SN284 – BERHENTILAH MEMPROMOSIKAN ISLAM MODERAT UNTUK MELAYANI KEPENTINGAN BARAT!

PDF

SN keluaran 18 November 2011

  alt

BERHENTILAH MEMPROMOSIKAN ISLAM MODERAT UNTUK MELAYANI KEPENTINGAN BARAT!
 

 
[SN284] Sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Honolulu, Hawaii telah pun berakhir pada hari Ahad lepas. Di samping membincangkan isu ekonomi yang sememangnya menjadi dasar APEC, Malaysia yang diwakili oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, turut membincangkan isu lain di dalam pertemuan berasingan. Selain menemui dan bersalaman dengan pengganas nombor satu dunia, Barack Obama, Najib turut menemui para pemimpin kanan AS dan para Ketua Pegawai Eksekutif APEC. Perdana Menteri Malaysia itu juga turut menyampaikan ceramah mengenai Global Movement of the Moderates Foundation (Pergerakan Kesederhanaan Global) di East-West Center, iaitu sebuah pertubuhan pendidikan dan penyelidikan yang terkemuka di Hawaii.
Najib di dalam ceramahnya mengatakan bahawa, “It’s time for us, the majority who are peace-loving and moderate to reclaim our rightful place in the centre…we cannot afford to stand by and remain silent in the face of extremism and violence,” (sudah sampai masanya untuk kita, kumpulan majoriti yang cintakan keamanan dan sederhana, menuntut keamanan dan mendapatkan hak kita…kita tidak lagi boleh terus membisu dalam berhadapan dengan pelampau dan keganasan).

Kata Najib seterusnya, “We must ensure that our voices are heard – not just the voices of moderate Muslims, but those of moderate Christians, moderate Hindus, moderate Jews, and moderate atheists” (Kita mesti memastikan suara kita didengari – bukan sahaja suara Muslim sederhana, malah Kristian sederhana, Hindu sederhana, Yahudi sederhana, aetis sederhana). Itu sebab, tahun lepas, saya menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menyertai saya dalam membentuk “Pergerakan Kesederhanaan Global”, ujarnya lagi. Tegas Najib “saya tidak bersendirian dalam memperakui pentingnya menangani pelampau dalam semua bentuk, dan gesaan saya mendapat sokongan meluas – bulan lepas sahaja Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel memasukkan konsep ini dalam kenyataan akhir dan Setiausaha Negara (Hillary) Clinton juga bersuara lantang menyuarakan sokongannya.” Perkara yang hampir sama ditegaskan oleh Susilo Bambang Yudhoyono di dalam ucapannya di APEC di mana Presiden Indonesia itu menyatakan bahawa Indonesia akan menjadi model bahawa tidak perlu ada konflik antara Islam dengan moderniti dan demokrasi. Susilo juga mengatakan Indonesia akan menjadi model Islam moderat yang berkomitmen menekan radikalisme dengan cara yang tidak melanggar hak asasi manusia dan menjunjung demokrasi.

Mesyuarat APEC hanyalah sebahagian dari bukti betapa pemimpin kaum Muslimin masih terus tegar berbaik dengan Barat dengan menari di atas pentas yang sama dengan Barat menurut rentak gendang yang dipalu oleh Barat. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menjadi hos pada mesyuarat kali ini, langsung tidak dianggap sebagai musuh oleh pemimpin umat Islam padahal dia masih rakus membunuh kaum Muslimin di Iraq, Afghanistan dan Pakistan, malah secara terang-terangan membantu Israel dalam membunuh umat Islam di Palestin! AS yang seharusnya dilayan sebagai negara kafir harbi fi’lan, sebaliknya dilayan sebagai sahabat, malah sebagai tuan, oleh pemimpin kaum Muslimin yang tidak tahu malu. Inilah gambaran bagaimana Barat berhasil membengkokkan pemikiran pemimpin kaum Muslimin dari menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas hubungan luar negara, kepada asas ‘manfaat’ berdasarkan hawa. Maka, apa sahaja yang mendatangkan manfaat, akan dilakukan walaupun hakikatnya ia adalah haram.

Barat berjaya merosakkan cara berfikir kaum Muslimin terhadap Islam, dari peringkat pemimpin hinggalah ke rakyat jelata. Perang Salib yang pertama memberi pengajaran kepada Barat bahawa kaum Muslimin tidak dapat dikalahkan kerana ‘akidah Islam’ menancap kuat dalam jiwa setiap Muslim. Oleh yang demikian, Barat telah menukar strategi mereka di dalam ‘Perang Salib yang kedua’ yang sehingga kini menjadi bencana dahsyat yang menimpa umat Islam. Pada Perang Salib yang kedua ini, Barat berusaha menjauhkan kaum Muslimin dari agama Islam dan mencegah kaum Muslimin dari mengamalkan ideologi (cara hidup) Islam yang sempurna. Ini dilakukan agar Barat dapat ‘menguasai’ kaum Muslimin baik secara pemikiran mahupun secara fizikal. Barat melatih dan menempatkan para penguasa yang yang telah dicuci otak mereka dengan pemikiran Barat, lalu menjaga penguasa ini dengan memastikan cara berfikir dan arah perjalanan hidup mereka adalah selari dan sesuai dengan kehendak Barat.

Sesungguhnya dunia ini dijadikan oleh Barat umpama sebuah syarikat di mana Barat adalah tuanpunya sekaligus penanam modalnya dan negara-negara lain hanyalah sebagai buruh (pekerja) dan pengguna sahaja. Barat melengkapkan hegemoninya ke atas dunia ini dengan  penguasaan di bidang teknologi, telekomunikasi dan informasi raksasa dan menempatkan jaringan-jaringan informasi di negara-negara yang berkiblatkan mereka. Hal ini dilakukan Barat agar kaum Muslimin tidak membaca kecuali apa yang ditulis oleh Barat, tidak mendengar dan tidak melihat kecuali apa yang disiarkan oleh Barat, tidak memahami sesuatu kecuali menurut perspektif yang diinginkan oleh Barat dan tidak berbicara kecuali menurut apa yang dimahukan oleh Barat. Inilah bentuk Perang Salib kedua yang jauh lebih licik dan efektif dari Perang Salib yang pertama.

Jika dulu, penjajahan yang dilakukan adalah berbentuk fizikal, namun kini penjajahan model baru adalah dalam bentuk pemikiran, budaya dan ideologi di mana kesannya membolehkan Barat menguasai aspek politik, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya secara sekaligus ke atas umat Islam. Dengan ‘tunduknya’ pemikiran pemimpin kaum Muslimin secara khas dan umat Islam secara am, kepada pemikiran Barat, maka aspek-aspek lain, termasuk ketenteraan dapat dikuasai dengan mudah oleh Barat. Keadaan ini mengheret kaum Muslimin memberikan segala ketaatan dan kesetiaan secara mutlak kepada (pemikiran dan peradaban) Barat sehingga tidak ada satu pun yang boleh mengancam kepentingan kuffar Barat ini.

Malapetaka yang lebih dahsyat terjadi apabila dalam hal agama pun, Barat menginginkan agar kaum Muslimin memahaminya dengan cara dan metod berfikir mereka. Jika ada orang/kelompok Islam yang menyimpang dari cara pandang mereka, maka Barat akan menggerakkan media massa untuk menyerang orang/kelompok tersebut habis-habisan lalu menggambarkannya dengan pelbagai imej negatif dan menganggap orang/kelompok tadi sebagai orang/kelompok yang menentang kemajuan, keluar dari ‘mainstream’, merosak kesatuan dan mendeskripsikannya sebagai ekstremis, teroris, fundamentalis dan radikal. Bahkan Barat tanpa segan silu akan mengatakan bahawa orang/kelompok tersebut sebagai musuh kemanusiaan dan orang-orang bodoh yang ingin kembali ke zaman kegelapan. Ini semua kerana orang/kelompok itu menyebarkan pemikiran yang lain dari Barat. Setelah segala imej buruk direkayasa dan fakta pun dimanipulasi sedemikian rupa, maka tugas Barat sekarang ini adalah memastikan para penguasa kaum Muslimin bertindak sebagai ‘anjing’ mereka untuk menyalak, mengejar dan seterusnya menangkap orang/kelompok tersebut. Sebagai tanda ‘sedia berkhidmat’ dan ketaatan kepada tuan mereka, maka para pemerintah ini terus bergegas menunaikan perintah, tanpa sedikitpun bantahan atau rasa malas, demi memastikan Barat sentiasa memuji, ‘membelai’ dan menjaga mereka.

Seruan Amerika: Jangan Jadi Muslim Ekstremis, Jadilah Muslim Moderat!

Dalam usaha menundukkan ‘kefahaman’ agama seseorang Muslim ke dalam acuan mereka, maka Barat telah mengelompokkan kaum Muslimin kepada fundamentalis, radikal, ekstremis, teroris dan moderat. Pembahagian ini bukan dilakukan sekadar untuk ‘memudahkan’ mereka mengenalpasti mana kawan dan mana lawan, malah Barat mahu agar umat Islam (khususnya pemimpin) ‘memahami Islam’ dengan cara ini, yakni bahawa kaum Muslimin itu terpecah kepada beberapa kelompok! Dengan mencipta istilah-istilah tersebut dan mempropagandakannya melalui corong-corong media massa raksasa mereka, Barat mahu agar umat Islam tidak berbincang mengenai mana-mana ‘Muslim’ atau ‘kelompok Muslim’ kecuali dengan cara ‘mengelompokkan’ sesama kita (Muslim) dengan kelompok yang telah disetkan oleh Barat tadi. Bagi memastikan umat Islam terus hadam dengan cara berfikir mereka, Barat telah pun meletakkan ‘ciri-ciri’ bagi mengenalpasti setiap kategori Muslim tersebut.

Sebagai contoh, pada tahun 2007, United States Institute of Peace (Institut Amerika untuk Perdamaian), mengeluarkan hasil kajian berkenaan ‘Islam Moderat’ yang berjudul “Integrasi Para Aktivis Islam Dan Promosi Demokrasi: Sebuah Kajian Awal”. Kajian ini memutuskan bahawa pertempuran AS dengan arus kekerasan dan ekstremisme harus dilakukan dengan mendukung dan memperkuat proses democratisation (demokratisasi) di dunia Arab, yang akan menyebabkan munculnya para aktivis ‘Islam moderat’. Bahkan, kajian tersebut menegaskan peri pentingnya mendukung para aktivis ‘Islam moderat’ ini, sebab mereka adalah dinding pertahanan pertama dalam menghadapi para ekstremis dan radikal. Oleh kerana itu, kajian tersebut menuntut AS terus mendukung demokrasi di Timur Tengah dan mempromosikan integrasi para aktivis Islam dalam kehidupan politik Barat.

RAND Corporation yang didirikan pada tahun 1948 yang menjalankan kajian dalam bidang politik luar negeri, di mana pada awalnya hanya difokuskan pada Soviet Union, namun, kemudian ruang cakupannya diperluas meliputi wilayah-wilayah lain di dunia. Cheryl Benard, pengkaji dalam RAND Corporation telah membuat laporan hasil kajian yang diterbitkan pada tahun 2004 di mana dalam laporannya ia mengklasifikasikan ‘Islam Politik’ kepada beberapa bentuk dan yang paling penting adalah ‘Islam Moderat’. Pada tahun 2007, RAND Corporation menerbitkan sebuah hasil kajian komprehensif tentang ‘Building Muslim Moderate Network’ (Membangun Jaringan Muslim Moderat) yang melibatkan empat pengkaji yang dipimpin oleh Cheryl Benard, Angel Rabasa, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle. Pengkajian ini dimulai dari teori dasar bahawa konflik dengan dunia Islam pada dasarnya adalah ‘pergolakan pemikiran’ dan tentangan utama yang dihadapi Barat adalah, apakah dunia Islam akan berdiri melawan gelombang jihad fundamentalis atau akan jatuh menjadi mangsa akibat kekerasan dan intoleransi.Teori Barat ini dibangun atas dua faktor utama:-

Pertama: bahawa meskipun kuantiti para aktivis Islam radikal besar di dunia Islam, namun pengaruh dan akses mereka hanya ada di wilayah-wilayah berpenduduk Muslim, baik di Eropah atau Amerika Utara.

Kedua: lemahnya arus gerakan Islam moderat dan liberalisme adalah kerana mereka tidak memiliki jaringan luas di seluruh dunia seperti yang dimiliki oleh kaum fundamentalis.

Berangkat dari teori ini, maka penemuan penting kajian ini adalah “perlunya AS menyediakan dan memberikan dukungan bagi para aktivis Islam moderat dengan membangun jaringan yang luas, serta memberikan dukungan material dan moral kepada mereka untuk membangun sebuah benteng bagi melawan jaringan fundamentalis.”

Kajian ini menunjukkan bahawa sekutu yang paling penting (berpotensi) dalam menghadapi apa yang disebutnya dengan ‘Islam radikal’ adalah kaum Muslim liberal dan sekular yang percaya pada nilai-nilai liberal Barat dan cara hidup masyarakat moden Barat. Bahkan “mereka boleh digunakan untuk melawan ideologi Islam militan dan radikalisme, serta dapat memiliki peranan yang berpengaruh dalam perang pemikiran”. Jadi inilah beberapa karakteristik kaum Muslim moderat menurut kaca mata Barat, iaitu ‘kaum liberal dan sekular’ di mana kita semua tahu bahawa dua karakteristik ini adalah sebahagian dari pemikiran dan budaya Barat. Seterusnya kajian ini menegaskan kemestian untuk menyediakan semua sumber dana yang memungkinkan kaum moderat menyebarkan pemikiran-pemikiran mereka, sehingga mereka memperolehi para pendukung dan penolong dalam masyarakat Muslim, serta memberi dukungan politik dengan menekan pihak pemerintah supaya memungkinkan mereka untuk bergerak bebas tanpa batas.

American Enterprise Institute (AEI) menerbitkan hasil kajian dengan judul, “Usaha Untuk Mencari Para Aktivis Islam Moderat” yang diterbitkan dalam sebuah majalah Amerika, Commentary pada bulan Februari 2008. Sementara itu, rangkuman hasil kajian ini disiarkan di laman web, The Washington Report. Sebagai sebahagian dari jawaban untuk pertanyaan “Di mana kita boleh menemukan Islam moderat?” hasil kajian menunjukkan ada empat ciri kelompok kaum Muslim moderat iaitu:-

pertama: kaum Muslim yang mempraktikkan simbol-simbol agama mereka, namun tanpa fokus pada politik dalam kehidupannya;

kedua: kaum Muslim yang berkoalisi dengan Barat;

ketiga: puak liberal sekular, dan

keempat adalah kelompok Islam yang menggambarkan diri mereka sebagai kelompok yang menentang kekerasan.

Khalil Al-Anani di laman web The Washington Report mengatakan, “Barat masih diselimuti ketakutan akan ekstrimisme Islam dan masih banyak lembaga dan pusat-pusat kajian Amerika yang melakukan sejumlah penelitian dan kajian tentang bagaimana untuk mencapai spesifikasi ‘Islam moderat’. Kajian ini menunjukkan bahawa titik awal yang utama, yang mesti AS lakukan adalah mulai membangun jaringan aktivis Islam moderat yang bersembunyi di kalangan, dalam definisi dan identifikasi mereka, para aktivis Islam. Untuk tujuan ini, kajian telah membuat beberapa ciri utama yang dengannya dapat menentukan apa hakikat ‘Islam moderat’ menurut Barat, dan yang terpenting adalah sebagai berikut:-

Pertama: Menerima demokrasi. Menerima nilai-nilai demokrasi Barat merupakan indikator penting untuk mengidentifikasi ‘Islamis moderat’. Beberapa aktivis Islam menerima demokrasi dengan membuang kata ‘Barat’ (dibelakangnya). Sementara yang lain menerima sebahagian prinsip demokrasi yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam, terutama prinsip ‘syura’, di mana mereka berpendapat bahawa ‘syura’ sinonim dengan demokrasi. Juga, dengan meyakini demokrasi, maka sama ertinya dengan menolak gagasan Negara Islam yang diperjuangkan oleh para ulama.

Kedua: Menerima sumber-sumber tanpa ‘fanatik’ pada hukum-hukum Islam. Dalam hal ini, kajian menunjukkan bahawa salah satu perbezaan utama antara Islam ‘radikal’ dan ‘moderat’ adalah sikap terhadap masalah penerapan syariah. Menurut gambaran Islamis moderat, tafsir (interpretasi) tradisional terhadap syariah tidak sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi dan tidak menghormati hak asasi manusia.

Ketiga: Menghormati hak-hak perempuan dan agama minoriti. Dalam hal ini, kajian menunjukkan bahawa ‘kaum moderat’ lebih dapat menerima perempuan dan minoriti dari pelbagai agama. Mereka berpendapat bahawa kondisi diskriminatif ke atas perempuan dan minoriti dalam Al-Quran harus dipertimbangkan kembali, kerana keadaan hari ini berbeza dari keadaan yang ada di zaman Nabi Muhammad. Mereka membela hak-hak perempuan dan minoriti agar mendapatkan semua manfaat dan hak-hak dalam masyarakat.

Keempat: Meninggalkan terorisme dan kekerasan yang tidak sah. Di sini, kajian menegaskan bahawa ‘Islam moderat’ percaya (sama seperti halnya dalam agama-agama besar yang lain) pada pemikiran (idea) ‘perang yang adil’, akan tetapi harus menentukan sikap terhadap penggunaan kekerasan, bila penggunaannya dianggap sah dan tidak sah.

Demikianlah secebis fakta mengenai rancangan jahat Barat di dalam mengenalpasti dan mengelompokkan kaum Muslimin mengikut acuan dan kehendak mereka. AS sangat ahli dalam mencipta istilah dan mempropagandakannya. Mereka telah merancang dengan teliti dan berjaya memasukkan para pemimpin Islam ke dalam perangkap mereka dengan mudah kerana ‘dibantu’ oleh kejahatan dalam diri pemimpin Islam itu sendiri. Berapa banyak dari gerakan-gerakan Islam sendiri yang lebih suka dicap dan mengcap diri mereka sebagai kumpulan ‘moderat’ kerana tidak mahu dikategorikan sebagai ‘ekstremis’. Dengan terjerumusnya para pemimpin dan gerakan-gerakan Islam ke dalam permainan istilah ciptaan Barat ini, maka kita dapat lihat bagaimana pemikiran dan tindakan para pemimpin dan gerakan-gerakan Islam ini telah ‘menyatu’ dengan pemikiran Barat, malah mereka langsung tidak berani dan tidak mahu keluar darinya kerana merasa ‘selamat’ dan amat selesa menjadi ‘Muslim moderat’.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sungguh sedih dan amat memualkan apabila para pemimpin umat Islam sibuk mendekatkan diri dan saling berebut untuk menjadi pelayan kepentingan negara-negara penjajah dengan mempromosikan idea demokrasi dan idea Islam moderat yang ternyata tidak pernah ada di dalam Islam. Para pemimpin ini seolah-olah tidak mahu belajar dari orang-orang terdahulu mereka bahawa apabila Barat sudah tidak memerlukan mereka, Barat akan membiarkan mereka dan menjatuhkan mereka dengan cara yang hina. Firman Allah,

“Apakah mereka mencari kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kemuliaan adalah kepunyaan Allah” [TMQ an-Nisa’ (4):139].