Allahlah kekuasaan itu. Demi Allah wahai para pemimpin kaum Muslimin! Kenapakah kalian sekarang berpecah-pecah dan tidak bergabung mewujudkan Daulah Khilafah? Apakah kalian tidak pernah terfikir sedetik pun bahawa kalian sekarang memerintah dengan undang-undang kufur bukannya undang-undang Allah? Apakah tidak pernah terlintas di hati kalian bahawa kalian sekarang menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah? Kalian menerapkan hukum ciptaan sendiri bukan hukum ciptaan Allah! Apakah kalian fikir bahawa segala alasan yang kalian nyatakan untuk tidak menerapkan hukum Allah akan diterima oleh Allah? Pernahkah Rasulullah yang sepatutnya kalian ikuti itu, memberikan alasan kepada Allah sebagaimana alasan kalian? Atau apakah Rasulullah berusaha bermati-matian untuk menegakkan hukum Allah tanpa sebarang alasan? Bagaimana dengan kalian? Tidak takutkah kalian kepada murka dan azab Allah? Tidak adakah di kalangan kalian walau seorang yang benar-benar ikhlas di dalam menjaga agama Allah ini? Tidak adakah di kalangan kalian walau seorang pun yang sedar akan amanah yang Allah letakkan di atas bahu kalian? Apakah kalian tidak sedar bahawa Allah berkuasa untuk mencabut pemerintahan kalian dengan sekelip mata? Apakah di benak kalian tidak pernah terlintas bahawa Allah berkuasa untuk menyentap nyawa kalian dalam sesaat sahaja? Apakah kalian tidak berfikir tentang semua itu? Takutlah kalian kepada Allah wahai mereka yang memegang kekuasaan!! Satukanlah kami di bawah Khilafah….. amin